gegata

Gegata atau Urticaria adalah keadaan kulit yang membengkak, kemerahan dan gatal atas faktor alahan atau lain seperti haba dan senaman.

Punca

Gegata dan angioedema terbentuk sebagai tindak balas terhadap histamin, plasma darah keluar dari saluran darah kecil di kulit.

Histamine adalah bahan kimia yang dikeluarkan dari sel khusus di sepanjang saluran darah kulit. Sesetengah pencetus disebabkan oleh :

a. Alahan makanan – kacang, strawberi, telur, kerang, daging atau bahan rempah

b. Gigitan serangga

c. Alahan terhadap ubat-ubatan

d. Jangkitan virus ringan seperti selesema

e. Sentuhan kulit – bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan

f. Urtikaria fizikal – ruam setempat timbul apabila kulit diransang secara fizikal. Haba, kesejukan, emosi, senaman atau cahaya matahari.

Simptom

Gegata biasanya menyebabkan kegatalan, tetapi juga boleh menyebabkan rasa terbakar atau menyengat. Ia boleh muncul di mana sahaja di badan, termasuk muka, bibir, lidah, tekak, atau telinga.

Gegata bervariasi bentuk (daripada saiz pemadam hingga saiz pinggan makan), dan boleh bergabung untuk membentuk kawasan yang lebih besar yang dikenali sebagai plak.

Ia mungkin mengambil masa berjam-jam, atau hingga satu hari sebelum hilang.

Diagnosis

Doktor anda perlu mengemukakan banyak soalan dalam usaha mencari kemungkinan penyebab gegata. Oleh kerana tidak ada ujian khusus untuk gegata, ujian akan bergantung pada sejarah perubatan anda dan pemeriksaan menyeluruh oleh doktor atau doktor kulit anda.

Ujian kulit boleh dilakukan untuk menentukan bahan yang anda alah. Ujian darah rutin dilakukan untuk menentukan sama ada penyakit di seluruh sistem ada.

Rawatan

Rawatan terbaik untuk gegata dan angiodema adalah mengenal pasti dan menghilangkan pencetus, tetapi ini bukan tugas yang mudah.

Antihistamin biasanya didiskripkan oleh doktor anda untuk menghilangkan gejala. Antihistamin berfungsi paling baik jika diambil mengikut jadual biasa untuk mengelakkan gegata dari awal.

Gegata kronik boleh dirawat dengan antihistamin atau gabungan ubat-ubatan. Apabila antihistamin tidak memberikan kelegaan, kortikosteroid oral mungkin didiskripkan.

Ubat biologi, omalizumab (Xolair), juga diluluskan untuk merawat gatal-gatal kronik pada mereka yang berumur sekurang-kurangnya 12 tahun.

Jika anda mempunyai gegata yang teruk seperti ‘anaphylaxis’, anda akan dimasukkan ke hospital. Pengesahan diagnosis dilakukan untuk mengenal pasti pencetus dan sebab.

Contohnya, jika anda disyaki alah terhadap kacang, ujian darah RAST test atau ‘skin prick test’ (jika tiada ‘anaphylaxis’).

Anda juga dinasihatkan untuk mengelak pencetus agar ia tidak berlaku lagi.

SUMBER

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/hives-urticaria-angioedema#1

http://www.myhealth.gov.my/en/urtikaria/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/157260

Summary
Gegata – Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Gegata – Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Description
Gegata atau Urticaria adalah keadaan kulit yang membengkak, kemerahan dan gatal atas faktor alahan atau lain seperti haba dan senaman.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: