hari tasyrik

Dalam Islam, terdapat lima hari yang dilarang untuk berpuasa bagi umat Islam. Antaranya ialah pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan juga Hari Tasyrik.

Hari Tasyrik merupakan salah satu hari yang diharamkan berpuasa bagi umat. Ia jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah kalendar Hijrah yang merupakan tiga hari selepas Hari Raya Aidil Adha.

Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ke-10, hari ke-11, hari ke-12, dan hari ke-13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah, iaitu Jamratul UlaJamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah.

Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Mengapa Dilarang Berpuasa Pada Hari Mulia Ini?

“Sebagaimana diharamkan berpuasa pada hari Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka diharamkan juga berpuasa pada hari tasyrik iiaitu tiga hari setelah Aidil Adha (11, 12, dan 13 Dzulhijjah)”.

Larangan ini juga disampaikan Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh sahih Muslim, bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

“Hari-hari tasyrik adalah hari makan dan minum.” (HR. Muslim no. 1141)

Hari tasyrik merupakan hari makan dan minum untuk umat Islam. Maka umat Islam dilarang untuk berpuasa pada hari ini.

Oleh itu, umat Islam boleh memperbanyak ibadah zikir dan doa, di samping menunaikan ibadah qurban.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 203:

وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعْدُودَٰتٍ ۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِى يَوْمَيْنِ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ لِمَنِ ٱتَّقَىٰ ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang. Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barang siapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), maka tidak ada dosa pula baginya, bagi orang yang bertakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.

Menurut Ibnu Abbas dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adhim, dijelaskan yang dimaksud dengan hari yang berbilang adalah hari-hari selepas Aidil Adha iaitu hari tasyrik.

Bilakan Boleh Berpuasa Kembali?

Oleh kerana hari mulia ini jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah maka seeluruh umat Islam dilarang untuk berpuasa. Ini kerana pada tarikh ini ibadah korban masih sah dilakukan umat Islam.

Namun, jika mereka ingin berpuasa, mereka boleh kembali berpuasa pada 14 Zulhijjah iaitu sehari setelah berakhirnya hari Tasyrik.

Hikmah Hari Tasyrik

1. Tanda bersyukur

Hari Tasyrik merupakan salah satu hari umat Islam dilarang untuk berpuasa seperti hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Apa sahaja jenis puasa seperti puasa qadha atau puasa sunnah juga dilarang.

Oleh itu, pada hari ini, umat Islam digalakkan untuk selalu bersyukur dengan rezeki berbentuk makanan dan minuman. Oleh itu, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk menikmati hidangan pada hari tersebut.

2. Melakukan ibadah qurban

Ibadah sunnah ini dikhaskan untuk umat Islam yang memiliki kekayaan yang berlebihan. Ia adalah untuk untuk berkongsi kesenangan dengan mereka yang miskin sehingga mereka dapat menikmati hidangan istimewa melalui binatang yang disembelih.

Sementara itu, umat Islam telah disarankan untuk menyembelih binatang yang berkualiti, sihat, dan gemuk.

3. Perbanyakkan zikir dan solat

Sebagai bentuk kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaan, terutamanya keseronokan makan dan minum, umat Islam digalakkan untuk terus berzikir dan berdoa pada hari yang diberkati ini.

Zikir bermaksud mengucapkan kalimat baik atau kalimat tayyibah dan terus menyebut nama-nama Allah yang lain. Diiringi dengan mendoakan perkara-perkara baik, seperti mendoakan saudara-mara mendapat kebaikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hari Tasyrik adalah hari yang dilarang untuk berpuasa buat umat islam atas sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu, kita haruslah mengikut perintah Allah S.W.T dalam usaha kita untuk menjadi hambaNya yang taat.

Sumber

https://surabaya.liputan6.com/read/4320006/mengenal-hari-tasyrik-keutamaan-dan-hikmahnya-bagi-umat-islam

https://www.merdeka.com/jatim/pengertian-hari-tasyrik-keutamaan-dan-hikmahnya-dalam-perayaan-iduladha-kln.html

https://www.haibunda.com/moms-life/20200730150331-76-154444/hari-tasyrik-dilarang-berpuasa-ini-alasannya-bunda

https://www.pa-tanjungredeb.go.id/berita-seputar-peradilan/483-pelaksanaan-ibadah-qurban-di-pengadilan-agama-tanjung-redeb-01-08

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tasyrik

Tagged: