Glamping Selangor

Selangor tidak dinafikan mempunyai banyak tempat yang menarik. Namun, jika anda menginginkan pengalaman yang unik ketika bercuti di Selangor, anda boleh glamping di selangor! Banyak tempat glamping di Selangor yang akan membuatkan jiwa anda tenang dan bahagia.

Mesti ramai tertanya-tanya apa itu glamping ya? Glamping ini adalah satu aktiviti percutian yang unik dan menyeronokkan yang mana konsep ‘glam’ dan ‘camping’ digabungkan.

Kebiasaannya di kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tak perlu nak bersusah payah membinanya sendiri. Selain itu, ia juga lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa, itulah maksud glamping secara ringkasnya.

Glamping Selangor: Teratak Tok Alang Batang Kali

Berkhemah dalam suasana kebun dan tanpa elektrik pastinya memberikan satu pengalaman yang unik untuk anda. Teratak Tok Alang ini merupakan tapak perkhemahan di tepi sungai yang terletak di Kampung Hulu Rening, Batang Kali. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur hanya memakan masa sekitar 1 jam.

Anda wajib datang ke sini jika anda penggemar buah-buahan tempatan. Dengan bayaran sebanyak RM20 seorang, anda boleh menjamu buah-buahan di sini sebanyak mana yang anda suka. Wah!! Menarik sangat tawaran ini. Antara buah-buahan yang terdapat di kebun ini ialah durian, manggis, rambutan dan duku. Dengan harga yang murah, kita dapat menikmati pelbagai jenis buah-buahan. Sangat menguntungkan bagi penggemar buah-buahan tempatan.

Di sini juga terdapat sungai yang mengalir jernih. Mungkin agak cetek untuk dewasa, namun cukup seronok jika anda membawa kanak-kanak ke sini. Kemudahan asas seperti tandas ada disediakan. Untuk menyewa satu tapak perkhemahan di sini, anda akan dikenakan caj sebanyak RM20.

Teratak Tok Alang (Batang Kali) - 2021 All You Need to Know Before You Go  (with Photos) - Batang Kali, Malaysia | Tripadvisor

Glamping Selangor: Rumah Kebun camping Ground

Jika anda baru berjinak-jinak dalam dunia perkhemahan, anda boleh ke Rumah Kebun Glamping Ground, Kg Sungai Semungkis, Hulu Langat. Tapak ini antara tapak perkhemahan yang sangat selesa, terdapat tandas dan bilik air serta hot shower ala hotel, dan khemah yang disediakan turut mempunyai tilam dan bantal. Sangat selesa dan sesuai jika anda ingin merasai suasana berbulan madu ala-ala berkhemah.

Selain sungai yang khas untuk pengunjung di sini, tapak perkhemahan ini turut menyediakan kolam renang, jadi anda boleh memilih untuk mandi sungai atau kolam. Anda juga boleh membuat BBQ di sini kerana kemudahan seperti tempat membakar turut disediakan.

Terdapat beberapa jenis tapak perkhemahan yang disediakan di sini, bergantung pada harganya. Anda boleh melihat pakej-pakej yang disediakan di Facebook Rumah Kebun Glamping Ground. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan jenis dan pakej, anda boleh memilih bergantung kepada bilangan kenalan atau keluarga anda yang akan berkunjung.

11 Best Campsites In Selangor For Your Next Outdoor Escapade - dahcuti Blog

Glamping Selangor: Hutan Lipur Sg Tua

Tapak perkhemahan ini terletak di Taman Negeri Selangor. Ia amat sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan dunia perkhemahan disebabkan kemudahannya yang cukup untuk anda. Terdapat tandas yang besar, surau yang selesa serta gazebo untuk anda meletakkan khemah.

Tapak perkhemahannya juga terletak bersebelahan dengan sungai. Malam anda akan ditemani bunyi sungai mengalir, pasti memberikan anda suasana malam yang tenang. Kawasan ini juga memang dijaga dengan baik, sampah akan dikutip setiap pagi oleh pekerja awam.

Jika anda ingin berkhemah di sini, anda perlu melaporkan dan membayar sewa di kaunter pendaftaran. Dengan bayaran yang murah, anda pasti puas hati dengan pengalaman yang akan anda alami. Namun diingatkan, waktu petang selepas pengunjung mula mengosongkan kawasan ini, monyet akan mula memunculkan diri mereka untuk mencari makan. Jaga barang dan makanan anda untuk mengelakkan diambil monyet.

11 Best Campsites In Selangor For Your Next Outdoor Escapade - dahcuti Blog

Glamping Selangor: Kemensah Valley Recreation & Chalet

Untuk anda yang baru berjinak dalam dunia perkhemahan, anda boleh ke Kemensah Valley Recreation & Chalet. Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tempat ini mudah diakses dan anda tidak perlu bersusah untuk mencarinya.

Selain itu, harga untuk menyewa tapak perkhemahan juga tidaklah mahal. Jika anda datang beramai-ramai lebih seronok dan tidak perlu risaukan kawasannya kerana ia agak luas dan mampu menampung jika anda datang beramai-ramai. Selain mandi sungai dan BBQ, di sini juga terdapat beberapa aktiviti lain yang disediakan seperti merentas hutan, mendaki bukit dan juga trip memancing.

Di sini juga tersedia beberapa kemudahan seperti meja, kerusi, arang, bantal namun ini semua perlu disewa. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Kemensah Valley Recreation & Chalet dan lebih elok jika anda membuat tempahan terlebih dahulu.

Kemensah Valley Recreation and Chalet, Feb 8th 2020. - YouTube

Glamping Selangor: Hammocks By The River

Seterusnya, antara tempat glamping di Selangor yang menarik ialah Hammocks by The River. Jika anda tidak mempunyai khemah tetapi ingin berkhemah, anda boleh datang ke sini. Apa yang anda perlu bawa hanyalah makanan dan barang peribadi anda. Selain daripada khemah, terdapat juga glamping essentials lain yang tersedia seperti flysheet, meja, kerusi, lampu LED dan alatan memasak. Sangat sesuai jika anda mahu menceburi bidang ini, tetapi tidak mempunyai barang untuk berkhemah.

Namun, diingatkan di sini kanak-kanak bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk masuk. Jika anda berminat untuk berglamping di Hammocks by The River, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu untuk memudahkan anda.

Hammocks By The River, Lokasi Tapak Perkhemahan Unik Di Hulu Langat. Yang  Suka Bergambar, Ni Tempatnya! - LIBUR

Tidak kira di mana anda berkhemah, yang penting jangan tinggalkan sampah dan jaga lah persekitaran anda. Jika kawasan perkhemahan sentiasa terjaga, pengunjung lain juga akan lebih seronok untuk berkhemah.

Sumber:

https://blogmalaysia.com/tempat-camping-di-selangor/

https://www.maisinggah.com/tempat-glamping-menarik-di-malaysia/

https://ohbulan.com/8-lokasi-menarik-untuk-glamping-bersama-family-rakan-di-malaysia-memang-best

Summary
Glamping Selangor: 5 Tempat Glamping Di Selangor
Article Name
Glamping Selangor: 5 Tempat Glamping Di Selangor
Description
Selangor tidak dinafikan mempunyai banyak tempat yang menarik. Namun, jika anda menginginkan pengalaman yang unik ketika bercuti di Selangor, anda boleh glamping di selangor! Banyak tempat glamping di Selangor yang akan membuatkan jiwa anda tenang dan bahagia.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: