moisturizer

Krim Himalaya Herbals Nourishing Skin adalah krim penggunaan harian yang bersifat ringan, tidak berminyak, dan memberikan kelembapan serta perlindungan sepanjang hari daripada kekeringan.

Krim ini diformulasikan daripada ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Indian Pennywort, serta bahan berkhasiat lain yang melindungi kulit daripada faktor persekitaran seperti cuaca sejuk dan panas yang ekstrem.

Bahan utama Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream

Aloe Vera

Aloe Vera adalah tumbuhan semula jadi yang terkenal dengan khasiat penyembuhannya kerana kaya dengan polisakarida. Ia bertindak untuk menghidrat, melembutkan, dan melembabkan, dan menyuburkan kulit.

Pokok Kino India

Pokok Kino India mempunyai sifat astringen yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk menegangkan dan meremajakan kulit wajah.

Pennywort India

Indian Pennywort digunakan dalam bahan asas pelembab ini kerana ia mengandungi banyak khasiat penjagaan kulit yang berkesan untuk memperbaiki keseluruhan tekstur kulit.

Winter Cherry

Winter Cherry terkenal dengan sifat penyejuk kulit yang sangat baik dan membantu memperbaiki penampilan kulit.

Cara Penggunaan Pelembab:

  • Sapukan Nourishing Skin Cream dengan lembut pada muka dan leher dua kali sehari, selepas mencuci muka dengan pembersih wajah.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Ia juga dapat digunakan sebagai alas solekan.
  • Nourishing Skin Cream diuji secara dermatologi dan bukan komedogenik.

Petua Untuk Kulit Yang Sihat

  1. Memendekkan masa mandi

Sauna seperti pancuran mandian boleh merosakkan kelembapan kulit anda. Mandian air panas yang lama boleh menghilangkan kelembapan lapisan kulit dan minyak pelindung semula jadi pada kulit.

  1. Sesuaikan pelembap mengikut musim

 Tahun dan iklim yang berubah-ubah akan mempengaruhi kulit. Sama seperti pakaian anda, ia berbeza mengikut musim panas dan musim sejuk, begitu juga dengan kulit anda yang memerlukan bahan pelembab yang berbeza. Kulit akan cenderung menjadi lebih kering pada musim sejuk, oleh itu penggunaan krim pelembab adalah penyelesaian terbaik untuk mengelak kulit kering. Apabila tiba waktu musim panas pula, produk pelembab yang lebih ringan seperti losyen atai pelembab bebas minyak adalah penyelesaian yang terbaik untuk mencegah kulit kering dan mengekalkan kelembapan.

3.Elak penggunaan produk mengandungi bahan perengsa

Kulit kering sememangnya dalam keadaan sensitif dan mudah merengsa. Oleh itu, anda harus memilih produk yang lembut pada kulit. Produk pelembab yang mengandungi bahan wangian sintetik dan tiruan bahkan  beberapa wangian semula jadi seperti ekstrak sitrus, pudina, dan kayu putih adalah bahan perengsa yang biasa dalam mana-mana produk penjagaan kulit dan boleh menjadikan kemerahan pada kulit lebih teruk. Produk penjagaan kulit yang terbaik adalah produk dengan formula yang bebas wangian, bebas alkohol, bukan komedogenik, dan hipo-alergenik.

4.Kurangkan penggunaan sabun

Sabun mengandungi bahan kimia yang disebut sebagai “surfaktan” dan bertindak menghilangkan dan mengemulsi lemak dan minyak. Kulit kita mempunyai minyak semula jadi (sebum) yang terdedah terhadap sabun surfaktan. Ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang.

Summary
Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream
Article Name
Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream
Description
Krim Himalaya Herbals Nourishing Skin adalah krim penggunaan harian yang bersifat ringan, tidak berminyak, dan memberikan kelembapan serta perlindungan sepanjang hari daripada kekeringan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: