garis masa kes COVID-19
Saban hari kes covid-19 semakin meningkat di seluruh negara

Garis masa kes COVID-19 di seluruh dunia menunjukkan pertambahan kes yang membimbangkan setiap hari. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan Coronavirus sebagai satu pandemik yang menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai COVID-19 yang telah merebak ke 180 negara dan wilayah.

Menurut maklumat yang dikumpulkan oleh Universiti John Hopkins, penyakit ini telah membunuh seramai lebih daripada 922,000 orang.

Segelintir pesakit yang dijangkiti bekerja di pasar makanan laut bandar Hunan yang telah ditutup pada 1 Januari.

Sementara pakar perubatan bertungkus-lumus untuk mengenalpasti virus tersebut di samping kejutan drastik tersebut, bilangan jangkitan telah melebihi 40.

5 Januari 2020

  • Pihak berkuasa China menyingkirkan kemungkinan bahawa kejadian itu merupakan pengulangan virus sindrom pernafasan akut (SARS), iaitu sejenis penyakit yang berasal dari China dan telah membunuh lebih daripada 770 orang di seluruh dunia antara tahun 2002-2003.

7 Januari 2020

  • Menurut WHO, pihak berkuasa mengumumkan bahawa virus tersebut telah berjaya dikenalpasti. Novel virus tersebut diberi nama 2019-nCoV dan dikenali sebagai keluarga Coronavirus, termasuklah SARS dan demam biasa.
  • Coronavirus adalah virus yang umum dan merebak melalui jarak dengan individu yang dijangliyi dan menghidu titisan-titisan yang dihasilkan apabila mereka batuk, bersin atau menyentuh permukaan yang dicemari titisan kemudiannya menyentuh muka atau hidung.

11 Januari 2020

  • China mengumumkan kematian pertama akibat virus itu, seorang lelaki berumur 61 tahun yang telah membeli barang di pasar makanan laut tersebut. Selepas dimasukkan ke hospital, rawatan tidak memperbaiki simptomnya dan beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada petang 9 Januari.

13 Januari 2020

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan satu kes di Thailand, kes pertama di luar China, yang dialami oleh seorang wanita yang baru sahaja tiba dari Wuhan.

16 Januari 2020

  • Kementerian Kesihatan Jepun melaporkan kes yang disahkan dari seorang lelaki yang pernah melancong ke Wuhan.

17 Januari 2020

  • Kematian kedua telah dilaporkan di Wuhan.
  • Pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat mengumumkan bahawa operasi pengimbasan penumpang akan mula diadakan di tiga lapangan terbang negara itu.
  • Beberapa hari selepas itu, pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Nepal, Perancis, Australia, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Taiwan telah mengesahkan kes COVID-19 di negara masing-masing.

20 Januari 2020

  • China melaporkan kematian ketiga dan lebih dari 200 jangkitan, termasuklah kes yang dilaporkan di luar daerah Hubei seperti Beijing, Shanghai dan Shenzhen.
  • Dalam pada itu, seorang pakar penyakit berjangkit di China telah mengesahkan transmisi manusia ke manusia melalui CCTV penyiaran negeri, meningkatkan kebimbangan akan penularan wabak secata besar-besaran kerana majoriti penduduk keluar melancong sewaktu cuti Tahun Baru Cina.
  • Negara-negara di Asia mengerahkan pendekatan untuk menghalang penularan virus itu dengan mewajibkan prosedur imbasan di lapangan terbang terutamanya di terminal-terminal penumpang dari kawasan yang sangat berisiko tinggi di China.

22 Januari 2020

  • Kadar kematian di China meningkat ke 17 orang dengan lebih daripada 550 jangkitan. Majoriti lapangan terbang Eropah tidak menerima penerbangan dari Wuhan.
  • Wuhan telah diletakkan di bawah kuarantin pada 23 Januari dan penerbangan keluar dihentikan.
  • Pendekatan yang serupa telah diumumkan di dua buah bandar dalam daerah Hubei, Xiantao dan Chibi.
  • Beijing telah membatalkan majlis-majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina, bermula pada 25 Januari, setelah pihak berkuasa melaporkan kematian di luar daerah Hubei.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan pada 23 Januari bahawa penularan wabak tersebut masih belum menandakan kecemasan awam peringkat antarabangsa dan tiada bukti kukuh yang virus tersebut akan menular di antara manusia di luar negara China.

24 Januari 2020

  • Angka kematian di China mencecah 26 orang dan pihak kerajaan telah melaporkan sebanyak lebih dari 830 jangkitan.
  • Bilangan bandar di bawah perintah berkurung dalam daerah Hubei meningkat ke 13, menjejaskan seramai 41 juta manusia.
  • Disneyland Shanghai telah ditutup dan bandar-bandar lain mengumumkan penutupan tempat-tempat hiburan. Beijing juga menyatakan bahawa tempat-tempat terkenal seperti Tembok Besar China turut akan ditutup.

25 Januari 2020

  • Sekatan perjalanan telah dikuatkasakan di 5 buah bandar lain dalam daerah Hubei, dengan peningkatan seramai 56 juta manusia yang terjejas.

26 Januari 2020

  • Bilangan kematian meningkat ke 56 orang, dengan hampir 2000 kes yang telah disahkan sewaktu sekatan perjalanan dilakukan dan penutupan Disneyland Hongkong dan taman tema Ocean Park.
  • Kes-kes baru telah disahkan di Amerika Syarikat, Taiwan, Thailand, Jepun dan Korea Utara.

27 Januari 2020

  • Kadar kematian di China meningkat kepada 106 orang dengan 100 dilaporkan berlaku di daerah Hubei. Seramai 4,515 orang di China telah dilaporkan dijangkiti virus itu. Terdapat sebanyak 2,714 kes yang telah disahkan di daerah Hubei.

30 Januari 2020

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan Coronavirus sebagai kecemasan sedunia kerana angka kematian di China meningkat kepada 170 manakala 7,711 kes positif telah dilaporkan di negara tersebut di mana virus itu telah merebak ke semua 31 daerah.
  • India dan Filipina telah mengesahkan kes-kes pertama virus itu di negara masing-masing.

31 Januari 2020

  • Angka kes positif di China meningkat ke 9,809 kes. Rusia, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom mengesahkan kes pertama virus tersebut.

1 Februari 2020

  • Angka kematian di China meningkat ke 259 dengan 11,791 kes jangkitan yang telah disahkan di negara tersebut.
  • Kes baru telah disahkan di Australia, Kanada, Jerman, Jepun, Singapura, AS, UAE dan Vietnam.

2 Februari 2020

  • Kematian pertama yang berlaku di luar China telah direkodkan di Filipina, seorang lelaki dari Wuhan telah meninggal dunia akibat COVID-19.
  • Bilangan kematian di China semakin meningkat kepada 304 orang dengan sebanyak 14,380 jangkitan dilaporkan.

3 Februari 2020

  • China melaporkan 57 kematian baru meningkatkan bilangan kematian kepada 361 orang. Bilangan kes jangkitan pula meningkat sebanyak 17,205 diserata negara tersebut.

4 Februari 2020

  • China melaporkan angka kematian telah meningkat seramai 425 orang dan bilangan orang yang dijangkiti meningkat sebanyak 20,438 di tanah besar China.
  • Hongkong turut melaporkan 1 kematian, justeru itu meningkatkan jumlah kematian seluruh dunia sebanyak 427. Kes pertama telah disahkan di Belgium, oleh seorang individu yang berhijrah dari Wuhan.

5 Februari 2020

  • Lebih banyak penerbangan memindahkan rakyat AS dari Wuhan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengesahkan bahawa tiada rawatan berkesan yang dikenali bagi merawat Coronavirus.
  • Sementara itu, China melaporkan jumlah kematian meningkat kepada 490 orang dan 24,324 kes jangkitan.

6 Februari 2020

  • Angka kematian di China meningkat sebanyak 563, dengan 28,000 kes yang disahkan
  • Malaysia pula telah melaporkan kes pertama di negara dan bilangan individu yang dijangkiti di Eropah meningkat kepada 30.

7 Februari 2020

  • Li Wenliang, seorang doktor yang memberi amaran pertama mengenai virus itu telah meninggal dunia.
  • Hong Kong memperkenalkan hukuman penjara bagi sesiapa yang melanggar peraturan kuarantin.
  • China mengesahkan angka kematian mencecah 636 dengan 31,161 kes jangkitan dan para penyelidik China mengesyorkan tenggiling mempunyai kaitan dengan jangkitan tersebut.

8 Februari 2020

  • Seorang warga AS dilaporkan meninggal dunia di Wuhan.
  • Seorang lelaki Jepun berumur 60anm meninggal dunia di hospital Wuhan.
  • Angka kematian di China mencecah 722 orang dengan 34,546 kes yang dikenalpasti.

9 Februari 2020

  • Angka kematian China melebihi epidemik SARS, dengan 811 kematian dan 37,198 dijangkiti.
  • Pasukan penyisat diketuai pakar dari WHO berangkat ke China.

10 Februari 2020

  • Bilangan kematian di China meningkat ke 908 dan 40,171 kes jangkitan.
  • Presiden Xi Jinping menonjolkan diri dihadapan awam buat pertama kali selepas epidemik tersebut bermula, melawat hospital di Beijing dan menaikkan semangat orang ramai.

11 Februari 2020

  • WHO mengumumkan Coronavirus baru ini boleh digelar sebagai COVID-19.
  • Angka kematian di China mencecah 1,016 dengan 42,638 kes jangkitan dilaporkan.

12 Februari 2020

  • Seramai 175 orang dijangkiti dalam kapal persiaran Diamond Princess, yang berlabuh di Yokohama.
  • Angka kematian di China mencecah 1,113 dengan 44,653 kes dilaporkan.

13 Februari 2020

  • Korea Utara menguatkuasakan kuarantin selama sebulan bagi semua pelancong asing dan semua individu yang disyaki mempunyai COVID-19.
  • Kadar kematian di China meningkat sebanyak 1,300 dan sebanyak 60,000 kes jangkitan direkodkan. Sementara itu, Jepun mengesahkan kematian pertama akibat COVID-19.

14 Februari 2020

  • Mesir merupakan negara pertama di Afrika yang melaporkan kes COVID-19 dan Perancis pula melaporkan kematian pertama di negeri Eropah akibat COVID-19.
  • China melaporkan sebanyak 1,400 jumlah kematian.

15 Februari 2020

  • Angka kematian di China melebihi 1,500 dengan 66,492 kes jangkitan positif.
  • AS bersiap-sedia untuk memindahkan rakyatnya dari kapal persiaran Diamond Princess.
  • Kenyataan media Presiden China, Xi Jinping dikeluarkan oleh pihak penyiaran China.

16 Februari 2020

  • Taiwan merekodkan kematian pertama akibat COVID-19, seorang pemandu teksi berumur 60an.
  • Pihak berkuasa China melaporkan serama 1,665 orang telah meninggal dunia dan sebanyak 68,500 kes jangkitan.

17 Februari 2020

  • 1,770 kematian dilaporkan dengan 70,548 kes di China.
  • Jepun mengesahkan 99 kes baru dalam kalangan penumpang kapal persiaran Diamond Princess.

18 Februari 2020

  • Bilangan jangkitan harian China menurun sebanyak 2,000 buat pertama kali sejak JanuarI, namun jumlah kes yang dilaporkan sebanyak 72,436 dan 1,868 kematian.
  • Rusia akan menyekat kemasukan rakyat Cina pada 20 Februari

19 Februari 2020

  • Iran melaporkan 2 kematian akibat Coronavirus, beberapa jam selepas laporan kes pertamanya.
  • Jangkitan harian di China menurun sebanyak 2,000 selama dua hari berturut-turut dan sebanyak 74,185 kes jangkitan serta 2,004 kematian.

20 Februari 2020

  • Korea Utara melaporkan kematian pertama COVID-19
  • China melaporkan kenaikan bilangan kematian 2,118 dan jumlah kes 74,576

21 Februari 2020

  • Korea Utara melaporkan kematian kedua dan 100 kes baru, membawa kepada jumlah 204.
  • Tanah Besar Cina merekodkan 2,236 kematian dan peningkatan kes jangkitan kepada 75,400.
  • Israel melaporkan kes positif COVID-19 buat pertama kali selepas seorang wanita yang pulang dari kapal persiaran diuji positif.
  • Itali melaprokan kes jangkitan pertama sebanyak tiga kes, dan jumlah kes jangkitan menjadi enam.

22 Februari 2020

  • Korea Selatan menghadapi kenaikan kes COVID-19 tertinggi dalam sehari, iaitu sebanyak 229 kes baru virus tersebut.
  • Itali melaporkan dua kematian pertama.
  • Iran mengesahkan 5 kematian daripada 10 jangkitan baru. Kematian keenam kemudiannya disahkan.
  • Di China, bilangan jangkitan baru menurun sebanyak 397 kes.

23 Februari 2020

  • Sesetengah negara menutup sempadannya dengan Iran ekoran peningkatan bilangan jangkitan dan kematian.
  • Itali mengesahkan kematian ketiga, dan pihak berkuasa menutup Karnival Venice lebih awal.

24 Februari 2020

  • Kuwait, Bahrain, Iraq, Afganistan dan Oman melaporkan kes pertama COVID-19.
  • Bilangan kes di Korea Utara meningkat kepada 833 kes dengan 7 kematian.
  • Kadar kematian China meningkat kepada 2,595 daripada 77,262 kes.
  • 7 kematian dilaporkan di utara Itali.

25 Februari 2020

  • Timbalan Menteri Kesihatan Iran mengesahkan beliau menghidap COVID-19. Jumlah rasmi kes positif Iran mencecah 95 dengan 15 kematian.
  • Cina melaporkan peningkatan kes jangkitan baru sebanyak 518 dan 71 kematian baru.
  • Korea Selatan mengesahkan peningkatan kes kepada 977.
  • Kes di Itali pula mencecah sebanyak 229.

26 Februari 2020

  • Bilangan kematian COVID-19 di seluruh dunia hampir mencecah 2,800 dengan jumlah kes jangkitan sebanyak 80,000.
  • Norway, Romania, Greece, Georgia, Pakistan, Utara Macedonia dan Brazil mengesan kes pertama di negara masing-masing.

27 Februari 2020

  • Estonia, Denmark, Utara Ireland dan Netherlands melaporkan kes pertama COVID-19.
  • Jumlah kes mencecah 82,000 di seluruh dunia, termasuk lebih dari 2,800 kematian.
  • Itali menyaksikan lonjakan kes COVID-19 kepada 650 dengan 3 lagi kematian, mencecah 17 kematian keseluruhannya.
  • AS pula bercadang meningkatkan pengilangan bahan utama untuk keselamatan negara.

28 Februari 2020

  • Lituania dan Wales melaporkan kes pertama, Netherlands dan Georgia pula melaporkan kes kedua.

29 Februari 2020

  • Korea Selatan melaporkan kes harian tertinggi, 813 dengan jumlah kes positif 3,150 dan 17 kematian.
  • Iran melaporkan lonjakan kes positif kepada 593 dalam masa 24 jam, dengan kematian mencecah 43.
  • Qatar mengesahkan kes pertama COVID-19.

2 Mac 2020

  • Arab Saudi mengumumkan kes pertama COVID-19.
  • Tunisia dan Jordan juga melaporkan kes COVID-19 pertama.

3 Mac 2020

  • Itali melaporkan bilangan kematian mencecah 77, seperti jumlah kematian di Iran.

7 Mac 2020

  • Coronavirus telah membunuh hampir 3,500 orang dan menjangkiti 102,000 orang di lebih daripada 90 negara.
  • China melaporkan kes baru sebanyak 99 kes dengan jumlah 80,651 kes positi.
  • Iran melaporkan 4,747 kes positif dan 12 kematian. Seorang ahli parlimen, Fatemeh Rahbar meninggal dunia akibat COVID-19.

8 Mac 2020

  • Pihak Arab Saudi menutup daerah Barat Qatif.
  • Riyadh menangguh semua sekolah dan universiti.
  • Pihak kerajaan Itali menguatkuasakan kuarantin ketat di Lombardy dan 14 kawasan lain yang menjejaskan seramai 16 juta manusia.

9 Mac 2020

  • Iran melepaskan sebanyak 70,000 banduan kerana penularan Coronavirus.
  • Jerman melaporkan dua kematian pertama dengan 1,100 kes positif.

10 Mac 2020

  • Iran dan Itali merekodkan bilangan kematian tertinggi dalam sehari. Seramai 54 orang meninggal dunia di Iran dalam masa 24 jam, manakala di Itali seramai 168 kematian baru direkodkan.
  • Lebanon dan Morocco melaporkan kematian pertama COVID-19.
  • Republik Congo, Panama dan Mongolia merekodkan kes pertama COVID-19.

11 Mac 2020

  • Turki, Ivory Coast, Honduras dan Bolivia melaporkan kes pertama.
  • Jumlah jangkitan di Qatar meningkat secara drastik dari 24 hingga 262 kes dalam sehari.

12 Mac 2020

  • Bilangan kematian di seluruh negara melebihi 4,600 manakala kes positif melebihi 126,100 kes.
  • China merekodkan 15 kes baru, iaitu bilangan yang paling rendah sejak 7 minggu lalu.

15 Mac 2020

  • Sepanyol melaporkan sebanyak 2,000 kes baru dan lebih daripada 100 kematian dalam 24 jam yang lepas. Bilangan kematian mencecah 288 dan seramai 7,700 orang dijangkiti.
  • Kazakhstan, Filipina dan Austria mengumumkan sekatan ketat untuk membendung penularan COVID-19.

16 Mac 2020

  • Bilangan kes di AS meningkat, bar, teater dan panggung wayang di New York ditutup.
  • Turki dan Pakistan melaporkan kes baru, Iran mencecah 14,991 kes jangkitan dan 853 kematian.
  • Daerah Gulf di Bahrain mencatatkan kes pertama COVID-19.
  • Afrika, Somalia mengesahkan kes pertama COVID-19.
  • Dua negara Amerika Utara, Chile dan Guatemala mengumumkan penutupan sempadan.

17 Mac 2020

  • Itali mencatat bilangan 345 kes kematian baru dalam 24 jam yang lepas, dengan jumlah kematian mencecah 2,503. Jumlah kes positif meningkat ke 31,506.
  • Turki melaporkan kematian pertama, seorang individu berumur 89 tahun.

18 Mac 2020

  • Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengumumkan kecemasan biosekuriti manusia di negara tersebut.
  • Itali merekodkan 475 kematian baru, dengan jumlah 2,978 kematian dan 35,713 kes jangkitan.
  • Buat pertama kali sejak permulaan pandemik itu, tiada kes baru dilaporkan di China.

19 Mac 2020

  • Itali mengambil alih tempat China, dengan mempunyai bilangan kes kematian yang paling banyak melebihi China.

20 Mac 2020

  • Kematian COVID-19 mencecah 10,000 lebih di seluruh dunia.
  • Jumlah kes di Jerman meningkat kepada 13,957 kes semalaman.
  • Sepanyol melaporkan kes kematian meningkat kepada 1,002.
  • China tidak merekodkan kes baru

21 Mac 2020

  • Negara Eropah kekal menjadi pusat penularan COVID-19 dengan Itali melaporkan sebanyak 793 kematian baru.
  • Sepanyol pula negara kedua paling terjejas dengan kes positif sebanyak 21,000 dan 1,000 kematian.
  • EU menangguhkan defisit awam bagi membantu negara-negara Eropah.
  • Sementara itu, Singapura melaporkan 2 kematian.

22 Mac 2020

  • Kadar kematian seluruh dunia meningkat kepada 13,000 manakala jumlah jangkitan 311,000.
  • Palestin merekodkan dua kes baru COVID-19.

23 Mac 2020

  • Itali melaporkan 602 kematian baru, membawa kepada jumlah kematian 6,077 dengan kes positif sebanyak 63,928.

24 Mac 2020

  • Sepanyol merekodkan 6,600 kes baru, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 39,673 manakala kadar kematian meningkat kepada 2,696.
  • Laos melaporkan 2 kes COVID-19.

25 Mac 2020

  • White House dan Pemimpin Senat bersetuju untuk menggunakan $2 trillion untuk membantu pekerja, perniagaan dan sistem perubatan.
  • India menguatkuasakan perintah berkurung.
  • Sepanyol merekodkan lebih dari 700 kematian dalam masa 24 jam.

26 Mac 2020

  • Jumlah kes COVID-19 seluruh dunia melebihi 500,000.

27 Mac 2020

  • Perdana Menteri UK postif COVID-19.
  • Sepanyol merekodkan bilangan kematian sebanyak 4,858.
  • Afrika Selatan melaporkan 2 kematian selepas 3 minggu perintah berkurung.

28 Mac 2020

  • Bilangan kes di seluruh dunia melebihi 600,000 dan lebih 27,000 kematian.
  • Kematian di Sepanyol meningkat kepada 5,690 dengan 832 kematian dalam masa 24 jam.
  • AS merekodkan bilangan jangkitan melebihi 104,000 dengan kematian melebihi 1,700.
  • Kematian di Itali melebihi 10,000 dengan 889 kematian baru.

29 Mac 2020

  • AS melaporkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di seluruh dunia dengan 124,000 kes. Bilangan kematian pula melebihi 2,000.
  • Sepanyol mengumumkan 838 kematian baru akibat COVID-19 dengan jumlah kematian sebayak 6,528.

30 Mac 2020

  • Presiden Donald Trump melanjutkan panduan penjarakan sosial sehingga 30 April setelah pegawai perubatan memberi amaran antara 100,000 hingga 200,000 manusia akan meninggal dunia di AS.
  • Perancis akan membayar bilik hotel bagi mangsa penderaan di rumah dan membuka pusat kaunseling selepas peningkatan kes penderaan di negara tersebut.

31 Mac 2020

  • Jumlah kematian di AS melebihi China. Sebanyak lebih dari 3,600 kematian direkodkan di AS.
  • Itali melaporkan peningkatan kes yang lebih perlahan setelah 2 minggu walaupun kadar kematian meningkat sebanyak 812.
  • Sepanyol melaporkan penambahan 800 kes kematian.

1 April 2020

  • AS memberi amaran tentang pandemik ini sebagai krisis paling buruk sejak Perang Dunia Ke-2 dengan sejumlah 922,000 orang di seluruh dunia dikesan dengan virus tersebut.
  • Kadar kematian AS melebihi 4,300 manakala Sepanyol, United Kingdom dan Perancis melaporkan peningkatan kes kematian terbesar dalam sehari.

SUMBER

https://www.who.int/news-room/detail/27-04-2020-who-timeline—covid-19

https://www.thinkglobalhealth.org/article/updated-timeline-coronavirus

https://www.pharmaceutical-technology.com/news/coronavirus-a-timeline-of-how-the-deadly-outbreak-evolved/

Summary
Garis Masa Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia
Article Name
Garis Masa Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia
Description
Garis masa kes COVID-19 di seluruh dunia menunjukkan pertambahan kes yang membimbangkan setiap hari.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: