Herbals Strawberry Lip Care

Herbals strawberry lip care atau herbals strawberry shine lip care adalah produk keluaran Himalaya. Bila beecerita tentang lip care ia pastinya melibatkan kesihatan bibir. Sudah pastinya kita akan mula membayangkan keadaan bibir yang mungil berserta dengan lipstick berwarna merah pekat. Cantik bukan?

Namun tidak kiralah betapa seronoknya membayangkan bibir yang cantik tetapi masih ramai orang yang tidak memberikan perhatian yang serius mengenai penjagaannya. Tiada pengecualian sama ada anda adalah seorang lelaki ataupun wanita, penjagaan bibir sebenarnya sama sahaja penting dengan penjagaan anggota badan yang lain-lain.

Manusia secara normalnya dilahirkan dengan bibir. Bibir merupakan salah satu kenikmatan yang boleh digunakan untuk makan dan bercakap. Saiz dan bentuk bibir juga berbeza mengikut kesesuaian di wajah bagi setiap individu. Ada individu yang memiliki bibir yang besar, kecil, ada juga bibir yang sangat tipis dan sangat mungil.

Anda mahu tahu rahsia kulit bibir kekal sihat dan merah kemerahan? Rahsianya adalah balm Strawberry Shine dari Himalaya!

Kekal menawan dengan Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care secara semula jadi berkilat. Balsem bibir mewah ini melembapkan bibir anda agar lembut. Formula pengekalan kelembapan dengan pelembab kulit menjadikan bibir anda berkilau secara semula jadi sementara antioksidan dan bahan aktif semula jadi merawat bibir anda dengan melindunginya dari kerosakan persekitaran. Diperkaya dengan 100% warna semula jadi, Vitamin E dan antioksidan, Strawberry Shine Lip Care bebas daripada bahan pengawet, petroleum jelly, minyak mineral dan silikon.

Kelebihan Menggunakan Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care

  • Haruman yang sedap.
  • Tidak berasaskan petroleum.
  • Tidak mengandungi pewarna sintetik
  • Balsem bibir yang tidak berwarna.
  • Tuntutan 100% bahan semulajadi.
  • Melembapkan bibir.
  • Bibir terhidrat dalam jangka masa yang panjang.
  • Menyembuhkan bibir yang kering.
  • Menghasilkan warna mengikut tahap kelembapan bibir.
  • Tahan lama dan tidak mudah tanggal
  • Mempunyai fungsi anti kedut, anti gelap dan anti kering
  • Membantu merawat bibir yang pecah dan berdarah
  • Membantu untuk bibir lebih sihat dan pinkish
  • Mencantik dan melembabkan bibir
  • Sesuai dipakai oleh kebanyakan wanita dari pelbagai latarbelakang.

Siapa Yang Perlu Menggunakan Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care?

Lelaki ataupun wanita yang mempunyai masalah bibir kering, bibir mengupas atau bibir yang kelihatan tidak bermaya serta bibir hitam. Ini adalah solusinya! Dengan penggunaan kerap pelembap bibir Himalaya mampu menjadikan bibir anda lebih sihat, bersih, dan menawan.

Kenapa Perlu Memakai Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care?

1. Lip Balm Menjaga Bibir Agar Tetap Lembab

Kulit manusia biasanya dilindungi dari cuaca dan pencemaran debu kerana kelenjar minyak yang selalu menjaga kelembapan. Namun, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Oleh itu, jangan terkejut jika bibir anda mudah kering, terutamanya ketika anda berpeluh.

Di sinilah balsem bibir Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care dapat membantu anda. Balsem bibir boleh bertindak sebagai lapisan tambahan yang menjaga bibir lembap, seperti minyak semula jadi kulit. Bibir yang selalu lembab lebih sukar untuk mengelupas sehingga tidak mudah pecah.

2. Menjaga Bibir Dari Sinaran UV

Adakah anda tahu betapa halus dan sensitif bibir anda? Bayangkan jika organ sensitif ini harus bertemu dengan sinar UV yang cukup melampau, ia boleh merosakkan lapisan. Bibir anda mungkin menjadi lebih sensitif terhadap luka atau keadaan kering.

3. Lindungi Bibir Anda Dari Jangkitan

Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan doktor bahawa terdapat 20-100 bilion bakteria di dalam mulut manusia. Anda tidak mahu bibir anda dijangkiti oleh salah satu daripada berbilion bakteria ini, bukan?

Oleh itu, jangan biarkan bibir anda pecah-pecah. Terutama ketika ia pecah! Setelah menggosok gigi atau membasuh mulut, segera pakai balm bibir Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care! Lindungi bibir anda sepanjang masa!

Cara Penggunaan Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care

  • Buka penutup Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care dan naikkan sedikit lip balm dengan memusingkan bahagian bawah.
  • Sapukan balm ke bibir.
  • Lipat bibir ke dalam mulut untuk meratakan sisa balm.

Bahan Rahsia Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care

Minyak Kernel Aprikot

Minyak Kernel Aprikot adalah sumber Vitamin E yang kaya dan emolien yang berkesan melembapkan bibir kering dan pecah-pecah.

Minyak Biji Strawberry

Minyak Biji Strawberry adalah sumber asid lemak penting yang kaya, bertindak sebagai emolien yang sangat baik dan membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.

Waktu Yang Sesuai Untuk Memakai Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care

Kita harus merawat bibir setiap hari. Selain daripada melakukan scrub bibir, kita juga perlu menggunakan Lip balm secara rutin. Tidak hanya menggunakan Lip balm di waktu siang. Kita juga boleh menggunakan Lip balm sebelum tidur.

Pemakaian pelembap bibir sebelum tidur ternyata amat baik untuk kesihatan bibir. Pelembap bibir yang digunakan setiap hari sebelum tidur akan membuatkan bibir menjadi lebih lembut dan terhindar dari pecah pecah. Ini akan menyebabkan bibir tetap lembab dan sihat apabila bangun dari tidur.

Pastikan sebelum tidur malam, sapukan pelembap bibir dibibir anda terdahulu. Demi untuk mendapatkan bibir yang sihat dan cantik.

Bibir yang sihat, cantik dan menawan merupakan idaman baik lelaki mahupun wanita. Namun tidak semua orang memiliki kelebihan tersebut, jadi kita hendaklah berusaha dengan menggunakan Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care.

Summary
 Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care
Article Name
Himalaya Herbals Strawberry Shine Lip Care
Description
Herbals strawberry lip care atau herbals strawberry shine lip care adalah produk keluaran Himalaya. Bila beecerita tentang lip care ia pastinya melibatkan kesihatan bibir. Sudah pastinya kita akan mula membayangkan keadaan bibir yang mungil berserta dengan lipstick berwarna merah pekat. Cantik bukan?
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: