gigit kuku

Apa itu tabiat gigit kuku?

Dalam istilah perubatan, tabiat menggigit kuku dikenali sebagai onychophagia. Individu yang mengalami onychopaghia kebiasaannya tidak sedar akan tingkah laku mereka. Walau bagaimanapun, perbuatan atau tabiat gigit kuku ini berterusan ianya akan memberi impak yang buruk kepada individu tersebut. 

Di Australia, seorang gadis telah dipotong ibu jarinya setelah disahkan menghidap kanser kulit akibat dari tabiat menggigit kuku secara berterusan. Keputusan berkenaan terpaksa diambil bagi mengelakkan ianya menjangkiti bahagian tubuh badan yang lain. 

Kesan Buruk Tabiat Gigit Kuku

1. Radang kuku

Tabiat atau kebiasaan mengigit kuku dapat menimbulkan keradangan pada kuku tersebut. Tanpa anda sedar, air liur anda yang mengandungi satu komposisi kimia yang berguna untuk memecah molekul makanan dan juga lemak membahayakan kulit jari tu sendiri. Malah turut boleh menyebabkan bibir pecah dan kerosakan pada kulit kuku. 

2. Masalah pada gigi

Jika anda suka mengigit jari, anda berkemungkinan mengalami masalah pada gigi. Bukan sahaja gigi digeser bukan di tempat yang sepatutnya malah anda juga berisiko mendapat jangkitan bakteria serta pembengkakan gusi. 

3. Pertumbuhan kuku yang tidak normal

Banyak kesan kesihatan lain apabila anda suka mengigit jari dan antaranya ialah pertumbuhan kuku juga akan turut terjejas. Malah kuku tersebut akan menjadi tumbuh ke dalam. Perkara seperti ini bukanlah perkara normal. 

4. Sakit perut

Jari merupakan salah satu bahagian badan yang mempunyai banyak bakteria dan bila kuku digigit, bakteria ataupun kuman-kuman tersebut akan masuk ke dalam badan anda melalui air liur sehingga ke sistem pencernaan yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.

Cara atasi tabiat gigit kuku 

1. Alihkan perhatian

Bila anda sedar yang anda mempunyai tabiat gigit kuku, anda boleh alihkan perhatian tu dengan buat aktiviti lain yang melibatkan jari jemari seperti ‘fidget spinner’ atau pun bermain dengan ‘slime’. 

2. Sapu krim atau bahan lain pada kuku

Cara ini boleh dikira agak berkesan iaitu dengan menyapu/ mengoles krim atau bahan-bahan lain pada kuku. Jika anda dapat rasa atau bau aroma yang berbeza pada kuku anda, ianya akan membantutkan niat anda untuk menyambung menggigit kuku.

3. Potong kuku

Kuku yang pendek dan kemas dapat membantu mengatasi anda daripada meneruskan tabiat mengigit kuku. Rajin-rajinkanlah juga untuk melakukan rawatan ‘manicure’ untuk memastikan kesihatan kuku korang.  

Harap artikel ini dapat membantu mereka yang suka menggigit kuku membuang tabiat ini.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/why-do-people-bite-their-nails

Summary
Gara-gara Tabiat Gigit Kuku, Jari Terpaksa Dipotong
Article Name
Gara-gara Tabiat Gigit Kuku, Jari Terpaksa Dipotong
Description
Dalam istilah perubatan, tabiat menggigit kuku dikenali sebagai onychophagia. Individu yang mengalami onychopaghia kebiasaannya tidak sedar akan tingkah laku mereka. Walau bagaimanapun, perbuatan atau tabiat gigit kuku ini berterusan ianya akan memberi impak yang buruk kepada individu tersebut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: