hatomugi

Hatomugi adalah produk berkualiti dan juga diyakini. Siri produk penjagaan dari Hatomugi memberi tumpuan kepada hubungan antara bekalan kelembapan ke kulit dan pengekalan kelembapan. 

Dengan menggunakan preskripsi yang tidak menggunakan bahan tambahan seperti wangian dan pewarna, Ia menggabungkan bahan pelembap yang berasal dari tumbuhan semula jadi – ekstrak Job’s Tears. Ia juga adalah ramuan mencantikkan kulit yang berkesan untuk menyokong pembaikan keadaan kulit selain memberikan kesan kelembapan.

Kami senaraikan di bawah produk Hatomugi dan juga alternatif-alternatif yang baik untuk anda dapatkan kulit wajah yang lembap sepanjang hari.

HATOMUGI Skin Conditioner

RM31.90

Losyen pelembap yang ringan dan tidak melekit yang menampilkan estrak semulajadi Hatomugi membantu untuk menghidrat kulit secara mendalam dan menjadikannya lembut dan halus. Ini dirumus khas untuk menumpukan berbagai jenis masalah kulit, seperti melonggarkan liang pori, garis-garis halus dan penuaan kulit. Hatomugi Skin Conditioner ini juga mengandungi adlay yang diperkaya dengan Vitamin B1 dan B2 untuk membantu membersihkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit yang tidak rata. Perapi pelbagai guna ini boleh dipakai sebagai toner untuk menyeimbangkan keasidan kulit, menghaluskan dan meningkatkan keanjalan kulit. Patutlah ia menjadi kegilaan ramai sekarang ini! 

HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion (Light) 

RM66.00

Produk Hada Labo yang tersohor ini menggabungkan formulasi khas 4 jenis asid hyaluronik untuk menghidrat kulit secara mendalam dari permukaan ke lapisan kulit. Asid-asid ini bertugas unutk mengunci, mengisi dan memulihkan kelembapan jauh ke dalam kulit, lapisan demi lapisan untuk membentuk penghadang kulit semula jadi.  Penghadang ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan optimum serta membantu kulit untuk meningkatkan penyerapan bahan penjagaan kulit yang lain. Ia mengandungi ekstrak bunga sakura dan minyak botanikal untuk membantu mengimbangkan semula tona kulit, mengembalikan kesegaran kulit dan menghasilkan kulit yang sihat berseri.

HATOMUGI Skin Conditioning Gel

RM39.90

Gel keluaran Hatomugi ini dikenali dengan kegunaan yang serba boleh. Dilengkapkan dengan formulasi penembusan yang tinggi, gel ringan dan tidak melekit ini berkesan untuk mengisi semula kandungan kelembapan kulit sambil mengunci kelembapan, rahsia untuk kulit yang segar dan sempurna! Produk yang bebas alahan ini sempurna unutk semua jenis kulit. Boleh diguna pakai sebagai krim kecantikan, asas solek pelembap atau produk “all-in-one” yang menyegarkan! 

HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Water Gel 

RM73.20

Gel Hada Labo ini mempunyai tekstur yang sangat ringan memberikan kulit rasa nyama, dingin dan tidak berminyak. Diformulasi dengan 4 jenis asid hyaluronik, ia mengunci, mencantikkan and menyimpan kelembapan lebih mendalam pada kulit. Selain itu, bahan-bahan seperti ceramide, Vitamin B3, aloe vera dan ekstrak botani dicampur untuk memberi khasiat jauh ke dalam kulit. Produk ini sangat lah sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana ia tidak mempunyai wangian, pewarna dan minyak mineral yang boleh menyebabkan alergi kepada kulit.  

HATOMUGI Medicated Facial Foam

RM29.90

Busa pembersih wajah Hatomugi semula jadi ini mengandungi estrak Hatomugi, tumbuhan terpilih Jepun dan China dan ekstrak daun pic membantu untuk menghasilkan kulit yang segar dan berseri. Ia menghasilkan buih yang tebal untuk membersihkan, menghilangkan kotoran jauh di dalam pori-pori – menyelesaikan masalah jerawat. Ditemani juga dengan butiran halus mutiara, busa ini boleh membantu memutihkan wajah anda dan membaiki tona warna wajah yang tidak sekata. Asid hyaluronik serta asid amino juga ditambah untuk melindungi kulit dari kekeringan. 

CORSX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser

RM43.00

Hilangkan kotoran kulit anda dengan Corsx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser! Fungsi utama permbersih wajah ini adalah untuk membantu menangani masalah jerawat. Diformulasikan dengan campuran “tea tree”, air “willow bark” dan 0.5% asid salisilik , pembersih lembut ini menghilangkan kotoran, minyak yang berlebihan sambil mengisi kelembapan untuk memerangi jerawat. Hasilnya adalah kulit yang lembut, kelihatan lebih jelas dan menyerlahkan seri muka. 

HATOMUGI Milky Cream

RM42.90

Mengandungi konsentrasi tinggi ekstrak biji Hatomugi, krim susu ini adalah solusi terbaik untuk melawan kulit yang kering. Produk ini tidak mempunyai sebagai pewarna dan alcohol membuatkan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ditambahkan juga dengan formulasi asid hyaluronik untuk menjadikan kulit segar, putih dan licin serta mengekalkan kelembapan yang sedia ada. Losyen ini mempunyai tekstur yang ringan untuk memaksimakan keserapan ke dalam kulit. 

INNISFREE Green Tea Seed Deep Cream

RM108.00

Krim keluaran Innisfree ini mempunyai formula pengunci kelembapan ini memastikan kulit anda mempunyai penghidratan yang cukup dan tahan lama. Tugas krim ini ialah menyelimutkan kulit anda dengan kelembapan dengan kandungan ekstrak ‘green tea’ yang kaya. Walaupun teksturnya tampak berat, krim yang penuh dengan anti-oksidan ini mudah diserap ke dalam kulit tanpa memberi kesan melekit. Ia juga membantu untuk membaiki sel-sel kulit menghasilkan kulit yang licin dan berseri. 

HATOMUGI Cleansing Foam 

RM29.90

Pembersih wajah ini diadun dengan ekstrak Hatomugi yang mewah untuk menjamin penjanaan kulit baru yang telus. Diaktifkan juga dengan bahan pelembap semula jadi seperti asid hyaluronik dan asid amino untuk melindungi kulit dari kekeringan. Busa pembersih wajah ini bertindak untuk membersihkan kotoran halus yang melekit pada kulit serta menyeimbangkan kandungan sebum kulit anda. Dengan kandungan sebum yang seimbang, anda tidak lagi perlu risau dengan masalah jerawat!

SIMPLE Moisturising Facial Wash

RM22.80

Diperbuat dengan bahan semulajadi yang diperkaya dengan vitamin B5 dan E, pencuci wajah Simple ini mampu untuk membersih dan melembutkan kulit. Ianya berfungsi untuk mengeluarkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan kulit. Tidak mengandungi wangian, pewarna, alkohol dan sabun membuatkan pembersih wajah ini sangat ideal untuk semua jenis kulit dan harus dijadikan sebagai rutin penjagaan harian kulit anda. Produk ini juga telah diuji secara klinikal dan diluluskan oleh pakar kulit. 

Untuk dapatkan kulit yang lembap, anda haruslah gunakan produk yang betul. Oleh itu, anda boleh cuba produk yang kami senaraikan buat anda di atas. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda yang ingin dapatkan kulit yang lembap dan juga sihat.

Tagged: