gigi palsu
Gigi palsu adalah pengganti gigi yang anda hilang yang boleh dikeluarkan dan dipasang semula ke dalam gigi anda. Memandangkan gigi palsu memerlukan masa untuk membiasakan diri

Apakah itu gigi palsu?

Gigi palsu adalah pengganti gigi anda yang hilang dan boleh dikeluarkan serta dipasang semula ke dalam gigi anda. Memandangkan gigi tiruan memerlukan masa untuk membiasakan diri dan anda tidak akan berasa sama seperti gigi asli, kini gigi palsu dibuat dengan rupa seperti semula jadi dan lebih selesa daripada yang dahulu.

Terdapat 2 jenis utama iaitu jenis penuh dan separuh. Doktor gigi anda akan membantu anda memilih jenis gigi tiruan yang terbaik untuk anda berdasarkan sama ada anda memerlukan separuh atau semua gigi yang akan diganti dan kos yang diperlukan.

Dari manakah ia dihasilkan?

Pada masa lalu, gigi tiruan yang membentuk gigi palsu diperbuat daripada porselin atau plastik, tetapi gigi palsu kini yang lebih moden diperbuat daripada damar keras.

Bahan yang digunakan untuk membuat gigi palsu mudah rosak daripada gigi semula jadi. Malah, gigi palsu mudah pecah atau retak jika terjatuh atau tidak dijaga.

Disebabkan ia menggunakan bahan yang lebih cepat rosak ia mesti diganti dengan set gigi palsu baru setiap lima tahun sekali.

Struktur sokongan gigi palsu menahan gigi tiruan pada tempatnya dan menyerupai barisan gusi semula jadi kerana ia diperbuat daripada damar serupa yang digunakan untuk gigi atau polimer yang lebih fleksible yang mudah memasuki ruang gusi semula jadi.

Bagaimana gigi tiruan berfungsi?

Dengan gigi palsu penuh, tapak akrilik berwarna gusi akan masuk sesuai dengan bentuk gusi anda. Tapak gigi tiruan / palsu atas akan menutupi lelangit manakala tapak bawah anda berbentuk seperti tapak kuda untuk membantu memberi ruang kepada lidah anda.

Ia direka khas di makmal pergigian mengikut rupa bentuk mulut anda. Doktor gigi anda akan menentukan di antara 3 jenis gigi palsu yang bersesuaian untuk anda.

1. Gigi Palsu Lengkap (Complete Denture)

Ia boleh didapati dalam bentuk konvensional atau secara langsung. Ia akan dibuat selepas gigi telah tertanggal dan tisu gusi telah pulih, bentuk konvensional siap sedia untuk dipakai pada gigi dalam 8 hingga 12 minggu selepas gigi dicabut.

2. Gigi Palsu Penuh (Immediate Full Denture)

Tidak seperti gigi palsu lengkap konvensional, jenis ini boleh dibuat dengan cepat dan boleh dipasang sebaik sahaja gigi dicabut.

Hasilnya, pemakai tidak lagi perlu berjalan tanpa gigi ketika dalam proses pemulihan. Namun begitu, tulang dan gusi akan mengecut lama kelamaan, terutama ketika tempoh pemulihan disebabkan oleh gigi dicabut.

Justeru itu, kekurangan jenis ini adalah memerlukan perubahan beberapa kali untuk muat dengan betul ketika proses pemulihan dan secara umumnya sepatutnya menjadi solusi sementara sehinggalah gigi palsu lengkap siap.

3. Gigi Palsu Separa (Partial Denture)

Ia yang boleh ditanggalkan, biasanya terdiri daripada gigi pengganti yang dilekatkan pada tapak plastik berwarna merah jambu atau warna gusi, yang kadang-kadang bersambung dengan rangka logam yang memegang gigi tiruan di tempatnya.

Gigi palsu separa digunakan apabila satu atau lebih gigi semula jadi masih di rahang atas atau bawah. Ia menggantikan satu atau lebih gigi dengan memasukkan gigi palsu dengan meletakkan korona (crown) pada gigi sisinya dan melekatkan gigi tiruan di antaranya.

‘Bridge’ ini kemudian dilekat ke tempatnya. Jenis ini bukan sahaja memasuki ruang kosong disebabkan gigi yang sudah tiada lagi malah ia juga menghalang gigi lain daripada berubah kedudukan.

Ia boleh ditanggalkan dengan pelekat dalaman dan bukannya penyepit yang melekat pada korona yang berdekatan. Dengan itu memberikan anda gigi yang kelihatan lebih semula jadi.

Adakah saya perlu memakainya selama 24 jam sehari?

Doktor gigi atau prosthodontist akan memberitahu anda seberapa lama anda boleh memakai gigi palsu dan bila perlu menanggalnya.

Ketika beberapa hari pertama selepas menerimanya anda, anda akan disuruh untuk memakainya sepanjang masa, termasuklah ketika anda tidur.

Meskipun ia boleh memberi ketidakselesaan sementara, tetapi ia adalah cara yang cepat untuk menentukan bahagian mana yang memerlukan pembetulan.

Sebaik sahaja pembetulan gigi telah dibuat, anda perlu menanggalkan gigi palsu anda sebelum tidur. Hal ini boleh membantu tisu gusi anda berehat dan membolehkan stimulasi normal dan pembersihan lidah dan air liur. Ia boleh dipakai semula pada keesokkan harinya.

Berapa lamakah tempoh sebelum saya boleh membiasakan diri?

Gigi palsu baru mungkin membuatkan anda rasa tidak selesa atau janggal untuk beberapa minggu pertama atau bulan. Makan dan bercakap dengannya pasti memerlukan beberapa kali latihan.

Rasa kosong atau padat bukanlah perkara luar biasa, otot pipi dan lidah anda juga mengambil masa untuk memegang gigi baru anda pada tempatnya.

Aliran air liur yang berlebihan, lidah terasa sempit, iritasi kecil atau bengkak adalah bukan perkara biasa. Jika anda mengalami keradangan berjumpalah dengan doktor gigi anda dengan segera.

Cara membersihkan gigi palsu

Tidak kira walau apa jua jenis yang anda miliki, mereka pastinya mesti dibersihkan setiap hari, sama seperti gigi biasa. Walaupun ia terdiri daripada gigi tiruan, namun bakteria, plak, dan tartar masih boleh membiak di atasnya dan boleh membahayakan gigi dan gusi yang masih ada.

Langkah pertama sebelum membersihkan, keluarkannya daripada mulut anda dan alirkan air bersih di atasnya untuk mengeluarkan sebarang zarah makanan yang mungkin tersekat di antara gigi, di sepanjang barisan gusi atau di bawah struktur.

Kemudian, gosok dengan berus gigi khas atau berus gigi yang sangat lembut bersama dengan sabun lembut atau krim pembersih khas.

Pastikan anda tidak menggunakan sabun pembersih lain seperti ubat gigi biasa atau berus gigi elektrik kerana selain daripada yang sepatutnya adalah terlalu kasar dan boleh merosakkan dan menghakis bahan gigi palsu anda. Selepas membersihkannya, pastikan anda membilasnya dengan baik.

Selepas anda mencabut keluar ia daripada mulut, pastikan anda membersihkan gusi dan gigi semula jadi anda dengan berus gigi yang sangat lembut dan basah bersama dengan ubat gigi berfluorida jika perlu.

Sekiranya berus gigi anda terlalu keras, balut jari anda dengan kain lap yang basah dan lembut dan gosok gusi anda dengan lembut, pastikan kain anda menutup semua permukaan jari anda.

Dalam jangka masa tertentu, gigi palsu anda perlu disusun semula (relined), dibuat semula (remade), atau dibetulkan semula (rebased) disebabkan kekerapan pemakaian.

Rebasing bermaksud membuat asas baru selain mengekalkan gigi tiruan yang sedia ada. Selain itu, seiring bertambahnya usia, mulut anda secara semula jadi juga berubah.

Perubahan ini menyebabkan gigi tiruan anda longgar, membuatkan proses mengunyah menjadi sukar dan mengganggu gusi anda. Anda mesti berjumpa doktor gigi sekurang – kurangnya sekali tahun untuk melakukan pemeriksaan.

SUMBER

https://www.123dentist.com/everything-about-dentures/

https://www.webmd.com/oral-health/dental-health-dentures#1

https://www.colgate.com/en-my/oral-health/cosmetic-dentistry/dentures/what-are-dentures

Summary
Gigi Palsu : Pengenalan, Jenis, Pemakaian, Penjagaan
Article Name
Gigi Palsu : Pengenalan, Jenis, Pemakaian, Penjagaan
Description
Gigi palsu adalah pengganti gigi yang anda hilang yang boleh dikeluarkan dan dipasang semula ke dalam gigi anda. Memandangkan gigi palsu memerlukan masa untuk membiasakan diri
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: