Gum arabic
Gum arabic, juga kadangkala disebut sebagai ‘acacia gum’ atau serbuk akasia, adalah produk berserat yang terhasil dari getah keras dari dua jenis pokok Akasia liar.

Apakah itu Gum Arabic?

Gum arabic, juga kadangkala disebut sebagai ‘acacia gum’ atau serbuk akasia, adalah produk berserat yang terhasil dari getah keras dari dua jenis pokok Akasia liar. Di seluruh dunia, ia mempunyai banyak nama, termasuk ‘acacia gum’, ‘arabic gum’, ‘acacia powder’, ‘Senegal gum, ‘Indiaan gum’ dan lain-lain.

Seterusnya, gum arabic ini adalah getah keras dari pohon Acacia senegal, yang terdapat di kawasan tanah gersang yang membentang dari Senegal di pantai barat Afrika hingga ke Pakistan dan India.

Apa yang menarik tentang pokok akasia ialah mereka menghasilkan jumlah arabic gum yang paling banyak apabila mengalami “keadaan buruk”, seperti keadaan tanah yang buruk, kemarau atau panas yang tinggi. Ini sebenarnya merosakkan pokok hingga tahap tertentu tetapi menyebabkan peningkatan pengeluaran gum arabic.

Bagaimanakah ia bermanfaat buat kesihatan?

Walaupun hanya terdapat sedikit kajian yang menguji kesan kesihatan serat akasia pada kesihatan, ada beberapa bukti bahawa ia mungkin memberikan faedah tertentu.

1. Meringankan gejala sindrom keradangan usus (IBS)

Bebas dari bahan seperti gluten dan pemanis buatan yang boleh menjadi masalah bagi sesetengah orang, serat akasia dapat membantu melegakan gejala sindrom keradangan usus. Dalam kajian yang diterbitkan pada tahun 2012, para penyelidik menentukan bahawa yogurt yang diperkaya dengan serat akasia dan probiotik Bifidobacterium lactis (B. lactis) dapat membantu meredakan gejala IBS.

Peserta kajian mengambil yogurt dua kali sehari selama lapan minggu. Kedua-dua mereka yang mempunyai IBS jenis sembelit dan cirit-birit menunjukkan pengurangan dalam gejala IBS dan kepuasan dalam membuang air besar, jika dibandingkan dengan kumpulan yang mengambil produk kawalan.

2. Membantu dalam pengurusan berat badan

Penyelidikan awal menunjukkan bahawa serat akasia dapat membantu mengurangkan indeks jisim badan (BMI) dan peratusan lemak badan. Dalam satu kajian, wanita sihat mengambil gum arabic atau plasebo setiap hari. Pada akhir tempoh kajian enam minggu, mereka yang telah mengambil gum arabic mengalami penurunan yang signifikan dalam BMI dan peratusan lemak badan.

3. Membantu dengan masalah inkontinens najis

Satu kajian membandingkan kesan bagi tiga jenis serat makanan (carboxymethylcellulose, psyllium dan gum arabic) pada individu yang mengalami masalah najis tidak lawas. Semua peserta mengambil salah satu makanan tambahan serat atau plasebo selama 32 hari. Hanya kumpulan dengan beradasarkan suplemen ‘psyllium’ yang didapati mengalami pengurangan frekuensi masalah inkontinens najis dengan ketara. Peringkat kualiti hidup pula adalah tidak berbeza antara dua kumpulan terbabit.

4. Menurunkan kadar kolesterol

Bagi menjaga tahap kolesterol anda, kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan serat larut mungkin boleh memberi kesan. Dalam satu kajian, para penyelidik menganalisis penelitian sedia ada mengenai serat akasia dan mendapati bahawa ia dapat menurunkan kadar kolesterol pada tikus.

5. Membantu menguruskan diabetes

Serat makanan berperanan mengatur gula darah. Walaupun terdapat sedikit penyelidikan klinikal mengenai serat akasia dan diabetes, penyelidikan awal menunjukkan bahawa serat tersebut dapat membantu melindungi individu daripada komplikasi diabetes tertentu. Dalam kajian berasaskan haiwan yang diterbitkan pada tahun 2012, saintis melakukan ujian pada tikus yang mempunyai diabetes dan mendapati bahawa rawatan dengan serat akasia boleh membantu menurunkan tekanan darah.

6. Menyokong kesihatan hati

Penyelidikan berasaskan haiwan menunjukkan bahawa serat akasia dapat membantu melindungi individu daripada mengalami kerosakan hati disebabkan ‘acetaminophen’. Satu kajian mendapati bahawa merawat tikus dengan serat akasia sebelum memberikan ‘acetaminophen’ membantu melindungi hati mereka daripada kesan toksik ubat. Menurut penulis kajian, serat akasia dapat membantu memerangi kerosakan hati dengan mengurangkan tekanan oksidatif.

Di mana anda boleh menjumpai gum arabic?

Penggunaan serbuk gum arabic yang paling biasa adalah dalam pembuatan minuman ringan dan dalam proses memasak dan membakar, khususnya untuk menstabilkan tekstur produk, meningkatkan kelikatan cecair dan membantu dalam proses pembakaran seperti kek. Kegunaan lain termasuk menambahkan kilauan atau penampilan bersinar pada makanan tertentu, melapisi makanan dan menghalang pengerasan gula. Ketika membuat soda/ minuman ringan, gum arabic digunakan untuk membuat sirap dan mengikat pemanis dengan rasa lain.

Selain itu, anda boleh menemuinya yang paling biasa terdapat dalam pencuci mulut atau gula-gula, seperti sirap buah, marshmallow, gula gula, aising, gula-gula getah, gula-gula coklat, minuman ringan, bahan hiasan yang boleh dimakan seperti ‘glitter’ atau taburan dan gula-gula lembut yang kenyal.

Seperti yang anda ketahui, banyak makanan yang mengandungi gum arabic bukanlah pilihan yang paling sihat. Makanan yang dibakar dan dibungkus seperti gula-gula dan lain-lain, sering berisi gula tambahan, minyak halus dan pewarna serta bahan buatan. Oleh itu, walaupun gum arabic itu sendiri mungkin tidak bermasalah dalam jumlah kecil, anda tetap harus mengehadkan jumlah pengambilannya serta makanan yang  mengandunginya.

Kegunaan lain

Gum arabic juga mempunyai banyak kegunaan dalam sistem perubatan tradisional, termasuk membantu mengubati penyakit seperti sembelit dan ‘dysentry’, cirit-birit, pesakit kencing manis, pendarahan berpanjangan, kudis, batuk kering, bisul dan cacar. Di Ayurveda, akasia dikatakan bermanfaat untuk menyeimbangkan ‘Kapha dosha’. Malah, ia juga dianggap sebagai antiseptik semula jadi dan ekspektoran.

Akar dan daun gum arabic boleh dihancurkan dan kadangkala disapukan pada kulit untuk merawat keradangan, jangkitan, luka, parasit dan penyakit lain. Sejumlah kecil akar juga dapat disedut atau disapukan ke mulut untuk membantu merawat masalah pendarahan, penyakit gusi dan sakit gigi yang longgar.

Kegunaan tradisional lain termasuklah berkumur untuk sakit tekak, membasuh kulit dengannya untuk masalah ekzema dan luka, menggunakannya untuk membilas mata untuk masalah konjungtivitis, dan menambahkannya ke enema untuk masalah buasir.

Bolehkah gum arabic menjadi berbahaya?

Gum arabic boleh menyebabkan masalah pencernaan bagi sesetengah orang, terutama ketika digunakan dalam jumlah yang besar. Kesan sampingan yang berpotensi berlaku termasuk perut kembung / gas, kembung, sensasi tidak normal di mulut, rasa mual pada awal pagi, cirit-birit ringan dan jenis pencernaan lain. Bagi mengehadkan kesan sampingan, jaga pengambilan anda di bawah dos harian maksimum sekitar 30 gram sehari, yang mudah dilakukan memandangkan kebanyakan resipi hanya memerlukan satu hingga 10 gram.

Sekiranya anda menghadapi masalah pencernaan yang serius dan mengikuti diet GAPS atau diet karbohidrat tertentu (SCD), maka ketahui bahawa kebanyakan gula-gula serat adalah dilarang kerana boleh menyebabkan keradangan usus menjadi lebih teruk. Jika tidak, selagi anda tidak peka terhadap gula-gula ini dan tidak menyedari ada gejala yang timbul ketika memakannya, mereka tidak akan menimbulkan banyak kebimbangan.

SUMBER

https://archive.aramcoworld.com/issue/200502/gum.arabic.htm

https://www.verywellfit.com/the-benefits-of-acacia-fiber-89395

https://draxe.com/nutrition/gum-arabic/

Tagged: