Now Reading
Hidung berdarah (Nosebleed)

Hidung berdarah (Nosebleed)

hidung berdarah (nosebleed)

Pengenalan

Hidung berdarah adalah satu keadaan biasa. Ia mungkin kedengaran menakutkan, tetapi jarang menunjukkan masalah perubatan yang serius. Hidung mengandungi banyak saluran darah, yang terletak berdekatan dengan permukaan di bahagian depan dan belakang hidung. Ia adalah sangat rapuh dan mudah berdarah.

Selain itu, pendarahan hidung adalah perkara biasa yang berlaku pada orang dewasa dan kanak-kanak berumur antara 3 hingga 10 tahun.

Penerangan

Hidung berdarah adalah kehilangan darah aktif dari tisu yang melapisi hidung. Ia boleh mempengaruhi kedua-dua lubang hidung, tetapi paling kerap berlaku hanya pada satu lubang hidung. Seterusnya, keadaan ini (juga disebut ‘epixtaxis’) adalah perkara biasa. Sebanyak 60% orang akan mengalami sekurang-kurangnya satu kali episod dalam sepanjang hayat mereka.

Terdapat dua jenis pendarahan hidung yang boleh berlaku. Hidung berdarah anterior berlaku apabila saluran darah di bahagian depan hidung pecah dan berdarah.

Pendarahan hidung posterior berlaku di bahagian belakang atau bahagian paling dalam hidung. Dalam kes ini, darah mengalir di bahagian belakang kerongkong. Hidung berdarah jenis posterior ini boleh jadi membahayakan.

Punca yang berkemungkinan

Terdapat banyak punca yang menyebabkan hidung berdarah. Pendarahan hidung yang berlaku secara tiba-tiba atau kadangkala adalah jarang berlaku. Sekiranya anda kerap mengalami hidung berdarah, anda mungkin menghadapi masalah yang lebih serius.

Udara kering adalah penyebab bagi keadaan hidung berdarah yang paling biasa. Hidup dalam iklim kering dan menggunakan sistem pemanasan pusat dapat mengeringkan membran hidung, yang merupakan tisu di dalam hidung.

Kekeringan ini menyebabkan kerak di dalam hidung. Kerak boleh menjadi gatal atau menjengkelkan. Sekiranya hidung anda tergores atau dikorek, ia boleh berdarah.

Mengambil antihistamin dan dekongestan untuk alergi, selesema atau masalah resdung juga dapat mengeringkan membran hidung dan menyebabkan pendarahan hidung. Menghembus hidung yang kerap adalah penyebab hidung berdarah yang lain.

Penyebab pendarah hidung yang lain termasuk:

  • benda asing yang tersekat di hidung
  • perengsa kimia
  • tindak balas alahan
  • kecederaan pada hidung
  • bersin yang berulang kali
  • mengorek hidung
  • udara sejuk
  • jangkitan pernafasan atas
  • dos aspirin yang besar

Penyebab hidung berdarah lain termasuk:

Kebanyakan keadaan hidung berdarah ini tidak memerlukan rawatan perubatan. Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan rawatan perubatan jika masalah tersebut berlangsung lebih dari 20 minit, atau jika ia berlaku selepas kecederaan. Ini mungkin merupakan tanda pendarah hidung jenis posterior, yang lebih serius.

Seterusnya, kecederaan yang mungkin menyebabkan berlakunya hidung berdarah termasuklah jatuh, kemalangan kereta, atau tumbukan di wajah. Pendarahan hidung yang berlaku selepas kecederaan mungkin menunjukkan kepatahan hidung, patah tengkorak atau pendarahan dalaman.

Bila perlu berjumpa doktor

Sebilangan besar hidung berdarah tidak serius dan akan berhenti dengan sendiri atau dengan mengikuti langkah rawatan diri.

Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika keadaan hidung berdarah:

  • Berlaku selepas kecederaan, seperti kemalangan kereta.
  • Melibatkan jumlah darah yang lebih besar daripada yang dijangkakan.
  • Mengganggu pernafasan.
  • Tahan lebih lama dari 30 minit walaupun dengan mampatan.
  • Berlaku pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Sekiranya anda mendapatkan rawatan perubatan untuk masalah pendarahan hidung, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk menentukan sebabnya. Doktor juga akan memeriksa hidung anda untuk mengetahui tanda-tanda kehadiran benda asing. Mereka juga boleh mengemukakan soalan mengenai sejarah perubatan anda dan pengambilan ubat-ubatan semasa.

Beritahu doktor tentang gejala lain yang anda alami dan kecederaan yang terjadi baru-baru ini. Tiada satu ujian yang dapat menentukan punca bagi keadaan ini. Walau bagaimanapun, doktor mungkin menggunakan ujian diagnostik untuk mencari penyebabnya. Ujian ini merangkumi:

  • jumlah darah lengkap (CBC), yang merupakan ujian darah untuk memeriksa gangguan darah.
  • tempoh tromboplastin separa (PTT), iaitu ujian darah yang memeriksa berapa lama darah anda membeku.
  • endoskopi hidung.
  • imbasan CT hidung.
  • sinar-X muka dan hidung.

Rawatan

Rawatan yang dibuat untuk keadaan hidung berdarah bergantung pada penyebabnya dan boleh merangkumi:

  • Pembungkusan hidung. Kain kasa, span atau buih hidung khas ataupun belon lateks kembung dimasukkan ke dalam hidung untuk memberikan tekanan di tempat pendarahan. Bahan ini biasanya dibiarkan selama 24 hingga 48 jam sebelum dikeluarkan oleh pakar kesihatan.
  • ‘Cauterization’. Prosedur ini melibatkan penggunaan bahan kimia (perak nitrat) atau tenaga haba (electrocautery) untuk menutup saluran darah yang berdarah. Anestetik tempatan disemburkan di lubang hidung terlebih dahulu untuk menjadikan bahagian dalam hidung anda kaku.
  • Penyesuaian ubat / preskripsi baru. Mengurangkan atau menghentikan jumlah ubat penipisan darah dapat membantu. Selain itu, ubat untuk mengawal tekanan darah juga mungkin diperlukan. Tranexamic (Lystedaâ), ubat untuk membantu pembekuan darah, mungkin dipreskripsikan.
  • Penyingkiran bahan asing jika ini adalah penyebab berlakunya hidung berdarah.
  • Pembedahan hidung patah atau pembetulan septum yang menyimpang jika ini adalah penyebab pendarahan hidung.
  • Ligasi. Dalam prosedur ini, saluran darah yang terlibat akan diikat untuk menghentikan pendarahan.

Bagaimana untuk menghentikan hidung berdarah?

Untuk menghentikan keadaan hidung berdarah:

  • duduk dan picit bahagian lembut di hidung dengan tegas, tepat di atas lubang hidung anda, sekurang-kurangnya selama 10 hingga 15 minit.
  • bersandar ke hadapan dan bernafas melalui mulut kerana ini akan mengalirkan darah ke hidung dan bukannya di bahagian belakang kerongkong anda.
  • letakkan pek ais atau beg sayur beku yang ditutup dengan tuala di bahagian hidung anda.
  • kekal tegak, bukannya berbaring, kerana ini dapat mengurangkan tekanan darah di saluran darah hidung anda dan mencegah berlakunya pendarahan lebih lanjut.

Sekiranya pendarahan sudah berhenti, anda biasanya tidak perlu mendapatkan rawatan perubatan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes yang serius, anda mungkin memerlukan rawatan lebih lanjut daripada doktor atau di hospital.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/nosebleed

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/13464-nosebleed-epistaxis

https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/ears-nose-and-throat/nosebleed

https://familydoctor.org/condition/nosebleeds/

error: Content is protected !!