himalaya

Himalaya adalah jenama barangan kesihatan dan penjagaan diri global terkemuka yang menggunakan ekstrak dan formulasi herba dan mineral ayurveda. Jenama ini menawarkan pelbagai jenis suplemen herba, ubat gigi dan produk penjagaan diri yang dikaji secara klinikal dengan memberikan faedah penyembuhan herba yang kuat melalui produk-produknya. Produk mereka juga merangkumi produk farmaseutikal, penjagaan bayi serta pemakanan dan kesihatan haiwan.

HIMALAYA Anti-Dandruff Shampoo 200ml

HIMALAYA Anti-Dandruff Shampoo 200ml

RM12.74

Himalaya Anti-Dandruff Shampoo merupakan syampu yang menghilangkan kelemumur dengan lembut pada setiap cucian dan memberi khasiat serta menguatkan akar rambut, memastikan kulit kepala menjadi sihat. Bahan-bahan semula jadi di dalamnya membantu melembapkan rambut dan mencegah kekeringan. Ia mengandungi Tea Tree Oil yang merupakan agen anti-kulat yang terkenal dapat merawat kelemumur dengan berkesan. Ia juga melembapkan rambut dan menjaga kulit kepala supaya bebas daripada jangkitan kulat. Aloe Vera dalam ramuannya pula dapat melembutkan rambut dan melegakan kulit kepala serta membantu mengurangkan rasa kegatalan.

PANTENE Shampoo Anti-Dandruff 480ml

PANTENE Shampoo Anti-Dandruff 480ml

RM15.33

Pantene Anti-Dandruff Shampoo ini membersihkan rambut dengan lembut tanpa mengeringkan kulit kepala. Kandungan anti-oksidan di dalamnya meresap ke dalam setiap rambut untuk membersihkan kekotoran mineral dan ia juga melembapkan rambut anda dengan pelembap tanpa berat yang membantu menjadikan rambut sihat dan berkilau. Ia mengandungi Zinc Pyrithione yang boleh membantu mencegahkan kelemumur dan mencegahkan kegatalan kulit kepala. Syampu ini juga menguatkan akar rambut sambil melembutkan rambut, menjadikannya halus seperti sutera dengan menambahkan kilauan semula jadi kepada rambut.

HIMALAYA Revitalizing Night Cream 50ml

HIMALAYA Revitalizing Night Cream 50ml

RM24.50

Himalaya Revitalizing Night Cream adalah krim yang menembusi kulit semalaman dengan kitaran pembaharuan semula jadi kulit. Krim ini memberikan tiga faedah penting untuk menjadikan kulit lembut, iaitu memperbaharui sel kulit, menghidratkan kulit dan membaiki kerosakan kulit setiap hari. Urutkan krim ini ke atas wajah yang telah dibersihkan sebelum tidur pada waktu malam untuk mengembalikan keseimbangan kelembapan, menyuburkan dan memperbaiki sel-sel kulit. Ia mengandungi buah tomato yang boleh memperbaharui sel kulit serta White Lily sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal.

CINDYNAL 24k Pure Gold Moist Repair Mask Night Cream

CINDYNAL 24k Pure Gold Moist Repair Mask Night Cream 

RM15.90

Cindynal 24k Pure Gold Moist Repair Mask Night Cream ini mencergaskan dan memperbaharui kulit menjadikan kulit berembun. Kandungan antioksidannya membaiki dan mengisi kulit dengan nutrien semula serta memperbaharui dan memulihkan kilauan kepada kulit. Krim ini membantu mengatasi dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah dan leher melalui khasiat yang intensif. Ia boleh dilakukan dengan merangsangkan pembaharuan kulit untuk mengembalikan kulit wajah supaya kelihatan lebih muda.

HIMALAYA Sparkling White Toothpaste 100gm

HIMALAYA Sparkling White Toothpaste 100gm

RM12.90

Himalaya Sparkling White Toothpaste menggunakan formulasi herba yang berdasarkan teknologi enzim tumbuhan untuk menghilangkan noda permukaan pada gigi sambil memberikan perlindungan sepanjang hari daripada kuman. Ia menghalang penumpukan plak gigi dan oleh itu, bermanfaat dalam pencegahan kerosakan gigi. Ramuan ini mengurangkan keradangan gusi, mencegah pendarahan gusi dan sifat astringennya ialah menguatkan gusi. Bromelian, kandungan enzim yang semula jadi membantu melonggarkan noda pada enamel gigi dan enzim, papain pula yang merupakan agen pemutihan ringan, digunakan dalam ubat gigi untuk menghilangkan noda enamel.

COLGATE Total Professional Whitening Twin Pack Toothpaste 150gx 2

COLGATE Total Professional Whitening Twin Pack Toothpaste 150gx 2

RM21.05

Colgate Total Professional Whitening Toothpaste menawarkan perlindungan sepanjang hari terhadap masalah gigi dan gusi. Gel pembersih canggih ini menghasilkan penghalang pelindung di sekitar gigi dan gusi anda untuk mengelakkan rongga, masalah gusi, tartar, penumpukan plak dan bau mulut. Ia juga memberikan perlindungan keseluruhan mulut selama 12 jam terhadap penumpukan bakteria dan memutihkan secara berkesan dengan menghilangkan noda gigi permukaan.

Himalaya Gentle Baby Shampoo 200ml

Himalaya Gentle Baby Shampoo 200ml

RM11.90

Himalaya Gentle Baby Shampoo menjaga kelembutan rambut bayi secara membersihkan, menganjalkan, melembutkan dan menyuburkan rambut bayi. Ia mengandungi bahan semula jadi chickpea yang merupakan sumber protein semula jadi yang berkesan menyuburkan rambut menjadikannya sihat dan berkilau. Hibiscus pula membantu melembapkan rambut bayi dan membantu dalam penyusunan rambut. Rumusan syampoo ini ringan bagi bayi dan tidak menyebabkan kesakitan terhadap mata bayi.

AMWAY Sudzy Shampoo 275ml

AMWAY Sudzy Shampoo 275ml 

RM23.00

Amway Cudzy Shampoo dirumus khas untuk kanak-kanak, dengan agen pelembap yang menjadikan rambut lembut, licin dan bebas daripada kusut. Ia lembut, ringan dan mempunyai aroma bunga dan buah yang indah untuk mandian yang menyenangkan. Kandungannya terdiri daripada bahan-bahan semula jadi yang pH seimbang dan bebas daripada sabun, membersihkan rambut kanak-kanak dengan halus. Syampu ini menenangkan dan melembapkan kulit kepala sambil menghilangkan penumpukan pada rambut dan kulit kepala.

HIMALAYA Daily Health Capsules 60s

HIMALAYA Daily Health Capsules 60s

RM33.94

Himalaya Daily Health adalah suplemen untuk membantu melegakan tekanan dan mengembalikan keseimbangan kesihatan daripada gangguan sistem imun, keletihan kronik dan kesihatan yang buruk. Kandungan vitamin A di dalamnya berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi sel daripada radikal bebas manakala vitamin C sebagai asid askorbik pula diperlukan untuk membina dan membaiki tisu keseluruhan badan untuk memperkuatkan mekanisma pertahanan badan. Formulasi herba ini juga diperkaya dengan kalsium dan magnesium.

SWISSE Ultiboost Daily Immune Support 60s

SWISSE Ultiboost Daily Immune Support 60s

RM52.00

Swisse Ultiboost Daily Immune Support adalah suplemen untuk menyokong sistem imun yang sihat dan membantu mengekalkan tindak balas imun yang sihat. Ia mengandungi Zink dan vitamin C yang data membantu mengurangkan tempoh dan keparahan gejala selesema serta berfungsi sebagai sokongan semasa tekanan. Vitamin C memberikan sokongan antioksidan untuk membantu melindungi daripada radikal bebas. Swisse Ultiboost Immune telah dirumuskan berdasarkan bukti saintifik untuk menyediakan bahan-bahan utama yang bermanfaat untuk kesihatan imun.

Summary
Himalaya Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Penjagaan Diri
Article Name
Himalaya Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Penjagaan Diri
Description
Himalaya adalah jenama barangan kesihatan dan penjagaan diri global terkemuka yang menggunakan ekstrak dan formulasi herba dan mineral ayurveda. Jenama ini menawarkan pelbagai jenis suplemen herba, ubat gigi dan produk penjagaan diri yang dikaji secara klinikal dengan memberikan faedah penyembuhan herba yang kuat melalui produk-produknya. Produk mereka juga merangkumi produk farmaseutikal, penjagaan bayi serta pemakanan dan kesihatan haiwan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: