Hilang keinginan seks
Hilang keinginan seks wanita secara semula jadi berubah-ubah sepanjang tahun bertepatan perubahan hubungan atau kehidupan.

Pengenalan

Hilang keinginan seks wanita secara semula jadi berubah-ubah sepanjang tahun bertepatan perubahan hubungan atau kehidupan, seperti kehamilan, menopaus atau penyakit. Sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat gangguan emosi juga boleh menyebabkan keinginan seks yang rendah pada wanita.

Jika kekurangan minat anda dalam hubungan seks berterusan atau kembali dan menyebabkan kebimbangan peribadi, anda mungkin mempunyai keadaan yang dikenali sebagai gangguan keinginan seksual hipoaktif (HSDD).

Tetapi, anda tidak perlu memenuhi definisi perubatan ini untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda terganggu oleh keinginan seks yang rendah atau menurun, terdapat perubahan gaya hidup dan teknik seksual yang boleh membuatkan anda berasa dalam keadaan itu lebih kerap. Sesetengah ubat-ubatan juga boleh memberikan hasil.

Penerangan

Istilah perubatan untuk keinginan seksual yang rendah atau libido adalah gangguan keinginan seksual hipoaktif (HSDD), walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai sama ada atau tidak wanita yang tidak mempunyai keinginan seks dilihat sebagai satu gangguan. Kajian telah mendapati bahawa libido pada wanita berbeza dari lelaki dan wanita secara semulajadinya mempunyai keinginan seksual yang lebih rendah dan berfikir tentang seks kurang kerap berbanding lelaki.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5) yang digunakan oleh pakar kesihatan mental, pengurangan keinginan perlu meningkat ke tahap yang mana ia menyebabkan wanita mengalami kesusahan yang signifikan, sehingga boleh mempengaruhi hubungannya atau harga diri dalam tempoh selama 6 bulan atau lebih. Beberapa gejala HSDD termasuklah:

  • Kurang minat dalam aktiviti seksual.
  • Pemikiran seksual atau fantasi yang tidak wujud.
  • Tidak berminat untuk memulakan hubungan seks.
  • Kesukaran mendapat keseronokan daripada rangsangan seks atau stimulasi alat kelamin.

Penyebab yang berkemungkinan

Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa turun naik keinginan seksual adalah sesuatu yang semulajadi dan sihat. Terdapat banyak lagi faktor lain yang dapat mengurangkan keinginan seksual, tetapi mereka tidak diklasifikasikan sebagai HSDD.

Untuk menolak keadaan HSDD, bekerjasama dengan doktor untuk mengenal pasti sebarang sebab yang berpotensi, serta pilihan rawatan yang boleh dibuat. Memandangkan tiada ujian perubatan tertentu boleh mendiagnosis HSDD, doktor anda perlu mengetahui tentang gejala anda untuk memahami lebih lanjut bagaimana keinginan seks anda yang rendah memberi kesan kepada hubungan dan kehidupan anda.

Bila perlu menghubungi doktor

Jika anda bimbang keadaan anda yang hilang keinginan seks , berbincanglah dengan doktor anda. Penyelesaiannya boleh menjadi semudah mengubah ubat yang anda ambil, dan memperbaiki keadaan perubatan kronik seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Tidak seperti keadaan perubatan lain, tiada ujian khusus untuk mendiagnosis HSDD. Namun, ada beberapa kaedah yang digunakan oleh doktor untuk mendiagnosis keadaan hilang keinginan seks tersebut.

Bermula dengan memberitahu doktor mengenai gejala anda. Doktor juga boleh bertanyakan soalan tentang bagaimana masalah keinginan seks anda memberi kesan kepada kesejahteraan anda.

Rawatan

Kebanyakan wanita mendapat manfaat daripada pendekatan rawatan yang bertujuan untuk memfokuskan pada banyak faktor di sebalik keadaan ini. Cadangan mungkin termasuk pendidikan seks, kaunseling dan kadangkala penggunaan ubat dan melakukan terapi hormon.

Pendidikan seks dan kaunseling

Bercakap dengan ahli terapi seks atau kaunselor yang mahir dalam menangani masalah seksual bagi membantu dengan masalah hilang keinginan seks anda. Terapi ini sering merangkumi pendidikan mengenai tindak balas dan teknik seksual. Pakar terapi atau kaunselor anda mungkin akan memberikan cadangan seperti bahan bacaan atau latihan bagi pasangan. Selain itu, kaunseling pasangan yang menangani masalah hubungan juga boleh membantu meningkatkan keintiman dan keinginan seks.

Ubat-ubatan

Doktor akan mengkaji semula ubat-ubatan yang anda ambil, untuk melihat sama ada mana-mana ubat ini cenderung menyebabkan kesan sampingan seksual. Sebagai contoh, antidepresan seperti paroxetine (Paxil) dan fluoxetine (Prozac, Sarafem) boleh menurunkan keinginan seks. Beralih kepada ubat bupropion (Wellbutrin SR, Wellbutrin XL) iaitu jenis antidepresan yang berbeza biasanya dapat meningkatkan keinginan seks dan kadangkala ditetapkan untuk HSDD.

Bersama terapi kaunseling, doktor mungkin memberikan ubat flibanserin (Addyi) untuk meningkatkan libido anda. Ia adalah rawatan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) yang pertama untuk rawatan pra-menopaus wanita dengan HSDD. Anda perlu mengambil pil sekali sehari, sebelum anda tidur. Kesan sampingannya termasuklah tekanan darah rendah, pening, mual dan keletihan. Minum alkohol atau mengambil flukonazol (Diflucan), iaitu ubat biasa untuk merawat jangkitan yis pada faraj boleh membuatkan kesan sampingan ini bertambah teruk.

Terapi hormon

Kekeringan atau pengecutan faraj (atrofi faraj) mungkin membuatkan seks tidak selesa justeru mengurangkan keinginan seks anda. Estrogen boleh membantu melegakan simptom atrofi faraj. Walau bagaimanapun, estrogen tidak dapat meningkatkan fungsi seksual yang berkaitan dengan gangguan keinginan seksual hipoaktif.

Estrogen boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuklah pil, tampalan, semburan dan gel. Dos estrogen yang lebih kecil terdapat dalam krim faraj dan supositori pelepasan lambat atau cincin. Bertanyakan pada doktor anda mengenai risiko dan faedah bagi setiap bentuk estrogen ini.

Hormon lelaki, seperti testosteron juga memainkan peranan penting dalam fungsi seksual wanita, walaupun testosteron mempunyai jumlah lebih rendah pada wanita. Ia tidak diluluskan oleh FDA bagi masalah seksual disfungsi pada wanita, tetapi kadangkala ia dipreskripsikan sebagai rawatan luar untuk membantu libido yang berlengah. Walau bagaimanapun, penggunaan testosteron pada wanita adalah satu kontroversi. Pengambilannya boleh menyebabkan jerawat, pertumbuhan bulu badan berlebihan dan perubahan emosi atau keperibadian.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-sex-drive-in-women/diagnosis-treatment/drc-20374561

https://www.verywellmind.com/help-for-women-with-low-sex-drive-2300705

https://www.healthline.com/health/treating-hsdd/symptoms-diagnosis-treatment#3

Summary
Kehilangan keinginan seks wanita (Loss of sex drive in woman)
Article Name
Kehilangan keinginan seks wanita (Loss of sex drive in woman)
Description
Hilang keinginan seks wanita secara semula jadi berubah-ubah sepanjang tahun bertepatan perubahan hubungan atau kehidupan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: