grill chicken chop

Grill chicken chop adalah juadah yang berasal daripada barat. Ianya telah diubah suai mengikut citarasa orang kita dan sehingga kini, ianya telah menjadi kegemaran kita semua. Pelbagai restoran telah menjual juadah ini, daripada yang mahal sehingga yang murah, dimana mana sahaja anda boleh mencarinya.

Namun demikian, ada diantara kita yang lebih memilih untuk masak daripada membeli di luar. Pastinya, juadah yang kita masak lebih terjamin rasa dan kebersihannya, selain lebih jimat, murah dan berbaloi. 

Bahan Perapan:

  • 3 bawang putih (tumbuk)
  • sos black pepper
  • serbuk black pepper
  • separuh pati kiub ayam yang hancurkan
  • sedikit kicap

Sayuran:

  • salad
  • lobak merah

Kaedah Penyediaan:

  • Gaulkan Bahan & Perap

Pertama sekali, gaulkan semua bahan di atas dengan dengan ayam dan perapkan semalaman dalam peti sejuk.

Cucukkan sedikit bahagian ayam dengan garfu supaya bahan perapannya dapat meresap ke dalam. Tak perlu bubuh garam lagi ya dah sebab pati ayam tu dahpun terasa masin.

  • Gril / Bakar Atas Kuali

Keesokannya atau beberapa jam selepas diperap, bolehlah grilkan atau dibakar atas kuali / pemanggang ajaib / non stick pan. Pastikan ayam betul-betul masak sebelum diangkat.

  • Sediakan Sayuran

Kemudian sebagai pelengkap hidangan, sediakanlah sedikit sayuran yang berkhasiat.

Akhir sekali, tak sahlah kalau makan chicken chop tanpa sos black pepper kan?  Jom kita buat sendiri hanya dengan beberapa langkah ini saja.

Resepi Sos Black Pepper Terbaik

Bahan-bahan:

  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1/2 pati kiub ayam
  • Sedikit air
  • Serbuk black pepper
  • 2 sudu sos black pepper
  • Sedikit kicap

Kaedah Penyediaan:

  • Cairkan Mentega

Mula-mula, cairkan 1 sudu mentega di dalam kuali.

  • Masukkan 1 Sudu Tepung Gandum

Kacau supaya ia sebati dan tak berketul-ketul.

  • Masukkan Kiub Pati Ayam

Seterusnya, masukkan pula 1/2 ketul kiub pati ayam. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tak terlalu kering.

  • Taburkan Serbuk & Sos Black Pepper

Seterusnya, taburkan 2 sudu sos black pepper dan seberapa banyak serbuk black pepper mengikut citarasa anda. Kalau siapa yang suka pedas, bolehlah lebihkan sedikit.

  • Tambah Sedikit Kicap

Akhir sekali, bolehlah tambahkan sedikit kicap untuk mendapatkan warna yang kehitaman.

Namun, sekiranya anda ingin mencuba menu grill chicken chop yang sedap di sekitar Kuala Lumpur atau makanan barat yang lain, di bawah ini terdapat beberapa restoran yang anda boleh kunjungi bagi merasai menu-menu barat yang mereka sediakan.

Restoran-restoran Yang Menyediakan Makanan Barat:

1. Eye’s Steak

Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

Bajet ketat namun masih mengidamkan makanan Barat yang enak-enak? Restoran ini pasti cocok dengan anda! Terkenal dengan menu Barat seperti Ribs Eye, Burger Bakar dan Chicken Chop, harga yang ditawarkan di restoran Eye’s Steak ini juga murah-murah!

Anda pasti tidak percaya jika kami katakan yang Chicken Chop di gerai Eye’s Steak ini harganya kurang RM 10 bukan? Harganya hanya RM 7.50! Sangat berbaloi dengan saiz hidangannya yang agak besar dan keenakan yang dijamin!

Isi ayam yang digoreng rangup yang dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat ini menjadi kunci utama menu Chicken Chop di sini digilai ramai. Dihidangkan bersama kentang goreng dan coleslaw, menu yang cukup mengenyangkan ini wajib anda cuba!

2. Paksu Chicken Chop

Alamat: 289, 279, Jalan Gombak, Kampung Kuantan, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 4:30 petang hingga 12 tengah malam.

Chicken Chop semurah RM 6.90? Ini bukan temberang ya! Di restoran Paksu Chicken Chop, menu kegemaran ramai iaitu Chicken Chop  boleh didapati pada harga yang tidak masuk akal murahnya!

Walaupun harganya terlampau murah, namun saiz hidangannya tidaklah terlalu kecil. Sos lada hitam, kentang goreng dan coleslaw yang disajikan juga tidak ‘kedekut’, cukup mengenyangkan dan sangat berbaloi.

Anda juga boleh mengenakan Chicken Chop di sini bersama nasi goreng, dijamin kenyang berganda-ganda! Menu Nasi Goreng Chicken Chop di sini boleh didapati pada harga RM 8.90 sahaja. Kami yakin ianya pasti menjanjikan kepuasan kepada anda!

3. KGB – Killer Gourmet Burgers

Alamat: 3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (12 – 10.30 pm) manakala Jumaat – Ahad (12 – 11 pm)

Peminat tegar burger, kami ada berita baik buat anda. Di Bangsar, ada satu restoran yang sangat terkenal dengan kualiti burger yang dijamin terbaik – restoran KGB atau nama penuhnya Killer Gourmet Burgers!

Ada berbagai jenis burger ayam yang boleh didapati. Antaranya ialah The Shack, Tornado, Bobcat Club dan Bella Bomb. Pilihan makanan lain seperti stik juga turut disediakan.

4. Fiske Steakhouse

Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (9am – 12 pm)

Restoran Fiske Steakhouse ini merupakan antara port makanan barat yang agak terkenal di KL. Masakan Barat merupakan menu utama mereka di samping menu tempatan seperti asam pedas.

Lamb Stew, Lamb Grill dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris. Saiznya juga besar, pasti kena dengan citarasa anda. Harganya juga mampu milik dan sangat berpatutan.

5. HR Steak House

Alamat: 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (3 pm – 12 am)

Bukan senang untuk menjumpai steakhouse yang menyajikan makanan Barat yang harganya mampu milik. Tambahan pula jika di KL dan ianya sendiri antara yang paling popular. Berlainan pula dengan HR Steakhouse ini.

Restoran ini menyajikan makanan Barat yang berpatutan harganya. Antara yang boleh dicuba ialah Chicken Chop, Lamb Chop, Chicken Cordon Bleu dan banyak lagi.

Buat sendiri atau makan di kedai kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri dan bebas untuk anda pilih. Bagi anda yang belum rasa grill chicken chop maka marilah mencuba menu ini sekali seumur hidup kerana berbaloi dengan harga dan rasa. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://siraplimau.com/resepi-chicken-chop-sos-blackpepper-homemade-simple/

2) https://resepi.my/resepi-grill-chicken-chop/

3) https://saji.my/tempat-makanan-western-di-kl/

Tagged: