Herpes Genital
Seseorang boleh dijangkiti dengan jangkitan seksual melalui vagina, anus, dan seks oral. Herpes oral menyebabkan kudis herpes, atau demam lepuh, untuk muncul di bibir. Individu biasanya mendapat herpes oral melalui persentuhan saliva bukannya persentuhan genital.

Seseorang boleh membawa jangkitan seksual melalui seks faraj, anus dan seks oral. Herpes oral biasanya boleh menyebabkan luka atau lepuh yang muncul di bibir. Individu biasanya mendapat herpes oral melalui sentuhan air liur dan bukannya sentuhan genital. Terdapat 2 jenis herpes genital iaitu HSV-1 yang menyebabkan herpes oral dan  HSV-2 yang menyebabkan herpes alat kelamin.

Walaupun HSV-1 biasanya boleh menyebabkan herpes oral, ia boleh merebak ke alat kelamin melalui seks oral terutamanya jika seseorang itu mempunyai luka yang terbuka. Selain itu, seseorang juga boleh mempunyai HSV-1 dan HSV-2 pada masa yang sama. Tiada ubat pada masa kini boleh merawat herpes genital. Penyakit ini mudah untuk disebarkan kepada orang lain, walaupun individu itu tidak mempunyai luka terbuka.

Bagi mencegah penularan herpes alat kelamin, ianya penting bagi individu untuk menggunakan perlindungan semasa melakukan hubungan seks.

 

Punca Herpes Genital

Dua jenis jangkitan virus herpes simpleks yang boleh menyebabkan herpes genital adalah:

  • HSV-1. Ini adalah jenis yang biasanya menyebabkan luka atau lepuh di sekitar mulut anda. HSV-1 sering tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit, walaupun ia boleh disebarkan ke kawasan genital anda semasa seks secara oral. Jangkitan yang berulang kurang kerap berlaku berbanding dengan jangkitan HSV-2.
  • HSV-2. Ini adalah jenis yang biasanya menyebabkan herpes alat kelamin. Virus ini merebak melalui hubungan seksual dan sentuhan kulit ke kulit. HSV-2 sangat biasa berlaku dan mudah berjangkit, sama ada anda mempunyai luka terbuka atau tidak.

Memandangkan virus mati dengan cepat di luar tubuh, ianya hampir mustahil untuk mendapatkan jangkitan melalui sentuhan dengan tandas, tuala atau objek lain yang digunakan oleh orang yang telah dijangkiti.

 

Simptom Herpes Genital

Herpes alat kelamin selalunya tidak menyebabkan sebarang simptom. Seseorang mungkin tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai virus ini sehinggalah ia dikesan pada ujian rutin jangkitan seksual.

Apabila herpes alat kelamin mula menampakkan simptomnya, biasanya ia menyebabkan luka terbuka pada genital dan anus. Pada mulanya, luka biasanya terbentuk pada bahagian badan yang terdedah kepada virus buat pertama kali. Ia biasanya muncul antara 2 hari dan 3 minggu selepas melakukan hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai herpes genital.

Ciri khas herpes alat kelamin adalah lepuh-lepuh kecil yang terbuka dan meninggalkan luka menyakitkan yang boleh mengambil masa antara 2 hingga 6 minggu untuk sembuh. Seseorang mungkin menyalah anggap kes herpes ringan dengan jerawat atau rambut yang terperangkap.

Selain itu, biasanya, seseorang akan merasa kesemutan atau kegatalan di sekeliling genital mereka yang boleh berlaku selama sehari. Mereka juga mungkin menyedari simptom seperti berikut:

  • Sakit kepala.
  • Demam.
  • Kepenatan.
  • Kelenjar limfa membengkak.
  • Sakit otot.

Herpes paling mudah berjangkit apabila seseorang itu mempunyai luka genital terbuka, walaupun individu boleh menghantar virus itu tanpa kehadiran sebarang luka.

Seterusnya, doktor biasanya akan mendiagnosis herpes alat kelamin dengan bertanyakan tentang simptom seseorang dan memeriksa sebarang luka yang ada. Ujian darah dan pengikisan kulit boleh membantu mendiagnosis keadaan ini walaupun ia biasanya tidak diperlukan.

Sesetengah simptom adalah khusus kepada lelaki dan juga perempuan.

 

Diagnosis Herpes Genital

Doktor anda biasanya boleh mendiagnosis herpes genital berdasarkan ujian fizikal dan keputusan ujian makmal tertentu:

  • Kultur virus. Ujian ini melibatkan pengambilan sampel tisu atau mengikis luka untuk pemeriksaan di makmal.
  • Ujian reaksi rantai polimeras. Ia digunakan untuk menyalin DNA daripada sampel darah, tisu daripada cairan perut atau tulang belakang anda. DNA kemudiannya boleh diuji untuk menentukan kehadiran HSV dan menentukan jenis HSV yang anda miliki.
  • Ujian darah. Ujian ini menganalisis sampel darah anda untuk mengetahui kehadiran antibodi HSV bagi mengesan jangkitan herpes yang terdahulu.

 

Faktor Risiko Herpes Genital

Risiko anda dijangkiti dengan herpes alat kelamin boleh meningkat jika anda:

  • Adalah seorang wanita. Wanita lebih cenderung mempunyai herpes genital berbanding lelaki. Virus ini lebih mudah dihantar secara seksual daripada lelaki kepada wanita berbanding wanita kepada lelaki.
  • Mempunyai beberapa pasangan seksual. Setiap pasangan seksual tambahan meningkatkan risiko anda terdedah kepada virus yang menyebabkan herpes genital.

 

Komplikasi Herpes Genital

Komplikasi yang berkaitan dengan herpes alat kelamin mungkin termasuk:

  • Jangkitan seksual lain. Mempunyai luka genital meningkatkan risiko anda menyebarkan atau mendapat jangkitan seksual yang lain, termasuk penyakit AIDS.
  • Jangkitan pada bayi baru lahir. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit ini boleh terdedah kepada virus yang sama semasa lahir. Ini boleh mengakibatkan kerosakan otak, buta atau kematian bayi tersebut.
  • Masalah pundi kencing. Dalam sesetengah kes, luka berkaitan dengan herpes genital boleh menyebabkan keradangan di sekitar tiub yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing anda ke bahagian luar (urethra). Pembengkakan boleh menutup uretra selama beberapa hari dan memerlukan kemasukan kateter untuk mengosongkan pundi kencing anda.
  • Keradangan membran dan cecair serebrospinal. Dalam keadaan yang jarang berlaku, jangkitan HSV boleh menyebabkan keradangan pada membran dan cecair serebrospinal yang mengelilingi otak dan saraf tunjang.
  • Keradangan rektum (proktitis). Herpes genital boleh menyebabkan keradangan lapisan rektum, terutamanya pada lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

 

Rawatan Herpes Genital

Tiada ubat untuk penyakit herpes alat kelamin. Rawatan dengan preskripsi ubat-ubatan anti-virus boleh:

  • Membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat pada tempoh awal jangkitan berlaku.
  • Mengurangkan tahap serius simptom dan tempoh yang diperlukan sebelum ia berulang.
  • Mengurangkan kekerapan penyakit ini terjadi lagi.
  • Mengurangkan peluang untuk menghantar virus herpes kepada yang lain.

 

Langkah Pencegahan Herpes Genital

Cadangan untuk mencegah keadaan herpes alat kelamin adalah sama dengan cara mencegah jangkitan seksual yang lain. Ini termasuklah menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual atau mengehadkan hubungan seksual dengan hanya satu pasangan yang bebas jangkitan. Pendek kata, anda boleh:

  • Memastikan kondom lateks digunakan setiap kali melakukan hubungan seksual.
  • Elakkan hubungan seksual jika pasangan mempunyai pecahan bisul di kawasan kelamin atau di tempat lain.

 

– Langkah berjaga-jaga semasa kehamilan             

  • Sekiranya anda hamil dan mengetahui bahawa anda mempunyai herpes genital, beritahu doktor anda. Jika anda fikir anda mungkin mempunyai herpes genital, minta agar ujian dapat dibuat.
  • Doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda mula mengambil ubat anti-virus herpes pada saat akhir kehamilan untuk mencegah wabak semasa bersalin. Namun, sekiranya anda mengalami penyakit ini ketika anda bersalin, doktor mungkin mencadangkan pembedahan ‘caeser’ untuk mengurangkan risiko penyebaran virus kepada bayi anda.

SUMBER

https://www.webmd.com/genital-herpes/default.htm

https://www.healthline.com/health/std/genital-herpes

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/genital-herpes/symptoms-causes/syc-20356161

https://www.medicalnewstoday.com/articles/151739

Summary
Herpes Alat kelamin (Genital herpes) - Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Komplikasi, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Article Name
Herpes Alat kelamin (Genital herpes) - Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Komplikasi, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Description
Seseorang boleh dijangkiti dengan jangkitan seksual melalui vagina, anus, dan seks oral. Herpes oral menyebabkan kudis herpes, atau demam lepuh, untuk muncul di bibir. Individu biasanya mendapat herpes oral melalui persentuhan saliva bukannya persentuhan genital.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: