Hipertiroid: Simptom dan Punca

Penyakit hipertiroid merupakan penyakit yang menyebabkan hormon tiroid yang terhasil dari kalenjar tiroid dalam amaun lebih banyak dari biasa. Hormon tiroid yang meningkat akan merubah sistem di dalam badan serta menyebabkan masalah kesihatan dan simptom-simptom masalah hipertiroid.

Bertempat di posisi di hadapan leher, kalenjar tiroid menghasilkan dua jenis hormon, iaitu triiodothyronine dan hormon thyroxine yang merupakan hormon yang majoriti terhasil.

Antara masalah kesihatan yang boleh mencetuskan penyakit hipertiroid ini ialah :

  • Hormon perangsang tiroid atau dikenali sebagai ‘thyroid stimulating hormone’ yang terletak di kalenjar pituitari, salah satu bahagian otak, mempengaruhi hasil amaun hormon thyroxine.
  • Jenis-jenis fisiologi tiroid
  • ‘Diffuse toxic goiter’ atau dikenali sebagai toksik goiter yang merangkumi scera keseluruhan.
  • ‘Toxic adenoma’ atau dikenali sebagai toksik goiter berjenis satu nodul
  • ‘Multinodular goiter’ atau dikenali sebagai toksik goiter berjenis nodul yang banyak.

‘Thyroid stimulating hormone’ atau hormon perangsang tiroid akan mencetuskan reaksi kepada sel-sel tiroid yang akan menghasilkan amaun hormon thyroxine. Justeru itu, hormon thyroxine akan terhasil secara lebih jika hormon perangsang tiroid juga terhasil secara lebih.

Akan tetapi, untuk berhentikan terhasilnya hormon perangsang tiroid ini secara berlebihan, badan seorang manusia boleh berfungsi untuk menghalangnya. Kalenjar pituitari akan mengurangkan hormon thyroxine dengan mengesan amaun hormon thyroxine dan jika tinggi amaunnya, ia akan menurunkan penghasilan hormon perangsang tiroid sekaligus mennurunkan amaun hormon thyroxine dari menjadi terlalu tinggi.

Selain daripada masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menjadi punca, hormon tiroid yang berlebihan akan dkurangkan oleh mekanisma ini yang bertempat di dalam seseorang manusia.

Simptom

Antara simptom hipertiroid merupakan seperti berikut:

  • Individu mula berasa debaran yang kencang
  • Individu mula mengalami perasaan risau
  • Individu mula mengalami simptom panas yang berlebihan
  • Individu mula mengalami perasaan gemuruh

Simptom-simptom di atas merupakan simptom yang serupa apabila saraf simpatik mula aktif. Saraf ini dikuasai oleh badan tanpa disedari dengan automatik dan akan beroperasi apabila seseorang individu tersebut mula untuk berasa untuk berlawan atau melarikan diri kerana terancam . DIsebabkan saraf ini, badan manusia akan berdedia untuk mulakan proses yang merangkumi perkara-perkara tersebut.

Pesakit hipertiroid juga akan mempunyai tanda-tanda seperti:

  • Denyutan nadi yang laju
  • Tekanan darah tinggi
  • Pandangan mata yang seolah-olah sedang terbelalak
  • Tangan yang menggelatar secara halus
  • Reflex yang berlebihan(hyperreflexia)
  • Keadaan otot yang lemah
  • Berat badan yang berkurangan

Pesakit yang sudah berumur selalunya akan mengalami masalah rentak jantung yang tidak normal.

Bagaimana Hipertiroid Berlaku?

1. Pesakit mengalami penyakit pituitari adenoma atau ‘Pituitary Adenoma’.

Penyakit pituitari adenoma terjadi apabila hormon perangsang tiroid dihasilkan dengan amaun yang lebih banyak yang disebabkan oleh kalenjar pituitari yang semakin membesar. Hormon thyroxine akan terhasil dalam amaun yang tinggi disebabkan kalenjar tiroid yang lebih aktif kerana amaun hormon perangsang tiroid yang tinggi.

Pelbagai doktor akan membuat analisis mengikut berbagai bacaan yang berbeda untuk mengetahui tempat yang betul di mana penyakit hipertiroid ini berlaku, sama ada ia dicetus oleh kalenjar pituitari, kalenjar tiroid ataupun dicetus oleh perkara yang lain.

2. Pesakit mengalami penyakit goiter resap toksik atau ‘Graves Disease’.

Penyakit goiter resap toksik akan menyebakan satu antibodi dihasilkan untuk menempel kepada reseptor-reseptor yang berada di sel tiroid untuk menghasilkan amaun hormon thyroxine yang lebih tinggi melalui tentangan kepada reseptor yang berada di sel-sel tiroid.

Penyakit goiter resap toksik ini juga boleh dilihat sebagai satu daripada berbagai penyakit autoimun kerana ia mencetuskan situasi badan manusia mula buat antibodi yang baharu yang bertujuan untuk menentang sel-sel normal yang terletak di dalam badan. Akan tetapi dalam situasi penyakit goiter resap toksik ini, antibodi ini menyebabkan amaun hormon thyroxine yang lebih tinggi melalui tentangan kepada reseptor yang berada di sel-sel tiroid.

3. ‘Multinodular goiter’ atau dikenali sebagai toksik goiter berjenis banyak nodul dan ‘toxic adenoma’ atau dikenali sebagai toksik goiter berjenis satu nodul.

Kes ini akan menyebabkan sel-sel tiroid akan mula membesar dengan sendirinya sekaligus mencetuskan amaun hormon tiroid yang lebih tinggi. Ia terjadi di beberapa kawasan kecil, bukannya di seluruh kalenjar tiroid itu sendiri. Leher sesorang individu tersebut akan memiliki benjolan oleh kerana masalah kesihatan tersebut.

Rawatan

Penyakit hipertiroid mempunyai pelbagai jenis rawatan yang merangkumi proses pembedahan untuk mengeluarkan kalenjar tiroid atau dikenali sebagai ‘thyroidectomy’, dengan menggunakan proses terapi yang menggunakan radiaoaktif dari iodin, dengan menggunakan ubatan jenis anti-tiroid, menggunakan ubatan untuk mengurangkan simptom-simptom hipertiroid.

Pembedahan ini akan mengambil masa yang lama dan hanya berlaku jika:

  • Seseorang individu menolak untuk menggunakan proses terapi yang menggunakan radiaoaktif dari iodin
  • Penyakit hipertiroid yang telah melarat dengan teruk di kalangan kanak-kanak
  • Ibu yang mengandung serta memiliki masalah kesihatan untuk dapat kesan sampingan dari pengambilan ubat anti-tiroid

Individu yang telah melakukan pembedahan ini akan ditingkatkan amaun hormon tiroid menggunakan ubat thyroxine untuk meninggikan hormon thyroxine setelah ada kurangnya hormon tiroid di dalam badan akibat pembedahan tersebut.

  1. Menggunakan proses terapi yang menggunakan radiaoaktif dari iodin.

Proses terapi ini adalah proses yang mampu mencetuskan radiasi dari radioaktif yang asalnya dari iodin. Radiasi ini amat membantu dalam mengurangkan hormon yang terhasil secara berlebihan dengan mendatangkan kematian kepada sel-sel yang terletak di kalenjar tiroid. Jika terlalu banyak sel-sel mati menyebabkan amaun hormon tiroid menjadi kurang, ubat thyroxine akan diberi kepasa individu tersebut.

2. Menggunakan ubat-ubatan jenis anti-tiroid

Ubat-ubatan jenis anti-tiroid ini akan digunakan mengikut kadar amaun hormon thyroxine untuk dos yang sesuai. Jika individu merupakan seorang ibu yang mengandung ataupun ingin mengandung, propylthiouracil akan diberi kerana carbimazole hanya akan diberi kepada individu-individu yang tiada apa pun masalah kesihatan yang sedimikian.

Ini kerana ubat jenis ini boleh mendatangkan masalah-masalah untuk bayi dalam kandungan. Justeru itu, para doktor perlu membaca analisis kesihatan hati kerna ubatan ini boleh menyebabkan komplikasi di hati individu tersebut.

3. Menggunakan ubat-ubatan untuk mengurangkan simptom-simptom hipertiroid.

Seseorang individu yang mengalami masalah kesihatan hipertiroid ini akan mengalami simptom-simptom seperti tekanan darah yang tinggi atau debaran yang kencang. Para doktor akan mengesyorkan  ubat-ubatan jenis beta-blocker kerana ia akan melemahkan denyuran jantung serta nadi seseorang individu tersebut, sekaligus mengurangkan simptomnya.

Sumber

https://www.healthline.com/health/hyperthyroidism#causes

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hyperthyroidism/symptoms-causes/syc-20373659#:~:text=Hyperthyroidism%20(overactive%20thyroid)%20occurs%20when,treatments%20are%20available%20for%20hyperthyroidism.

Summary
Hipertiroid: Simptom dan Punca
Article Name
Hipertiroid: Simptom dan Punca
Description
Penyakit hipertiroid merupakan penyakit yang menyebabkan hormon tiroid yang terhasil dari kalenjar tiroid dalam amaun lebih banyak dari biasa. Hormon tiroid yang meningkat akan merubah sistem di dalam badan serta menyebabkan masalah kesihatan dan simptom-simptom masalah hipertiroid.
Author
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: