Geseran Gigi (Bruxism)

Bruxism atau kita panggil menggesek-gesek gigi rahang atas dan juga bawah dengan sangat kuat sehingga menghasilkan bunyi yang cukup kuat dan juga ngilu buat sesetengah orang.

Orang yang mengalami bruxism ni biasanya dalam keadaan tak sedar dan benda ni selalunya berlaku pada waktu malam. Namun ianya juga boleh berlaku pada waktu siang. Walaupun bruxism ini biasanya terjadi pada kanak-kanak, namun orang dewasa juga tidak terkecuali.

Kesan

  • Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
  • Kesakitan atau luka di bahagian sudut mulut
  • Sukar untuk tidur
  • Sakit telinga & sakit pada otot muka

Punca dan Penyebab Tabiat Bruxism

Kanak-kanak

Bruxism ni boleh berlaku kepada kanak-kanak yang sedang mengalami tumbesaran rahang dan juga pertumbuhan gigi. Pertumbuhan gigi inilah yang menyebabkan gusi kanak-kanak cepat gatal dan buatkan mereka mengunyah tanpa sebab. Apabila gigi mulai tumbuh pula, keadaan tersebut akan berterusan sehingga gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut. Seterusnya, kanak-kanak juga cenderung untuk mengalami bruxism jika mereka merasa sakit atau tidak selesa disebabkan masalah selsema atau demam. 

Dewasa

Namun berlainan pula dengan orang dewasa di mana penyebab utamanya adalah disebabkan oleh masalah stress, emosi, marah, sedih dan sebagainya. Malah dikatakan juga individu dewasa yang sering agresif serta pemarah mudah untuk mengalami bruxism. Selain itu, keadaan salah posisi tidur juga mendorong kepada berlakunya masalah atau tabiat gesel gigi. Perasaan emosi yang tidak stabil memulakannya dan seterusnya perbuatan tersebut kekal menjadi tabiat sewaktu tidur

Cara untuk hentikan

  • Waspada dengan kesan tekanan atau kebimbangan
  • Elakkan bukaan mulut yang besar
  • Elakkan minum minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana menyebabkan otot rahang menjadi tegang
  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bruxism/symptoms-causes/syc-20356095

Summary
Geseran Gigi (Bruxism)
Article Name
Geseran Gigi (Bruxism)
Description
Bruxism atau kita panggil menggesek-gesek gigi rahang atas dan juga bawah dengan sangat kuat sehingga menghasilkan bunyi yang cukup kuat dan juga ngilu buat sesetengah orang. Orang yang mengalami bruxism ni biasanya dalam keadaan tak sedar dan benda ni selalunya berlaku pada waktu malam. Namun ianya juga boleh berlaku pada waktu siang. Walaupun bruxism ini biasanya terjadi pada kanak-kanak, namun orang dewasa juga tidak terkecuali.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: