glamping janda baik

Glamping bermaksud “Perkhemahan Glamor” di mana seseorang mengikuti aktiviti luar tanpa menjejaskan keselesaan. Glamping di Janda Baik sentiasa memastikan keselesaan pengunjung dengan menyediakan tilam berkualiti tinggi, serta selimut lembut agar pengunjung dapat menikmati malam yang indah di luar rumah dengan gaya yang hebat.

Sementara itu, kemudahan tandas dan pancuran mandian air panas dan sejuk juga disediakan. Glamping Janda Baik menyediakan 20 khemah gaya safari mewah dan 5 rumah pokok impian yang dikelilingi oleh kabut gunung, hutan hujan yang subur, sungai kecil, serta jalan yang berliku.

Glamping di Janda Baik

Vila Dragonfly

Di Vila Dragonfly ini memiliki 8 buah khemah yang diagihkan dengan pintu gelangsar kaca yang menuju ke geladak luaran. Ia dilengkapi dengan katil bersaiz king yang mewah dan setiap khemah mempunyai bilik mandi en-suite dari nostalgia kolonial klasik yang lengkap dengan tab mandi yang cantik.

Walaupun tempat ini berada di kawasan berhutan, namun anda tidak perlu risau mengenai jaringan internet anda, kerana setiap vila di sini telah pun dilengkapi dengan kemudahan wi-fi. Selain itu, kemudahan lain juga turut disediakan seperti kemudahan membuat minuman, jubah mandi dan pengering rambut. Jadi, anda tidak perlu susah payah membawa pengering rambut semasa datang ke vila ini.

Treetop Villas

5 Treetop Villas dibina di atas dahan pokok yang tinggi di sekitar sekumpulan pohon rendang indah yang membentuk Hutan Enchanted mereka sendiri. Vila ini sangat unik dan menarik kerana Ia dihasilkan dengan indah dari kayu kitar semula.

Setiap vila terdiri dari 1 bilik tidur besar dengan bilik mandi en-suite, dan balkoni yang dilengkapi dengan tepee dan sofa untuk anak-anak kecil untuk bermain, berehat atau tidur.

Tambahan lagi, dari balkoni vila ini anda akan dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang penuh dengan kehijauan yang menenangkan sambil menghirup udara segar.

Vila Hornbill

Tented Suites di Vila Hornbill ini dilengkapi dengan semua keselesaan dan memberikan ruang lebih banyak kepada para tetamu dengan penambahan ruang rehat untuk bersantai dan berekreasi. Vila ini sangat sesuai untuk pasangan dan anak kecil. Sekiranya anda datang bersama keluarga yang besar, maka vila ini adalah tempat glamping yang terbaik untuk anda seisi keluarga.

Owner’s tent

Owner’s Tent ini sentiasa tersedia untuk tetamu selagi tidak diduduki oleh sesiapa. Khemah ini menawarkan 2 bilik tidur yang luas, 2 bilik mandi dengan kelengkapan Burlington yang megah, dan ruang santai yang besar. Khemah ini akan sentiasa memberi pengalaman glamping yang mewah dan selesa kepada pengunjung yang datang. Jadi, anda bolehlah berehat di khemah ini untuk menenangkan fikiran setelah penat selama hari bekerja.

Glamping Janda Baik

Aktiviti yang boleh dilakukan di Glamping Janda Baik:

Bersiar-siar melihat keindahan burung-burung

Setiap pengunjung yang datang ke sini akan dialu-alukan untuk menjelajahi kawasan bersama. Renjer hutan yang terlatih akan bertugas untuk mengendalikan pengunjung bagi aktiviti berjalan-jalan di dalam hutan pada waktu malam untuk melihat burung pelatuk bersayap merah atau elang elang hitam. Jika anda seorang yang suka aktiviti junggle tracking dan minat dengan burung, maka glamping di Janda Baik adalah destinasi yang sesuai untuk anda.

Berkelah di Tepi Sungai

Para tetamu boleh merancang untuk berkhelah di tempat-tempat paling indah di tebing sungai. Bagi memudahkan tetamu, menu piknik telah pun disediakan oleh pihak Tiarasa Escapes. Para tetamu hanya perlu fokus untuk berseronok di tepi sungai sambil menikmati makanan bersama ahli keluarga.

Menanam Tumbuhan-tumbuhan

Glamping di Janda Baik sangat menggalakkan para tetamu yang datang untuk menanam tanaman masing-masing sebelum mereka meninggalkan tempat ini sebagai tanda kenang-kenangan. Ia diharapkan dapat melahirkan perasaan cinta terhadap alam semula jadi dalam diri para pengunjung yang pernah datang ke tempat ini. Selain itu, para pengunjung yang telah menanam pokok di sini pasti merasa ingin datang kembali ke tempat ini untuk melihat perkembangan pokok yang mereka pernah tanam.

Demikianlah perkara menarik dan aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika glamping di Janda Baik. Pengalaman berseronok dan bersantai di tempat ini pasti tidak akan anda lupakan. Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti outdoor dengan gaya yang mewah, anda jangan lepaskan peluang untuk ke tempat ini kerana ia adalah yempat yang anda cari!

Sumber:

https://www.tiarasaescapes.com/stay-in-comfort/

https://sailorrest.com/content/glamping

Summary
Glamping Janda Baik di Tiara Escape
Article Name
Glamping Janda Baik di Tiara Escape
Description
Glamping bermaksud "Perkhemahan Glamor" di mana seseorang mengikuti aktiviti luar tanpa menjejaskan keselesaan. Glamping di Janda Baik sentiasa memastikan keselesaan pengunjung dengan menyediakan tilam berkualiti tinggi, serta selimut lembut agar pengunjung dapat menikmati malam yang indah di luar rumah dengan gaya yang hebat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: