Belangkas

Belangkas adalah haiwan laut eksotik yang halal untuk dimakan serta memiliki rasa keenakan yang tersendri. Lebih-lebih lagi pada telurnya.

Bagi yang suka mencuba benda baharu, kamu pasti tahu yang haiwan laut unik ini sangat popular dalam kalangan penggemar makanan eksotik.

Menurut orang, keenakan rasanya akan terserlah apabila dimasak menggunakan santan.

Oleh kerana isinya tidak setebal isi ketam mahupun udang galah, Belangkas betina biasanya akan memiliki telur yang banyak. Telur inilah yang sebenarnya sering menjadi pujaan dan dicari ramai.

3 Fakta Menarik Tentang Belangkas

  • Sejenis haiwan purba yang telah hidup di bumi terlebih dahulu sebelum kewujudan Dinasour, sejak lebih 450 juta tahun lalu.
  • Darahnya yang berwarna biru sering diambil untuk digunakan dalam perubatan kerana dipercayai memiliki sifat anti-bakterial (amebocytes) yang mampu menguji keampuhan serta keberkesanan dadah perubatan dan vaksin. Harga bagi 1 liter darah belangkas boleh menjangkau sehingga USD$15,000!
  • Sering disalah-tafsir sebagai haiwan yang berbisa. Ramai nelayan yang mengakui sangat mudah untuk menangkap belangkas kerana ia bukanlah sejenis hidupan laut yang berbahaya.

Halal Untuk Dimakan Dan Ini Penjelasannya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 telah membincangkan perihal hukum memakan daging (isi) Belangkas dan telurnya.

Muzakarah telah memutuskan bahawa, tiada nas kukuh yang mengharamkan manusia memakan binatang tersebut. Pakar haiwan hidupan air menyatakan bahawa ia adalah haiwan yang hidup di laut masin dan cuma akan naik ke darat untuk bertelur.

Maka, ia bukanlah haiwan dua alam yang hidup di darat dan juga di dalam air kerana Belangkas akan mati jika berada lama di permukaan darat melihatkan caranya yang bernafas menggunakan insang.

Justeru, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ sekalian, haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa ai adalah HALAL dimakan. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum bagi memakan daging (isi) dan telur Belangkas adalah diharuskan.

Bermacam Cara Hidangan

Bagi yang tidak tahu dan belum pernah merasa hidangan Belangkas, terdapat banyak cara yang digunakan restoran untuk memasak belangkas. Ini termasuklah: –

  • Dibakar atau dipanggang
  • Dimasak sebagai asam pedas
  • Dimasak sebagai sambal tumis
  • Dimasak sebagai gulai lemak

Bagi yang teringin mencuba dan tidak tahu di manakah lubuk paling popular untuk menemui menu eksotik, ini Ceria Sihat kongsikan senarai 5 restoran popular yang boleh kamu kunjungi.

#1 Kuali Belangkas Power, Johor

Sering menjadi tumpuan sebagai lokasi untuk mengadakan perjumpaan-perjumpaan besar, restoran ini turut menawarkan sewaan dan tempahan katering.

Antara hidangan yang mendapat pujian ramai adalah Belangkas Masak Lemak, Belangkas Sambal serta Belangkas Black Pepper.

Bagi yang berminat, restoran ini turut mengadakan buffet Ramadhan sehingga 11 Mei ini. Bermula pada harga serendah RM39.90/seorang (dewasa) manakala RM19.90/seorang (kanak-kanak).

Alamat: No. 163, Jalan Beringin, Taman Melodies, 80250, Johor Bahru.

No. Telefon: 011-18817188

Waktu Operasi: Tutup Hari Isnin |Selasa – Ahad (12.00 pm – 12.00 am)

#2 Citarasa Belangkas – Kuala Linggi, Melaka

Kalau kamu berada di Melaka, mungkin boleh singgah ke sebuah restoran popular yang diberi nama Citarasa Belangkas ini dan antara menu istimewanya adalah termasuk Belangkas Lemak Berempah, Belangkas Sambal serta Belangkas Masak Lemak.

Harganya pula adalah tidak terlalu mahal, seekor cuma dikenakan pada harga RM25.00 sahaja. Memang mampu sangat jika kami hendak mencuba.

Alamat: Kampung Kuala Linggi, Kg Nelayan, Kuala Sungai Baru, 78200 Bandar Melaka, Malaysia.

No. Telefon: 014-7127832

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30 pm – 11.00 pm)

#3 Orang-Orang Art Café – Sungai Besar, Selangor

Kebetulan berada di Sungai Besar, Sabak Bernam? Apa kata singgah sebentar mengenyangkan perut dengan variasi hidangan istimewanya.

Antara hidangan menarik di sini adalah termasuk Sotong Sumbat Telur Belangkas dan Belangkas Bakar Cicah Air Asam.

Harga yang ditetapkan bagi seekor adalah dari RM16.00 – RM40.00.

Alamat: Lot 19436, Parit 3 Timur, Jalan Lama Bagan Terap, 45300 Sungai Besar, Selangor.

No. Telefon: 018-3898003

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (4.00 pm – 12.00 am) | Sabtu – Ahad (7.00 pm – 12.00 am)

#4 Faridah Mentarang Bakar – Sekinchan, Selangor

Seperti yang sering dikongsikan ramai. Kedai makan yang terletak di Sekinchan ini sangat terkenal dengan hidangan makanan bakar.

Meskipun hidangan utama kedai ini adalah berasakan mentarang bakar. Belangkas juga sering mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan yang hadir.

Kalau kamu teringin hendak makan Belangkas yang dibakar ala BBQ. Bolehlah ke sini untuk merasainya sendiri.

Alamat: Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor

No. Telefon: 016-6965982

Waktu Operasi: Tutup Hari Isnin | Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

#5 Warung Belangkas Mahkota, Johor

Mendapat beratus komen positif menerusi ulasan di Google, lokasi restoran dinamakan Warung Belangkas Mahkota ini mewujudkan sebuah kelainan apabila menyaji para pelanggan dengan menawarkan hidangan berupa Asam Pedas Belangkas.

Kalau kamu menyimpan hasrat hendak ke mari, elok buat tempahan dahulu kerana restoran ini memang akan dibanjiri pengunjung, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Alamat: Jalan Tun Sri Lanang, Pekan Kota Tinggi, 81900, Kota Tinggi, Johor.

No. Telefon: 019-7256994

Waktu Operasi: Tutup Hari Jumaat| Isnin – Ahad (10.00 am – 2.30pm)

Banyak betul pilihan restoran yang ada menawarkan menu hidangan haiwan laut eksotik ni kan? Kalau berkesempatan nanti, bolehlah pergi dan rasakan sendiri keenakan dan keunikan Belangkas ni.

Menurut sumber lagi, kamu sebenarnya dinasihatkan untuk tidak memasak dan menyiang binatang itu sesuka hati kerana ia mempunyai teknik menyiang yang tersendiri. Tidak semua bahagiannya boleh dimakan.

Ini kerana, ada bahagiannya yang bertoksin dan boleh menyebabkan seseorang jadi pening (mabuk) jika tersalah makan. Oleh itu, hanya orang yang profesional dan berpengalaman sahaja tahu menyiangnya dengan betul. Sebaiknya, makanlah di kedai sahaja okay?

Selamat menjamu selera!

SUMBER

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2083-irsyad-al-fatwa-hukum-memakan-belangkas-dan-telurnya

https://ms.wikipedia.org/wiki/Belangkas

Summary
Belangkas Halal Dan Ada Dimasak Di 5 Restoran ini!
Article Name
Belangkas Halal Dan Ada Dimasak Di 5 Restoran ini!
Description
Belangkas adalah haiwan laut eksotik yang halal untuk dimakan serta memiliki rasa keenakan yang tersendri. Lebih-lebih lagi pada telurnya.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: