Now Reading
Halusinasi (Hallucination) – Punca dan Diagnosis

Halusinasi (Hallucination) – Punca dan Diagnosis

halusinasi

Pengenalan

Halusinasi adalah pengalaman deria yang kelihatan seperti nyata tetapi sebenarnya ia hanyalah ilusi yang dicipta oleh fikiran anda.Ia boleh menjejaskan kelima-lima deria anda. Sebagai contoh, anda mungkin mendengar suara mister yang tidak dingeri oleh orang lain di dalam bilik yang sama atau melihat imej yang tidak benar.

Simptom-simptom ini mungkin disebabkan oleh penyakit mental, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau penyakit fizikal seperti epilepsi atau pengambilan alkohol.

Anda mungkin perlu berjumpa ahli psikiatri, pakar neurologi, atau doktor perubatan bergantung pada punca halusinasi anda.

Rawatan boleh terdiri dari pengambilan ubat-ubatan untuk merawat keadaan kesihatan tertentu. Doktor juga boleh mengesyorkan perubahan tingkah laku seperti mengurangkan tabiat meminum alkohol dan tidur lebih lama untuk memperbaiki keadaan anda.

Penerangan

Halusinasi adalah sensasi yang dicipta dalam fikiran dan kelihatan seperti nyata. Contohnya, melihat perkara yang tidak wujud, mendengar suara atau bunyi lain, mengalami sensasi seperti sesuatu merangkak pada kulit, atau bau-bauan yang tidak wujud. Ia boleh menjadi dicirikan sebagai gangguan psikotik seperti skizofrenia. Malah, ia juga biasa berlaku dalam situasi yang melibatkan pengambilan dadah dan pengeluaran dadah (drug withdrawal). Hal ini berlaku dengan pengambilan dadah yang berbeza.

Selain itu, individu yang sakit teruk, seperti mereka yang mempunyai kegagalan hati atau buah pinggang berisiko untuk mengalami halusinasi.

Demam bersuhu tinggi juga boleh menyebabkan halusinasi pada sesetengah individu.

Kebiasaannya diiringi dengan simptom psikotik yang lain seperti berkhayal atau pemisahan dari realiti. Situasi ini boleh berlangsung dalam tempoh sementara atau berterusan dalam jangka masa panjang. Ia bergantung kepada jenis halusinasi dan puncanya.

Penyebab yang berkemungkinan

Keadaan kesihatan mental

Penyakit mental adalah salah satu punca utama halusinasi. Contohnya, skizofrenia, demensia, dan kecelaruan fikiran.

Penyalahgunaan bahan

Penyalahgunaan bahan juga adalah sebab umum halusinasi. Sesetengah individu melihat atau mendengar perkara yang tidak wujud selepas minum terlalu banyak alkohol atau mengambil dadah seperti kokain secara berlebihan.

Ubat hallucinogenic seperti LSD dan PCP juga boleh menyebabkan anda mengalami halusinasi.

Kurang tidur

Tidak mendapat tidur yang cukup juga boleh menyebabkan halusinasi. Anda mungkin lebih mudah untuk berhalusinasi jika anda tidak tidur dalam tempoh beberapa hari atau tidak mendapat tidur yang cukup untuk tempoh masa yang lama.

Anda juga mungkin mengalami halusinasi sebelum tidur, yang dikenali sebagai halusinasi hypnagogic, atau berhalusinasi sebelum terbangun dari tidur yang dikenali sebagai halusinasi hipnopompi.

Ubat-ubatan

Ubat tertentu yang diambil untuk keadaan kesihatan mental dan fizikal juga boleh menyebabkan halusinasi. Kadangkala ubat-ubatan penyakit Parkinson, kemurungan, psikosis, dan epilepsi juga boleh mencetuskan simptom.

Bila perlu menghubungi doktor

Anda disyorkan untuk berjumpa doktor sekiranya anda mengalami halusinasi walaupun tiada simptom lain. Selain itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami penyakit yang mungkin menyebabkan halusinasi atau perubahan lain dalam emosi atau tingkah laku anda.

Walau bagaimanapun, bukan semua halusinasi memerlukan rawatan, terutamanya jika anda mengalami halusinasi hanya sekali seumur hidup. Ia bukanlah satu kecemasan perubatan. Tetapi doktor dapat menentukan sama ada ia menunjukkan masalah kesihatan lain yang serius.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah hubungi doktor sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mengalami halusinasi dengan kerap. Doktor anda akan bertanya mengenai simptom anda dan melakukan pemeriksaan fizikal. Ujian tambahan yang mungkin dilakukan termasuklah ujian darah atau air kencing dan imbasan otak.

Sekiranya anda mengenali seseorang yang berhalusinasi, jangan tinggalkan mereka sendirian. Dalam beberapa kes yang teruk, ketakutan dan paranoid yang dicetuskan oleh halusinasi boleh membawa kepada tindakan atau tingkah laku yang berbahaya.

Sentiasalah berada bersama individu tersebut pada setiap masa dan teman beliau untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan sokongan emosi. Malah, anda juga boleh membantu menjawab soalan mengenai simptom yang mereka alami dan kekerapan ia berlaku.

Rawatan Halusinasi

Doktor akan dapat mengesyorkan bentuk rawatan yang terbaik untuk anda apabila beliau mengenalpasti apa yang menyebabkan anda berhalusinasi.

Ubat-ubatan

Rawatan anda bergantung sepenuhnya pada punca asas halusinasi anda. Sebagai contoh, jika anda berhalusinasi akibat pengambilan alkohol yang berlebihan, doktor mungkin akan memberi ubat yang membantu menenangkan sistem saraf anda.

Walau bagaimanapun, jika halusinasi disebabkan oleh penyakit Parkinson, atau demensia, jenis ubat yang sama tidak berkesan, jadi ubat-ubatan lain akan diberikan oleh doktor.

Diagnosis yang tepat adalah sangat penting untuk merawat keadaan anda dengan lebih berkesan.

Kaunseling

Kaunseling juga boleh menjadi sebahagian daripada pelan rawatan anda jika penyebab halusinasi adalah keadaan kesihatan mental anda.

Berunding dengan kaunselor boleh membantu anda mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang sedang berlaku kepada  diri anda. Malah, seorang kaunselor juga boleh membantu anda mengembangkan strategi untuk mengatasi sebarang masalah, terutamanya apabila anda berasa takut atau paranoid terhadap pengalaman anda.

Sumber:

https://www.webmd.com/schizophrenia/what-are-hallucinations

https://www.medicalnewstoday.com/articles/327014

https://www.healthline.com/health/hallucinations

https://en.wikipedia.org/wiki/Hallucination

error: Content is protected !!