Hidrosefalus
Anda mungkin pernah dengar bahawa badan manusia adalah kebanyakannya terdiri daripada air . Ia adalah benar. Daripada darah anda kepada cecair yang mengalir di dalam dan di sekitar tisu dan organ anda, cecair membentuk kira-kira 70% daripada badan anda.

Anda mungkin pernah dengar bahawa kandungan badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan ia adalah kenyataan yang benar. Bermula daripada darah anda hinggalah cecair yang mengalir di dalam dan di sekitar tisu dan organ anda, cecair membentuk kira-kira 70% daripada badan anda. Jika anda mempunyai keadaan hidrosefalus yang bermaksud “air di otak”, cecair ini tidak mengalir atau diserap seperti sepatutnya.

Ini boleh membawa kepada sokongan dan penyumbatan yang memberi tekanan kepada otak anda. Kepala anda juga tiada bezanya. Ini adalah kerana tengkorak anda dipenuhi dengan cecair yang mengelilingi lipatan dan lobus otak anda. Ia dipanggil sebagai cecair serebrospina dan melindungi otak anda daripada kecederaan. Selain itu, cecair ini juga mempunyai nutrien dan protein yang membantu memastikan otak sihat dan berfungsi dengan baik.

Selain itu, hidrosefalus kerap berlaku pada bayi atau orang dewasa yang berusia lebih daripada 60 tahun, tetapi anda masih boleh menghidapinya pada usia berapa pun. Ia juga tidak boleh disembuhkan, tetapi rawatan yang dibuat boleh melegakan simptom.

 

Jenis Hidrosefalus

Empat jenis utama keadaan hidrosefalus adalah:

 

– Hidrosefalus kongenital

Ia berlaku sekiranya seseorang dilahirkan dengan keadaan hidrosefalus.

 

– Hidrosefalus terkompensasi (compensated)

Ia muncul pada awal kehidupan, kadangkala sebelum kelahiran tetapi tidak menyebabkan simptom sehingga peringkat kehidupan yang seterusnya.

 

– Hidrosefalus yang diperoleh (acquired)

Ia berlaku disebabkan tumor, sista, kecederaan kepala atau jangkitan otak.

 

– Hidrosefalus tekanan biasa

Ia biasanya muncul pada orang dewasa yang lebih tua dan menyebabkan pembengkakan di kawasan kecil yang terbuka pada otak tanpa perubahan tekanan. Doktor juga tidak pasti apa yang menyebabkan hidrasefalus jenis ini.

 

Punca Hidrosefalus

Hidrosefalus berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara berapa banyak cecair serebrospinal yang dihasilkan dan berapa banyak yang dapat diserap ke dalam aliran darah.

Cecair serebrospina dihasilkan oleh tisu yang melapisi ventrikel otak. Ia mengalir ke ventrikel melalui saluran yang bersambung. Seterusnya, cecair ini akhirnya mengalir ke dalam ruang di sekeliling otak dan ruang tulang belakang. Ia kemudiannya diserap terutamanya oleh saluran darah di tisu berhampiran pangkal otak.

Di samping itu, cecair serebrospina memainkan peranan penting dalam fungsi otak dengan:

  • Mengekalkan keterapungan otak, membolehkan otak yang agak berat terapung dalam tengkorak.
  • Melindungi otak bagi mengelakkan kecederaan.
  • Mengeluarkan produk sisa metabolisme otak.
  • Mengalir ulang alik antara rongga otak dan ruang tulang belakang untuk mengekalkan tekanan yang berterusan dalam otak dan mengimbangi perubahan tekanan darah di otak.

Seterusnya, cecair serebrospina yang berlebihan dalam ventrikel wujud disebabkan yang berikut:

  • Halangan separa pada cecair serebrospinal. Masalah yang paling biasa adalah halangan separa pada aliran normal cecair serebrospinal, sama ada dari satu ventrikel kepada yang lain atau dari ventrikel ke ruang lain sekeliling otak.
  • Penyerapan yang lemah. Masalah yang kurang berlaku ialah masalah berkaitan mekanisme yang membolehkan saluran darah menyerap cecair serebrospina. Ini sering dikaitkan dengan keradangan tisu otak kerana faktor penyakit atau kecederaan.
  • Penghasilan yang terlalu banyak. Cecair serebrospinal jarang dicipta dengan lebih cepat daripada yang dapat diserap.

 

Simptom Hidrosefalus

Simptom penyakit ini berbeza bergantung kepada umur anda.

Bagi bayi, simptomnya termasuklah:

Bagi kanak-kanak pula, anda mungkin mendapati tanda seperti:

  • Sakit kepala.
  • Penglihatan kabur.
  • Kepala besar yang tidak normal.
  • Mengantuk atau tenaga yang rendah.
  • Keseimbangan atau koordinasi yang tidak baik.
  • Kurang selera makan.
  • Sawan.
  • Meragam atau perubahan emosi.
  • Masalah pembelajaran di sekolah.

Orang dewasa yang belum berumur 60 tahun mungkin mempunyai:

  • Sakit kepala.
  • Keletihan.
  • Keseimbangan atau koordinasi yang kurang baik.
  • Kerap kencing atau kehilangan kawalan pundi kencing.
  • Perubahan dalam penglihatan.
  • Susutan dalam ingatan atau tumpuan yang menyebabkan masalah di tempat kerja.

Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas mungkin mempunyai:

  • Kerap kencing atau kehilangan kawalan pundi kencing.
  • Hilang ingatan.
  • Mempunyai masalah dengan kemahiran merancang atau memproses.
  • Mempunyai masalah berjalan atau koordinasi yang lemah.

 

Diagnosis Hidrosefalus

Diagnosis hidrosefalus biasanya berdasarkan:

  • Jawapan anda kepada soalan doktor mengenai tanda-tanda dan simptom.
  • Fizikal umum.
  • Ujian neurologi.
  • Ujian pengimejan otak.

– Ujian neurologi

Jenis ujian neurologi bergantung kepada usia seseorang. Pakar neurologi boleh bertanya dan menjalankan ujian yang agak mudah di pejabat untuk menilai keadaan otot, pergerakan, kesejahteraan dan seberapa baik deria berfungsi.

 

– Pengimejan otak

Ujian pengimejan otak boleh menunjukkan ventrikel yang menjadi besar disebabkan oleh cecair serebrospinal yang berlebihan. Mereka juga boleh digunakan untuk mengenal pasti punca-punca hidrosefalus atau keadaan lain yang menyumbang kepada simptom. Ujian pengimejan yang dibuat termasuklah:

  • Pengimejan ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej sering digunakan untuk penilaian awal untuk bayi kerana ia merupakan prosedur yang agak mudah dan berisiko rendah. Peranti ultrabunyi akan diletakkan di atas tempat lembut (fontanel) pada bahagian atas kepala bayi. Ultrabunyi juga boleh mengesan hidrosefalus sebelum bayi dilahirkan apabila prosedur itu dilakukan semasa pemeriksaan pranatal secara rutin.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI scan). Ujian ini menggunakan gelombang radio dan medan magnet untuk menghasilkan gambar 3-D atau rentetan keratan otak secara terperinci. Ujian ini tidak menyakitkan, tetapi ia bising dan pesakit diperlukan untuk baring dan tidak bergerak.

Kanak-kanak mungkin memerlukan ubat sedatif ringan semasa membuat beberapa imbasan jenis ini. Walau bagaimanapun, sesetengah hospital menggunakan versi imbasan yang sangat cepat yang biasanya tidak memerlukan sedatif.

  • Imbasan tomografi berkomputer (CT scan). Ia merupakan teknologi sinar-X khusus yang boleh menghasilkan pandangan rentetan keratan otak. Pengimbasan tidak menyakitkan dan berlaku dengan cepat. Ujian ini juga memerlukan pesakit untuk baring dan tidak bergerak, jadi kanak-kanak biasanya akan menerima sedatif ringan sebelum itu.

 

Faktor Risiko Hidrosefalus

Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko hidrosefalus:

  • Kelahiran pramatang: Bayi yang lahir pramatang mempunyai risiko lebih tinggi untuk berlakunya pendarahan intraventrikular, atau pendarahan di dalam ventrikel otak, yang mungkin mengakibatkan hidrosefalus.
  • Masalah semasa hamil: Jangkitan pada rahim semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko hidrosefalus dalam fetus yang sedang membesar.
  • Masalah dengan perkembangan fetus: Contohnya termasuklah penutupan ruang tulang belakang yang tidak sempurna.

Keadaan lain yang meningkatkan risiko termasuklah:

  • Luka dan tumor pada saraf tunjang atau otak.
  • Jangkitan sistem saraf.
  • Pendarahan di otak.
  • Kecederaan kepala yang teruk.

 

Rawatan Hidrosefalus

Sekiranya simptom anda adalah ringan, anda mungkin tidak memerlukan rawatan. Jika simptom tersebut pada tahap serius, doktor anda mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk meletakkan tiub plastik fleksibel dipanggil ‘shunt’ dalam otak anda. Ini dilakukan untuk mengarahkan cecair serebrospina mengalir ke bahagian lain badan seperti perut anda. ‘Shunt’ biasanya tidak akan akan dikeluarkan dan pemeriksaan yang kerap adalah penting untuk memastikan ia berfungsi dengan betul.

Dalam sesetengah kes, hidrosefalus boleh dirawat tanpa menggunakan ‘shunt’.  Sejenis pembedahan boleh membuka laluan di otak anda supaya cecair boleh mengalir dengan bebas, sementara yang lain menutup bahagian otak anda yang menghasilkan cecair serebrospina .

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hydrocephalus/symptoms-causes/syc-20373604

https://www.medicalnewstoday.com/articles/181727#:~:text=Hydrocephalus%2C%20also%20called%20water%20in,that%20prevents%20proper%20fluid%20drainage.

https://www.healthline.com/health/hydrocephalus

https://www.webmd.com/brain/hydrocephalus-facts

Summary
Hidrosefalus (Hyrdrocephalus) - Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Hidrosefalus (Hyrdrocephalus) - Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Hidrosefalus, juga disebut air di otak, adalah keadaan di mana terdapat penumpukan CSF yang tidak normal (cairan serebrospinal) di rongga (ventrikel) otak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: