gaviscon

Gaviscon adalah jenama yang terkenal dan paling dipercayai untuk merawat sakit gastrik, pedih ulu hati dan masalah pencernaan makanan. Ramuan produk ini diperolehi dari sejenis rumput laut tertentu yang secara kimianya boleh membentukkan penghalang dan pelindung yang kuat terhadap kandungan perut yang mempunyai refluks. Jenama ini telah memberi komitmen kepada pengguna-pengguna untuk terus berinovasi dan memberikan penyelesaian yang berkesan.

Gaviscon Original Liquid 300ml

Gaviscon Original Liquid 300ml

RM31.88

Gaviscon Original Liquid ini membantu melegakan sakit gastrik dan pedih ulu hati dental cepat. Produk ini berfungsi dengan membentukkan penghalang di atas isi perut yang boleh membantu mencegahkan kandungan perut termasuk asid dari mengalir kembali ke esofagus supaya menghilangkan kesakitan dan ketidakselesaan pedih ulu hati dengan berkesan. Ia juga membantu kesakitan daripada pencernaan asid yang disebabkan oleh refluks gastrik dan keadaan yang berkaitan seperti hernia hiatus dan esofagitis refluks. Berkesan melegakan simpton dalam masa 3 minit dan berlanjutan sehingga 4 jam. Ia juga sesuai digunakan semasa mengandung.

BioLab Belcid Suspension 240ml [For Indigestion and Gastric]

BioLab Belcid Suspension 240ml [For Indigestion and Gastric]

RM10.18

BioLab Belcid Suspension digunakan untuk melegakan simptom rembesan asid perut yang berlebihan, gejala gastrik, gangguan pencernaan, pedih ulu hati, perut kembung (angin) dan sakit ulser pada usus dan perut dengan berkesan. Produk ini mengandungi aluminum hydroxide, magnesium hydroxide dan simethicone yang merupakan sejenis anti-asid untuk melegakan simptom dengan meneutralkan asid perut dan mengandungi agen anti-buih yang boleh membantu untuk memyingkirkan gas.

Gaviscon Double Action Liquid 150ml

Gaviscon Double Action Liquid 150ml

RM26.60

Gaviscon Double Action Liquid berfungsi dengan dua cara untuk melegakan pedih ulu hati dan ketidakselesaan daripada masalah pencernaan makanan. Ia meneutralkan asid perut yang berlebihan dengan cepat dan membentukkan penghalang ke atas isi perut secara memberikan kepekatan natrium alginat 2x ganda untuk membantu mencegahkan asid daripada mengalir kembali ke esofagus (paip makanan). Dengan demikian, produk ini akan membantu mengurangkan simptom pedih ulu hati yang lebih teruk dan kerap seperti sakit pedih di dada dan regurgitasi asid.

GastroRelief Antacid Tablet (Double Strength) 12s

GastroRelief Antacid Tablet (Double Strength) 12s

RM5.98

GastroRelief Antacid Tablet digunakan untuk melegakan sakit gastrik dan ketidakselesaan ulser peptik, pedih ulu hati, dispepsia (gangguan pencernaan) dan refluks asid secara mengurangkan asid di dalam perut dengan cepat. Ia juga membantu melegakan keadaan gastro usus yang disebabkan oleh gas yang berlebihan seperti sakit perut, perut kembung dan tekanan atau ketidakselesaan di perut atau usus secara memecahkan gelembung-gelembung gas di dalam usus.

Gaviscon Advanced Liquid

Gaviscon Advanced Liquid

RM30.90

Gaviscon Advanced memberikan kelegaan yang lebih cepat dan kesan yang boleh tahan lebih lama untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pedih ulu hati dan pencernaan asid, yang boleh berlaku selepas makan atau semasa kehamilan. Ia membentukkan lapisan pelindung yang terapung di atas isi perut. Lapisan ini akan mencegahkan refluks dan menghalangkan isi perut daripada lapisan paip makanan untuk melegakan gejala pedih ulu hati dan pencernaan asid. Ia juga boleh mengurangkan simptom-simptom seperti hernia hiatus dan esofagitis refluks.

Maalox Plus Oral Suspension Liquid 250 ml

Maalox Plus Oral Suspension Liquid 250 ml

RM30.80

Maalox Plus Oral Suspension merupakan campuran yang seimbang antara dua antasid dan sejenis antiflatulen atau agen anti-busa simeticone. Dua antasid itu adalah magnesium hidroksida yang bertindak pantas dan aluminium hidroksida yang merupakan antasid yang bertindak lambat. Ia berfungsi secara mengurangkan kadar asid di dalam perut untuk melegakan kesakitan keasidan dan pedih ulu hati atau ketika perut mempunyai terlalu banyak asid (gangguan pencernaan), keradangan perut (gastritis)

Gaviscon Double Action In Sachets (10ml x 5s)

Gaviscon Double Action In Sachets (10ml x 5s)

RM16.70

Gaviscon Double Action dalam pembungkusan sachet ini menjadikannya lebih mudah digunakan, dibawa dan disimpan di dalam poket atau beg. Ia membawa kelegaan yang cepat, menenangkan dan kesannya tahan lebih lama. Membantu melegakan daripada kesakitan dan ketidakselesaan pedih ulu hati dan senak. Formula Double Action ini bertindak 2x lebih cepat untuk meneutralkan asid dan berkesan untuk tahan sehingga 4 jam. Dewasa dan kanak-kanak berumur lebih dari 12 tahun boleh mengambil 1-2 sachet selepas makan dan sebelum waktu tidur.

Maalox Oral Suspension In Sachets 4.3ml x 20s

Maalox Oral Suspension In Sachets 4.3ml x 20s

RM23.70

Maalox Oral Suspension dalam bentuk sachet memberikan penyelesaian masalah gastrik secara lebih memudahkan. Ia juga berfungsi dengan mengurangkan kadar asid di dalam perut dan digunakan untuk melegakan sakit daripada keasidan dan kepedihan ulu hati atau ketika perut anda mempunyai terlalu banyak asid (gangguan pencernaan) dan keradangan perut (gastritis). Membantu melegakan simptom hiperasiditas yang berkaitan dengan / diagnosis ulser peptik, gastritis, oesofagitis peptik, hiperasidensi gastrik atau hernia hiatal.

Gaviscon Peppermint Tablets 2x8s

Gaviscon Peppermint Tablets 2x8s

RM16.90

Gaviscon Peppermint Tablets memberi kelegaan yang cepat, menenangkan dan tahan lama dari kesakitan dan ketidakselesaan pedih ulu hati dan pencernaan asid, yang misalnya, boleh berlaku selepas makan atau semasa kehamilan. Ia digolongkan dalam kumpulan ubat-ubatan yang disebut ‘refluks suppressants’, yang membentukkan lapisan pelindung di atas isi perut untuk mengelakkan asid perut mengalir kembali ke esofagus supaya menghilangkan kesakitan dan ketidakselesaan pedih ulu hati dengan berkesan.

Actal Antacid for Gastric & Heartburn ( 2 x 10's )

Actal Antacid for Gastric & Heartburn ( 2 x 10’s )

RM4.50

Actal Antacid berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan perut seperti senak, pedih ulu hati akibat hiperasidensi gastrik dan ulser peptik. Ia meneutralkan hiperasiditi kandungan gastrik dengan cepat dengan gabungannya bersama kecekapan gel aluminium dan kemudahan tablet yang cepat hancur untuk meneutralkan asid perut yang berlebihan dan melegakan kesakitan pada dispepsia dan keasidan yang cepat. Ia juga akan melegakan kesakitan gastrik dan perut yang disebabkan oleh gas atau angin.

Summary
Gaviscon Malaysia Dan 5 Alternatif Untuk Merawat Pedih Ulu Hati
Article Name
Gaviscon Malaysia Dan 5 Alternatif Untuk Merawat Pedih Ulu Hati
Description
Gaviscon adalah jenama yang terkenal dan paling dipercayai untuk merawat sakit gastrik, pedih ulu hati dan masalah pencernaan makanan. Ramuan produk ini diperolehi dari sejenis rumput laut tertentu yang secara kimianya boleh membentukkan penghalang dan pelindung yang kuat terhadap kandungan perut yang mempunyai refluks. Jenama ini telah memberi komitmen kepada pengguna-pengguna untuk terus berinovasi dan memberikan penyelesaian yang berkesan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: