Gangguan Personaliti Skizoid
Gangguan Personaliti Skizoid adalah salah satu daripada sekumpulan penyakit yang dikategorikan sebagai kumpulan 'A' atau gangguan personaliti eksentrik.

Gangguan Personaliti Skizoid adalah salah satu daripada sekumpulan penyakit yang dikategorikan sebagai kumpulan ‘A’ atau gangguan personaliti eksentrik. Pesakit yang mengalami gangguan ini sering kelihatan ganjil dan pelik. Mereka sering menjauhkan dan mengasingkan diri daripada individu lain dan tidak peduli mengenai hubungan sosial. Umumnya, mereka adalah seorang yang suka bersendiri, dan lebih suka melakukan aktiviti secara bersendirian dan jarang mengekspresikan emosi kepada individu lain.

Adakah Gangguan Personaliti Skizoid mempunyai kaitan dengan skizofrenia? Jawapannya, tidak. Nama kedua-dua gangguan ini kedengaran serupa dan mungkin mempunyai simptom yang sama, tetapi penyakit gangguan personaliti schizoid tidak sama langsung seperti skizofrenia. 

Walaupun pesakit Gangguan Personaliti Skizoid cenderung memilih pekerjaan yang membolehkan mereka berkerja sendirian seperti pegawai keselamatan waktu malam, pustakawan atau pekerja makmal, ramai pesakit dapat berfungsi dengan baik

Simptom Gangguan Personaliti Skizoid

Pesakit yang mengalami Gangguan Personaliti Skizoid sering menyendiri bahkan ada yang merancang untuk tinggal bersendirian sepanjang hidup mereka bagi mengelakkan hubungan dengan orang lain. Ramai di antara mereka tidak pernah berkahwin atau mungkin hidup bersama ibu bapa mereka sehingga dewasa.

Simptom-simptom lain yang dialami oleh pesakit gangguan ini termasuklah:

  • Mereka tidak menginginkan hubungan yang rapat walaupun dengan ahli keluarga.
  • Mereka memilih pekerjaan dan aktiviti yang membolehkan mereka bersendirian.
  • Mereka hanya berminat untuk melakukan beberapa aktiviti
  • Mereka tidak mempunyai kawan rapat, kecuali saudara-mada pertama (adik-beradik).
  • Mereka mempunyai kesulitan untuk mengaitkan diri mereka dengan individu lain.
  • Mereka tidak peduli dengan pujian atau kritikan.
  • Mereka suka menyendiri dan hanya menunjukkan emosi yang sedikit.
  • Mereka kuat berangan, berkhayal atau mencipta fantasi yang jelas dalam kehidupan dalaman yang rumit.

Punca Gangguan Personaliti Skizoid

Punca sebenar gangguan personaliti schizoid masih tidak diketahui. Namun begitu ia dianggap mempunyai kaitan dengan faktor gabungan seperti genetic dan persekitaran.  

Personaliti seseorang dibentuk oleh pelbagai faktor termasuklah kecenderungan dan sifat yang diwarisi, pengalaman zaman kanak-kanak, keibubapaan, pendidikan, dan interaksi sosial. Kesemua faktor ini memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada perkembangan gangguan personality skizoid

Diagnosis Gangguan Personaliti Skizoid

Sekiranya anda prihatin tentang simptom yang anda alami, anda boleh bermula dengan berjumpa doktor anda dan berbincang mengenai simtom anda. Doktor akan menilai simptom dan menyemak sejarah perubatan anda yang mungkin menyumbang kepada simptom anda.

Dalam kebanyakan kes, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar kesihatan mental. Seterusnya, mereka akan menggunakan kritea diagnostic DSM-5 untuk mengesahkan sekurang-kurangnya empat simptom yang berkaitan dengan Gangguan Personaliti Skizoid seperti berikut:

  • Kurang berkeinginan atau berminat untuk menjalinkan hubungan peribadi yang rapat.
  • Sentiasa memilih aktiviti yang bersendirian
  • Mempunyai sedikit keinginan untuk melakukan hubungan seksual dengan individu lain atau tiada langsung keinginan tersebut.
  • Hanya merasai sedikit keseronokan apabila melakukan sebarang aktiviti
  • Tiada kawan rapat selain daripada keluarga terdekat
  • Tidak peduli terhadap kritikan atau pujian
  • Mengalami pemisahan emosi (emotional detachment) dan kurang menunjukkan ekspresi emosi

Gangguan Personaliti Skizoid sering didiagnosis oleh pakar psikiatri atau pakar kesihatan mental yang terlatih dalam mendiagnosis dan merawat gangguan personaliti.

Doktor perubatan am kebiasannya kurang berpengalaman dan latihan untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan kesihatan mental. Terutama sekali apabila berhadapan dengan kes gangguan mental yang jarang berlaku seperti Gangguan Personaliti Skizoid ini. Ia cenderung disalah anggap sebagai gangguan yang lain.

Selalunya, individu yang mengalami Gangguan Personaliti Skizoid jarang mencari rawatan dengan sendirinya. Hanya selepas simptom gangguan menjadi semakin teruk dan telah banyak mengganggu pelbagai aspek dalam kehidupan mereka, barulah rawatannnya dicari.

Faktor Risiko Gangguan Personaliti Skizoid

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko anda untuk menghidap Gangguan Personaliti Skizoid termasuklah:

  • Mempunyai ibu bapa atau saudara-mara yang menghidapi Gangguan Personaliti Skizoid, gangguan personaliti skizotipal atau skizofrenia
  • Mempunyai ibu bapa yang bersifat dingin dan tidak peduli atau tidak responsif terhadap keperluan emosi anak mereka

Rawatan Gangguan Personaliti Skizoid

Sekiranya anda mengalami gangguan personality skizoid, anda mungkin lebih suka bersendirian dan melakukan hal anda sendir tanpa melibatkan individu lain, termasuklah doktor. Anda juga mungkin sudah terbiasa dengan keadaan hidup anda yang tidak memerlukan sebarang emosi, sehingga anda menjadi tidak pasti sama ada anda ingin berubah atau boleh berubah.  

Anda mungkin bersetuju untuk menjalani rawatan atas desakan ahli keluarga yang lain yang mengambil berat tentang keadaan anda.

Bantuan daripada pakar kesihatan mental professional yang berpengalaman bolhe membantu anda merawat gangguan personaliti ini dan menguruskan simptom yang dialami. Pilihan rawatan yang terdia termasuklah:

  • Terapi percakapan (psikoterapi). Sekiranya anda ingin mengubah keadaan anda dan belajar untuk menjalin hubungan dengan individu lain, terapi tingkah laku kognitif dapat membantu anda mengubah kepercayaan dan tingkah laku anda kea rah yang lebih positif.
    Ahli terapi selalunya memahami keperluan ruang peribadi anda dan kesukaran yang anda hadapi untuk berkongsi tentang kehidupan dalaman anda. Mereka boleh membantu dengan mendengar dan membimbing anda tanpa paksaan.
  • Terapi kumpulan. Matalmat rawatan ini bertujuan supaya anda dapat berinteraksi dengan individu lain yang juga mempunyai keadaan yang serupa dengan anda dan sedang berlatih menggunakan kemahiran interpersonal yang dipelajari. Pada masa yang sama, terapi kumpulan boleh menyediakan sistem sokongan serta meningkatkan kemahiran sosial anda.
  • Ubat-ubatan. Walaupun masih tiada ubat khusus untuk merawat Gangguan Personaliti Skizoid, ubat tertentu dapat membantu mengawal simptom seperti kebimbangan atau kemurungan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/schizoid-personality-disorder/symptoms-causes/syc-20354414

https://www.webmd.com/mental-health/mental-health-schizoid-personality-disorder#1

https://www.psychologytoday.com/intl/conditions/schizoid-personality-disorder

Summary
Article Name
Gangguan Personaliti Skizoid (Schizoid Personality Disorder) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Gangguan Personaliti Skizoid adalah salah satu daripada sekumpulan penyakit yang dikategorikan sebagai gangguan personaliti eksentrik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: