giatmara

Pada masa perintah kawalan pergerakkan kali ini, ramai pelatih yang terpaksa meneruskan Latihan mereka di rumah sebagai melazimi masa dan menambah kemahiran amali mereka. Program GIATMARA sebenarnya merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang mungkin tidak minat dalam bidang Pendidikan tetapi lebih kearah kemahiran.

Pembangunan di Malaysia sedang meningkat dengan begitu cepat dan mengikuti arus perdana .Keadaan ini menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap sumber tenaga di dalam industri pembinaan terutamanya tenaga kerja mahir. Maka GIATMARA merupakan solusi untuk masalah ini.  Permintaan yang tinggi ini memerlukan negara mengambil langkah berkesan di dalam menyediakan tenaga mahir tempatan yang berkualiti untuk sektor pembinaan malah ianya membantu pelatih untuk menyertai gig ekonomi yang sedang rancak diperkatakan hari ini.

Giatmara merupakan salah satu daripada institusi latihan kemahiran yang di tubuhkan untuk menyediakan latihan kepada golongan belia bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan terutama dalam sektor pembinaan. Jika dilihat masa kini sektor pembinaan banyak didominasi oleh orang asing terutama dari Bangladesh dan Indonesia kerana negara kekurangan tenaga mahir dalam bidang kemahiran.

Bagi menarik minat golongan belia, GIATMARA juga menyediakan elaun kepada pelatih dan ini secara tak lansung membantu pelatih untuk menambahkan pendapatan terutama di wakttu perintah kawalan pergerakkan kali ini.

Disini penulis sertakan syarat untuk memohon program GIATMARA Ini.

Syarat Kemasukan GiatMara

  1. Tubuh badan anda mestilah dalam keadaan sihat
  2. Anda mestilah terdiri daripada kumpulan bumiputera di Malaysia
  3. Anda mesti ada kebolehan asas seperti membaca menulis dan memang minat untuk belajar di pusat giat mara malaysia
  4. Umur anda mesti 15 tahun dan ke atas. Orang tua termasuk
  5. Umur 60 tahun pun boleh masuk. Tiada had umur
  6. Mesti ada minat mendalam dengan kursus giat mara yang anda mohon

Kelebihan Permohonan GiatMara tahun 2021

  1. Sepanjang tempoh pengajian dan pembelajaran di GIATMARA 2021, anda akan menerima duit bantuan elaun belajar di GIATMARA setiap bulan sebanyak RM200
  2. Anda akan menerima latihan yang sesuai dengan pasaran dan kehendak majikan hari ini.
  3. Boleh dikatakan majoriti keluaran GIATMARA mudah untuk akses dalam bidang pekerjaan

Dari segi yuran pula, GIATMARA merupakan program kemahiran termurah kerana selama tempoh pembelajaran anda selama 6 bulan, anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran giatmara sejumlah RM365 dan untuk 2 helai Tshirt yang sering dipakai oleh pelatih, harganya Cuma RM60 sahaja.

Antara kursus yang ditawarkan GIATMARA :

  • Kursus Servis Tayar
  • Kursus Motosikal Berkuasa Tinggi
  • Kursus Automotif
  • Kursus Cat kereta
  • Kursus Baikpulih Kereta, Motor / Motosikal, Lori, Bas, Van
  • Kursus Teknologi 3D Animasi
  • Kursus Fotografi
  • Kursus Percetakan
  • Kursus Graphic Design dan Advertising / Pengiklanan
  • Kursus Videografi dan Kesan Visual
  • Kursus Seni Landskap
  • Kursus Maintenance Bangunan / Building
  • Kursus Senibina
  • Kursus Pembuatan Perabot
  • Kursus Interior Design / Rekaan Dalaman
  • Kursus Mekanikal
  • Kursus Teknologi Kimpalan
  • Kursus Servis Penyaman Udara / Aircond
  • Kursus Kulinari
  • Kursus Buat / Masak Kek
  • Kursus Buat Air / Beverage
  • Kusus Buat Pastri Perancis
  • Kursus Buat Roti
  • Kursus Early Childhood / Pendidikan Awal Kanak kanak
  • Kursus Terapi dan Kecantikan
  • Kursus Gaya Rambut / Potong Rambut
  • Kursus Jahit Baju / Pakaian Lelaki & Perempuan
  • Kursus Fabrik
  • Kursus Elektronik
  • Kursus Elektrik
  • Kursus Mekatronik
  • Kursus Audio Visual
  • Kursus Wiring
  • Kursus Solar
  • Kursus Komputer

Pada tahun 2020, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata GIATMARA memiliki fasiliti lengkap dan boleh berperanan memberi latihan dengan insentif khas boleh diagihkan secara terus kepada individu yang mendapat Latihan.

Melalui kursus yang ditawarkan ini jika dilihat secara mata kasar, pelatih lepasan GIATMARA juga boleh mencari pendapatan sendiri tanpa memerlukan majikan dan ianya sebahagian dari perniagaan kemahiran yang menguntungkan seterusnya membantu negara untuk membanyakkan lagi peluang pekerjaan dan ekonomi negara. Kerana kerajaan juga turut menyediakan insentif kepada bumiputera untuk membuka perniagaan sendiri.

Jadi sekiranya anda berminat atau mempunyai kenalan yang berminat, anda bolehlah maklumkan kepada mereka maklumat ini. Semoga bermanfaat!

Sumber

https://bic.utm.my/files/2018/09/HANIF-YAHYA-SBEC.pdf

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/696853/syor-giatmara-latih-individu-hilang-pekerjaan-mtuc

https://mypt3.com/permohonan-giatmara

Summary
GIATMARA Peluang Melatih Kemahiran
Article Name
GIATMARA Peluang Melatih Kemahiran
Description
Pada masa perintah kawalan pergerakkan kali ini, ramai pelatih yang terpaksa meneruskan Latihan mereka di rumah sebagai melazimi masa dan menambah kemahiran amali mereka. Program GIATMARA sebenarnya merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang mungkin tidak minat dalam bidang Pendidikan tetapi lebih kearah kemahiran.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: