penjarakan sosial haiwan liar
penjarakan sosial bukanlah konsep yang baru bagi alam semulajadi, di mana penyakit berjangkit merupakan keadaan biasa.

Penjarakan sosial haiwan liar juga berlaku sekiranya dijangkiti penyakit tetapi haiwan tidak tahu bahawa tinggal di sarang mengurangkan penyebaran.

Tetapi penjarakan sosial haiwan liar bukanlah konsep yang baru bagi alam semulajadi, di mana penyakit berjangkit merupakan keadaan biasa. Malahan, sesetengah spesies sosial akan menjauhi ahli dalam komunitinya yang dijangkiti patogen.

Ia merupakan sesuatu yang mencabar kerana individu yang dijangkiti bukan mudah untuk dilihat.

Walau bagaimanapun, deria haiwan yang khusus boleh mengesan penyakit-penyakit tertentu, kadangkala sebelum kemunculan simptomnya, dan mengubah tingkah laku untuk mengelakkan dari jatuh sakit.

Koloni Lebah Madu

.

Sebagai contoh, lebah madu dan cimpanzi boleh menjadi peka dalam menyingkirkan ahli yang sakit sebagai salah satu tanda penjarakan sosial haiwan liar.

Penyakit bakteria yang menyerang koloni lebah madu adalah sangat hebat, ia mencairkan larva lebah dari dalaman. Cecair tersebut berwarna perang, berlendir dan berbau busuk.

Menurut kajian, larva yang dijangkiti mengeluarkan bahan kimia tertentu yang boleh dihidu oleh lebah dewasa, seperti asid oleik dan β-ocimene, iaitu sejenis feromon lebah. Apabila dikenalpasti, lebah madu akan menyingkirkan ahli yang dijangkiti dari sarangnya.

Oleh kerana adaptasi evolusi ini melindungi kesihatan koloni, penternak lebah madu dan para penyelidik telah membiakkan lebah sebegini sejak berdekad lamanya. Lebah-lebah tersebut dianggap lebih ‘higenik’ berbanding spesies lain.

Komuniti Cimpanzi

Pada tahun 1966, sewaktu mengkaji cimpanzi di Taman Negara Gombe Stream, Tanzania, Jane Goodall telah memerhatikan seekor cimpanzi bernama McGregor yang menghidap polio, berpunca dari virus yang sangat berjangkit.

Rakan-rakan cimpanzi yang lain menyerangnya dan menyingkirkannya dari kumpulan. Dalam satu keadaan, McGregor yang separa-lumpuh menghampiri monyet-monyet yang sedang membersihkan diri di atas pokok, ia mencapai tangan untuk menegur, namun monyet-monyet lain itu bergerak menjauhinya.

Selama 2 minit, McGregor terduduk kaku, melihat rakan-rakannya berlalu pergi. Keadaan tersebut tidak berbeza daripada apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini apabila bertindak terhadap tragedi seperti itu.

Jane Goodall telah mengajar seluruh dunia mengenai cimpanzi melebihi daripada individu lain di seluruh dunia. Impiannya untuk mengkaji spesies tersebut bermula pada tahun 1960 di Taman Gombe, Tanzania dan masih meneruskan misi menyelamat spesies itu sehingga hari ini.

Goodall merekodkan kejadian lain yang melibatkan pengasingan di kalangan cimpanzi, dan dalam sesetengah kes individu yang dijangkiti akhirnya akan diterima kembali dalam kumpulan.

Seperti manusia, cimpanzi adalah makhluk visual dan segelintir kajian mencadangkan stigma awal terhadap monyet yang dijangkiti polio mungkin dipandu oleh ketakutan dan kejijikan terhadap kecacatan tersebut yang merupakan salah satu strategi menghindari jangkitan penyakit yang menyebabkan kecacatan seperti polio.

– Spesies Berudu

Tidak semua haiwan begitu agresif terhadap jiran yang sakit, kadangkala hanya mengelakkan individu yang mungkin menjangkiti yang lain.

Sebelum Kiesecker memulakan kajian ke atas berudu pada lewat 1990an, model yang meramalkan penularan penyakit dalam kumpulan hidupan liar menunjukkan hubungan dengan individu yang dijangkiti adalah rawak.

Setiap ahli dalam populasi, menganggap, akan dijangkiti virus tersebut seperti ahli yang lain.

Jadi, bukti tersebut jelas menunjukkan haiwan adalah spesies yang bijak.

Dalam eksperimen beliau, Kiesecker menjumpai bahawa berudu bukan sahaja boleh mengesan jangkitan yis berbahaya pada berudu lain, tetapi ahli yang sihat menghindari ahli yang sakit secara aktif. Seperti lebah madu, berudu bergantung pada isyarat kimia untuk menentukan ahli yang sakit.

Memilih pasangan

Udang kara Caribbean spiny juga memulaukan ahli yang sakit dalam komunitinya, sebelum ia sakit.

Secara normal ia mengambil selama 8 minggu untuk udang kara yang dijangkiti virus maut Panulirus argus mininuceovirus menjangkiti yang lain. Kebiasaannya haiwan sosial seperti udang kara mula menjauhi ahli yang sakit seawal 4 minggu selepas jangkitan, apabila udang kara boleh menghidu kimia tertentu yang dikeluarkan oleh individu yang sakit.

Apabila memilih pasangan untuk mengawan, majoriti spesies sangat cerewet dalam memilih pasangan yang sihat.

Tikus rumah betina boleh menentukan sekiranya bakal pasangan dijangkiti penyakit melalui baunya. Sekiranya tikus betina tersebut menghidu jangkitan parasit dalam air kencing tikus jantan, ia akan bergerak kepada tikus jantan lain yang lebih sihat.

Ikan gapi jantan pula melalui perkara yang sama daripada bakal pasangannya. Ikan gapi betina lebih suka pasangan yang bebas parasit. Ia mengesannya dengan cara menggabungkan isyarat sosial jangkitan seperti sirip yang tersepit serta pucat, dan pengeluaran kimia tertentu daripada kulit ikan jantan yang dijangkiti.

Kesimpulannya, berbeza daripada kita, haiwan tidak mengetahui langkah keselamatan bahawa jika ia tinggal di rumah/sarang, ia boleh mengurangkan kadar penyebaran penyakit. Menurut Kiesecker, sebagai seorang manusia, kita mempunyai keupayaan istimewa tersebut dan ia merupakan perbezaan yang sangat ketara. Oleh itu, jadilah seorang yang bijak dan bertimbang rasa dan amalkan penjarakan sosial dalam keadaan seperti COVID-19 ini.

SUMBER

https://www.who.int/topics/infectious_diseases/en/

https://www.euronews.com/living/2020/05/13/these-animals-already-self-isolate-to-stay-safe-and-healthy-what-can-we-learn-from-them

https://phys.org/news/2020-05-animals-benefit-social-distance-disease.html

Tagged: