eden

Garden of EDEN merupakan jenama yang menggunakan kandungan yang berdasarkan bukti dengan rumusan tumbuhan yang terbukti berkesan kepada kulit melalui kajian sains. Terdapat pelbagai rangkaian produk yang terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi untuk kulit sensitif. Antara manfaat produk ini ialah ianya disahkan halal, bebas daripada bahan pengawet, kandungan berasaskan haiwan, wangian tiruan, pewarna, alokohol, mineral oil / paraffin oil / petrochemical serta bebas daripada ujian haiwan. Di sini kami senaraikan produk penjagaan kulit dan muka bagi jenama ini dan produk alternatif.

Garden of EDEN Gentle Milk Cleanser (100ml)

Garden of EDEN Gentle Milk Cleanser (100ml)

RM21.70

Produk ini bebas daripada sabun dan memberikan keberkesanan pembersihan wajah tanpa mengeringkan dan merengsa kulit. Dengan rumusan ekstrak aloe vera, pembersih wajah ini dapat menghidrasikan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut, segar dan bersih. Produk yang didatangkan dengan tiub ini menjadikan ianya mudah untuk digunakan dan sesuai digunakan di mana-mana. Produk ini juga berkesan untuk membersihkan alat solek. Diformulakan dengan bahan berasaskan tumbuhan, produk ini sesuai untuk kulit jenis kering dan sensitif.

Eau Thermale Avène Gentle Milk Cleanser (200ml)

Eau Thermale Avène Gentle Milk Cleanser (200ml)

RM62.23

Dirumuskan dengan Hyaluronic Acid produk ini memberi kelambapan pada wajah. Vitamin E pula dapat melembapkan dan mempunyai memberi perlindungan antioksidan. Kandungan Avene Thermal Spring Water terbukti secara klinikal mampu untuk melembutkan kulit wajah. Sesuai digunakan untuk kuit kering, pencuci muka ini juga mampu untuk menanggalkan alat solek dan memberikan nutrien pada wajah. Cara menggunakan produk ini tidak perlukan bilasan yang mana hanya menggunakan cotton pad atau permukaan jari, ratakan pencuci muka kepada keseluruhan wajah dalam gerakan bulatan. Lapkan lebihan pencuci muka dengan cotton pad. Untuk kesan yang lebih efektif, gunakan toner bersama pada siang dan malam.

Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub (75ml)

Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub (75ml)

RM21.70

Skrub ini membantu untuk mencerahkan kulit anda dengan menanggalkan kulit mati dan lama pada wajah, memberikan kecerahan semulajadi pada wajah. Produk ini boleh digunakan secara berkala selepas mencuci muka. Mengandungi rumusan botani yang kaya yang akan mencerahkan tona wajah dan memperbaiki kulit wajah yang terdedah pada jerawat dengan mengurangkan liang pori yang tersumbat. Produk ini bebas daripada microbeads, paraben dan wangian tiruan.

NIVEA Smooth Rice Face Scrub (Organic Rice Bio Blueberry)

NIVEA Smooth Rice Face Scrub (Organic Rice Bio Blueberry)

RM18.90

Dirumuskan secara organik dengan Bio Blueberry merupakan 100% daripada bahan semulajadi. Biji beras Japonica yang digunakan sebagai scrub dihancurkan dan ditapis serta dikisar dengan jus blueberry, menjadikan sumber semulajadi yang berkesan untuk membuang sel kulit mati tanpa merengsa kulit. Ia dapat menjadikan permukaan wajah lebih lembut dan segar. Produk ini sesuai untuk kulit normal. Gunakan scrub ini dalam empat kali seminggu untuk kesan yang lebih efektif.

Garden of EDEN Soothing Toner

Garden of EDEN Soothing Toner

RM21.70

Toner ini digunakan selepas membersihkan wajah, dirumuskan dengan bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada alkohol. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit kering dan sensitif. Dirumuskan dengan ekstrak hazel witch, agen astringen semulajadi, toner ini dapat membantu untuk meminimumkan pembukaan liang pori sekali gus menjadikan kulit anda segar dan lembut. Ia juga mengandungi ekstrak aloe vera dan ginko biloba yang memberikan kesan menyegarkan terutamanya buat kulit yang mengalami radang.

NUTOX Astringent Toner (125 ml)

NUTOX Astringent Toner (125 ml)

RM29.90

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Diformulasikan dengan pH yang seimbang yang memberikan kesegaran pada kulit. Memberikan 24 jam kelembapan pada kulit untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit wajah. Kulit wajah lebih lembut dan memudahkan pemakaian alat mekap dan mekap tahan lebih lama. Merupakan rangkaian produk Nutox Anti-Ageing. Diformulasikan dengan B-Nest Collagen and Oxyfusion yang memberikan keremajaan pada kulit.

Garden of EDEN Grape E Anti-Aging Serum (5ml)

Garden of EDEN Grape E Anti-Aging Serum (5ml)

RM39.80

Serum ini dirumuskan dengan minyak asli biji anggur & vitamin E semulajadi yang kaya dengan antioksidan. Produk ini berkesan untuk meneutralkan kesan penghapusan radikal percuma yang menyebabkan penuaan pramatang. Selain itu, serum ini memberikan kesan tambahan pada wajah dengan membekalkan nutrien yang penting untuk melembapkan dan menghidupkan semula kulit wajah. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit wajah tampak lebih tegang, muda dan sihat sekali gus melambatkan proses penuaan pada wajah.

Rosken Skin Repair Bio Serum

Rosken Skin Repair Bio Serum

RM25.90

Serum ini merupakan produk penjagaan wajah untuk merawat wajah secara mendalam yang membantu untuk mengurangkan dan merawat masalah kulit seperti kesan regangan, parut, tona wajah tak sekata dan kering serta kulit yang megalami penuaan. Diformulasikan dengan antioksidan Vitamin A dan Vitamin E serta Minyak Chamomile, Minyak Lavender, Minyak Rosemary dan Minyak Rosehip, produk ini dibuktikan secara saintifik mampu untuk mengurangkan kesan parut dan menyahkan bintik pigmen serta mengurangkan kedutan pada wajah.

Garden of EDEN Satin White Day Cream SPF 30++

Garden of EDEN Satin White Day Cream SPF 30++

RM42.60

Krim pencegahan daripada sinaran UV adalah sangat penting pada wajah. Produk ini sangat sesuai untuk krim siang untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak dan sensitif yang mampu memberikan perlindungan sehingga 97% daripada sinar UVB. Krim ini bertindak dengan du acara; melindung daripada sinar UV dan menjadikan kulit wajah lebih cerah. Diformulakan dengan Vitamin C, produk ini mampu mencerahkan kulit dan menjadi tona wajah lebih sekata. Dirumuskan dengan antioksidan yang kuat seperti ekstrak ginko biloba, minyak biji anggur dan vitamin E semulajadi, Satin White mampu melindungi wajah daripada radikal percuma sekali gus mengembalikan kelembapan pada kulit dan menjadikan kulit lebih elastic, untuk impak kulit wajah yang lebih muda, lembut dan licin.  

Sunplay Skin Aqua UV Moist Gel 110g

Sunplay Skin Aqua UV Moist Gel 110g

RM38.90

Mempunyai tekstur gel yang ringan yang diformulasikan untuk muda diratakan pada kulit dan menyerap dengan cepat untuk memberi kemasan yang tidak berkilat. Membantu memberi kelembapan dengan empat kandungan pelembap iaitu Super Hyaluronic Acid, Hyaluronic Acid, Amino Acid dan Hydrolyzed Collagen yang berkesan untuk melembapkan kulit untuk jangka masa yang lama. Lembut pada wajah serta tidak mempunyai wangian, tiada pewarna, tiada minyak mineral serta tiada paraben.

Tagged: