Hatyai

Hatyai: 10 Tempat Menarik Wajib Anda Kunjungi Ketika Bercuti Di Hatyai ~ Hatyai ialah merupakan salah satu bandar terbesar yang terletak di Wilayah Songkhla, Thailand dan mempunyai lokasi yang berhampiran dengan Malaysia dan Singapura. Ia sering dijadikan antara pilihan lokasi percutian samada pada musim sekolah ataupun untuk berbulan madu.

Terdapat banyak pusat tarikan yang terdapat di sini terutamanya pilihan makanan yang variasi, tempat membeli-belah yang murah, tempat-tempat yang menarik dan banyak lagi.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih banyak tempat menarik di Hatyai agar dapat memudahkan anda untuk merancang percutian anda.

10 Tempat Menarik Wajib Anda Kunjungi Ketika Bercuti Di Hatyai

  • Pasar Terapung Hatyai Kiong Hee

Pasar terapung ini merupakan antara tempat top yang wajib anda kunjungi ketika berada di Hatyai. Pasar ini dikenali dengan nama pasar terapung kerana aktiviti jual beli dilakukan di atas sampan.

Terdapat sekitar lebih 50 buah sampan yang ada menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Pasar ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga ahad dari jam 3 petang hingga 9 malam.

Apa yang menariknya, kebanyakan penjual disini ialah merupakan orang Thailand yang beragama Islam. Jadi, anda tidak perlu khuatir sekiranya anda beragama Islam. Anda boleh menikmati keunikan dan kepelbagaian makanan dijual tanpa rasa ragu-ragu.

  • Kim Yong Market

Terdapat lebih 100 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti kasut, beg, pakaian dan tidak lupa juga street food. Tempat ini menjadi pilihan kerana harganya yang murah kaw-kaw dan boleh tawar-menawar sehingga anda berpuas hati dengan harga yang diberikan ekiranya tiada tanda harga dipaparkan.

Untuk kaki shopping, anda perlu meletakkan tempat ini di dalam top list anda untuk dikunjungi. Disinilah syurga buat kaki shopping untuk membeli bermacam-macam jenis barangan dengan harga yang sangat murah dan kualiti yang boleh tahan okay.

Kim Yong Market ini beroperasi hanya pada hujung minggu iaitu hari sabtu dan ahad bermula dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam.

  • Pagoda Besi

Pagoda Besi ini terletak di atas bukit dan anda boleh melihat pemandangan yang cantik disekitarnya. Mempunyai reka bentuk yang luaran yang diukur dengan teliti dan cantik, serta dikelilingi dengan loceng dan gong, ia dikatakan antara rekaan yang paling unik bukan sahaja di Thailand malahan di dunia.

Cahaya lampu Pagoda akan dibuka apabila waktu malam menjelma. Hal ini menarik perhatian ramai pengunjung untuk menyaksikan keindahannya. Waktu ideal untuk menyaksikannya ialah pada pukul 6.30 petang.Diperbuat daripada besi, Pagoda Besi ini turut mempunyai dekorasi dalaman yang begitu indah dan menakjubkan sesiapa yang melihatnya.

  • Masjid Pusat Songkhla

Masjid Pusat Songkhla merupakan masjid yang terbesar di Selatan Thailand. Masjid ini terletak berdekatan dengan pasar terapung (sekitar 5 ke 10 minit berjalan kaki).

Selain saiznya yang besar, masjid ini turut jadi salah satu tarikan pelancong yang berkunjung ke Thailand sebagai lokasi bergambar yang cukup indah terutamanya pada waktu matahari terbenam. Bukan itu sahaja, masjid ini juga menjadi lokasi pilihan untuk pasangan bernikah.

  • Pantai Samila

Setelah penat berjalan dan bershopping beberapa hari, anda wajib pergi ke pantai ini untuk berehat dan menenangkan diri. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti kedai makan dan sebagainya. Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyewa kuda dan berjalan-jalan sekitar pantai bersama kuda yang anda sewa.

Sebuah tugu berbentuk ikan duyung yang terdapat dipantai ini merupakan tarikan utama di pantai ini. Dengar kata orang, tugu ini ada kisahnya tersendiri.

  • Wat Hatyai Nai Temple

Tidak lengkap percutian anda di Hatyai sekiranya anda tidak menjejakkan kaki ke salah satu tokong buddha yang terdapat di Hat Yai ini. Di kuil ini anda boleh mengambil gambar bersama patung Buddha baring yang terbesar di selatan Thailand.

Patung ini mempunyai panjang 35 meter dengan riak wajahnya seakan-akan sedang tersenyum melihat para-pelancong yang tidak putus-putus datang untuk melawatnya.

Warga Thailand majoritinya adalah penganut Buddha. Maka, tidak hairanlah kenapa di sini terdapat banyak tokong Buddha yang disebut sebagai ‘wat’.

  • Asean Market (Poet Tai)

ASEAN Market adalah sebuah pasar yang mempunyai dua tingkat; tingkat 1 menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian, aksesori, kasut, beg dan lain-lain lagi. ManakalA, tingkat 2 pula adalah foodcourt. Terdapat gerai-gerai yang menjual variasi jenis makanan Thai, makanan barat serta buah-buahan.

Anda boleh memborong barang-barang disini untuk dibawa pulang kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

  • Municipal Park

Di Municipal Park ini, anda berpeluang untuk menaiki kereta kabel dan menikmati pemandangan sekitar Hatyai dengan harga tiket semurah 200 Baht ataupun sekitar RM25. Selain itu, di taman ini terdapat beberapa patung buddha besar yang mempunyai karakter berbeza dan menjadi tarikan pengunjung.

  • Terowong Bersejarah Khao Nam Khang

Terowong ini terletak di Taman Negara Khao Nam Khang. Di terowong ini anda boleh melihat peninggalan sejarah yang wujud sejak sebelum Tanah Malaya merdeka lagi. Terowong ini turut menjadi saksi hubungan antara Thailand, British dan Malaysia.

Terowong ini mempuyai tiga tingkat. Dulu, ia menjadi tempat tinggal pemberontak komunis pada masa itu. Anda juga dapat melihat pameran pelbagai jenis senjata dan barangan harian yang digunakan oleh pihak komunis di dalam terowong ini.

  • Magic Eye 3D Museum

Anda wajib singgah ke muzium 3D ini untuk menyaksikan karya seni 3D yang kelihatan benar-benar realistik. Selepas ke muzium ini, anda boleh singgah ke pusat beli belah terkenal di Hat Yai yang berhampiran (Central Festival Mall).

Muzium ini amat sesuai untuk anda yang gemar mengambil gambar. Lukisan 3D bukan sahaja terdapat di dinding muzium tetapi juga di lantai muzium. Pokoknya, anda bebas ingin bergambar di mana sahaja!

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi ketika bercuti ke Hat Yai yang tidak disenaraikan diatas.

Antaranya ialah Namtok Ton Nga Chang, Greenway Night Market, Songkhla Old Town, Santisuk Market, Street Art Songkhla, Chang Puak Camp, Thale Noi Waterbird Park, Khu Khut Waterfowl Park, Pulau Ko yo dan lain-lain.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pelbagai pengalaman ketika bercuti di Hatyai bersama orang tersayang. Sentiasa pastikan anda merancang perjalanan percutian anda sebaiknya agar tidak melebihi bajet dan perjalanan anda berjalan lancar.

Sekian. Selamat bercuti!

Sumber:

https://ammboi.my/tempat-menarik-hat-yai/

https://travelblog.expedia.com.my/asia/lawatan-hat-yai/

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-hatyai-songkhla/

Summary
Hatyai: 10 Tempat Menarik Wajib Anda Kunjungi Ketika Bercuti Di Hatyai
Article Name
Hatyai: 10 Tempat Menarik Wajib Anda Kunjungi Ketika Bercuti Di Hatyai
Description
Hat Yai ialah merupakan salah satu bandar terbesar yang terletak di Wilayah Songkhla, Thailand dan mempunyai lokasi yang berhampiran dengan Malaysia dan Singapura. Ia sering dijadikan antara pilihan lokasi percutian samada pada musim sekolah ataupun untuk berbulan madu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: