gagap
Setiap individu mempunyai kemungkinan bagi keadaan ini. Ia mungkin berlaku disebakan tekanan ingin menghadapi temuduga kerja, bercakap dengan perkhidmatan kecemasan di telefon atau semasa membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Gagap adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang masih belajar untuk bercakap, dan boleh berlaku pada sesiapa atas beberapa faktor. Dianggarkan bahawa kanak-kanak lelaki adalah lima kali lebih banyak mengalami gagap berbanding kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, majoriti kanak-kanak akan pulih daripadanya. Pada masa yang sama, gangguan pertuturan ini boleh menjejaskan kurang daripada 1 peratus daripada semua individu dewasa.

Setiap individu mempunyai kemungkinan bagi keadaan ini. Ia mungkin berlaku disebakan tekanan ingin menghadapi temuduga kerja, bercakap dengan perkhidmatan kecemasan di telefon atau semasa membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kes, masalah ini berterusan dan memerlukan bantuan profesional seperti terapi pertuturan.

Simptom Gagap

Seseorang yang gagap sering mengulangi perkataan atau sebahagian perkataan, serta cenderung untuk memanjangkan bunyi ucapan tertentu. Mereka juga mungkin sukar untuk memulakan beberapa perkataan. Sesetengahnya mungkin menjadi tegang ketika mula bercakap, mata mungkin berkedip dengan cepat dan bibir atau rahang mereka menjadi gementar ketika mereka cuba berkomunikasi secara lisan.

Keadaan mulut seperti menjadi tersekat walaupun ketika mulut mereka berada dalam kedudukan yang tepat untuk menuturkan perkataan tertentu. Malah, keadaan ini mungkin berlangsung selama beberapa saat. Kadangkala, perkataan yang dikehendaki diucapkan atau kata perkataan lain (tidak berkaitan) digunakan untuk melambatkan pemulaan kata yang merupakan punca masalah tersebut. Contohnya termasuk kata-kata seperti “um,” “seperti,” “maksud saya,” “baik,” atau “umm.”

Tanda-tanda dan gejala yang sering dikaitkan dengan masalah ini adalah seperti:

  • Masalah untuk memulakan perkataan, frasa atau ayat.
  • Keraguan sebelum bunyi tertentu perlu diucapkan.
  • Mengulangi bunyi, perkataan atau suku kata.
  • Bunyi pertuturan tertentu mungkin berpanjangan.
  • Ucapan boleh keluar dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Perkataan dengan bunyi tertentu diganti untuk perkara lain (circumlocution).

Perkara di bawah juga mungkin terjadi ketika seseorang yang mempunyai masalah pertuturan:

  • Mata berkelip dengan pantas.
  • Bibir menjadi gemetar.
  • Kaki tidak boleh duduk diam.
  • Rahang yang gementar.
  • Muka atau bahagian atas badan seolah-olah tegang.

Punca Gagap

Terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah ini, termasuklah:

  • Sejarah keluarga yang gagap.
  • Dinamika keluarga.
  • Eurofisiologi
  • Pembangunan semasa zaman kanak-kanak

Kecederaan otak akibat strok juga boleh menyebabkan kegagapan neurogenik. Manakala, trauma emosi yang teruk pula boleh menyebabkan kegagapan psikogenik.

Diagnosis Gagap

Ahli patologi bahasa pertuturan boleh membantu mendiagnosis masalah ini. Tiada ujian invasif yang diperlukan. Lazimnya, anda atau anak anda boleh menerangkan gejala gagap, dan ahli patologi bahasa pertuturan dapat menilai seteruk mana masalah gagap tersebut.

Faktor Risiko Gagap

Lelaki lebih cenderung untuk mengalami masalah gagap berbanding perempuan. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kegagapan termasuklah:

  • Kelewatan tumbesaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan atau masalah pertuturan lain mungkin lebih cenderung untuk menjadi gagap.
  • Mempunyai saudara-mara yang gagap. Masalah gagap cenderung untuk diwarisi dalam kalangan ahli keluarga.
  • Tekanan. Tekanan dalam keluarga, jangkaan ibu bapa yang terlalu tinggi atau tekanan lain boleh memburukkan lagi masalah gagap yang sedia ada.

Rawatan Gagap

Tidak semua kanak-kanak yang gagap akan memerlukan rawatan kerana ia biasanya sembuh sendiri seiring dengan masa. Biasanya, terapi pertuturan adalah pilihan baik bagi sesetengah kanak-kanak.

Terapi pertuturan

Terapi pertuturan boleh mengurangkan gangguan dalam ucapan dan meningkatkan keyakinan anak anda. Terapi ini sering memberi tumpuan untuk mengawal corak ucapan dengan menggalakkan anak anda untuk memantau kadar ucapan, sokongan nafas, dan tekanan laryngeal mereka.

Calon terbaik bagi terapi pertuturan adalah mereka yang:

  • Telah mengalami masalah gagap selama tiga hingga enam bulan.
  • Gagap ketika bertutur.
  • Mengalami kesukaran atau kesulitan emosi kerana gagap.
  • Mempunyai sejarah masalah gagap dalam keluarga

Ibu bapa juga boleh menggunakan teknik terapeutik untuk membantu anak mereka kurang sedar akan masalah gagap yang dialami. Mendengar dengan sabar adalah penting, seperti mengetepikan masa untuk bercakap.

Seorang ahli terapi pertuturan juga boleh membantu ibu bapa mempelajari cara sesuai untuk membetulkan masalah kegagapan kanak-kanak.

Rawatan lain

Peranti elektronik boleh digunakan untuk merawat masalah gagap. Ia dapat menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap lebih perlahan dengan memainkan semula rakaman suara apabila mereka bercakap dengan cepat. Selain itu, terdapat juga peranti yang dipakai, seperti alat bantu pendengaran. Alat ini boleh membuat bunyi latar belakang yang mengganggu dan telah diketahui dapat membantu mengurangkan kegagapan.

Tiada penggunaan ubat yang terbukti dapat mengurangkan masalah ini. Namun begitu, penyelidikan terkini menunjukkan terdapat hiperaktiviti otot yang mempengaruhi ucapan dan ubat-ubatan mungkin boleh membantu untuk memperlambatkan hiperaktif.

Di samping itu, terapi alternatif seperti akupunktur, rangsangan elektrik pada otak dan teknik pernafasan juga telah dikaji namun dilihat seperti tidak berkesan.

SUMBER

https://patient.info/brain-nerves/stammer-stutter

https://www.webmd.com/children/guide/how-to-help-stammering-child

https://stamma.org/about-stammering/what-stammering

Summary
Gagap (Stammering) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Gagap (Stammering) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Gagap adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang masih belajar untuk bercakap, dan boleh berlaku pada sesiapa atas beberapa faktor.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: