Foundation untuk kulit berminyak
Foundation untuk kulit berminyak sukar didapati yang bersesuaian dan hal ini menyusahkan. Semuanya hilang dalam beberapa jam, dan wajah anda mulai bersinar seolah-olah anda mandi minyak.

Foundation untuk kulit berminyak sukar didapati yang bersesuaian dan hal ini menyusahkan. Semuanya hilang dalam beberapa jam, dan wajah anda mulai bersinar seolah-olah anda mandi minyak.

Walaupun anda menjumpai produk yang tepat, semuanya mungkin mahal dan terlalu berat untuk diletakkan di dalam beg sandang.

1. Maybelline Fit Me Foundation

Maybelline Fit Me Foundation diformulasikan untuk menjadi foundation yang ringan, matte poreless. Ia sesuai untuk wajah berminyak kerana ia benar-benar mengawal kilauan berlebihan sehingga foundation tetap matte di wajah anda untuk jangka masa yang lebih lama.

Maybelline Fit Me Foundation adalah asas harian yang sangat berpatutan yang menjanjikan anda warna semula jadi yang sempurna.

Maybelline Fit Me Foundation

2. Nyx Total Control Drop Foundation

Nyx Total Control Drop Foundation sesuai dengan namanya ia foundation khas untuk anda yang kulit berminyak. Dengan tekstur yang sedikit berair, anda perlukan 2 titisan untuk liputan yang kelihatan semula jadi atau 5 titisan untuk solekan yang lebih glam!

Tak perlu risau kerana ia merupakan buildable foundation yang tidak akan membuatkan solekan anda kelihatan tebal. Ia mempunyai kemasan matte membolehkan foundation kekal di wajah anda untuk waktu yang lama sebelum sebarang kilauan minyak mula muncul.

Nyx Total Control Drop Foundation

3. Nars Liquid Foundation

Nars Liquid Foundation memberikan full coverage yang membuat anda kelihatan cantik dalam setiap foto. Walaupun di luar gambar, warna foundation anda tampak neutral, semula jadi dan kelihatan seperti kulit kedua.

Dengan konsistensi halus berkrim, ia dapat disapu pada wajah anda dengan mudah dan serata untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit anda. Malah, bagi foundation berasaskan air ini, ia lebih sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi. Rasanya ringan dan nipis sehingga kulit anda sama sekali tidak terasa berat.

Mengandungi bahan semula jadi seperti buah raspberi, epal dan tembikai yang melembutkan serta meningkatkan penampilan kulit anda dengan pantas.

Nars Liquid Foundation

4. Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup

Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup dapat membantu meratakan warna kulit anda dengan kesan mattfying, walaupun dengan kulit berminyak yang cenderung menghasilkan sebum yang berlebihan. Foundation ini membantu memastikan kilauan tetap terkawal tanpa terlalu berkilau! Oleh kerana formula ini tahan lama, ia kekal pada kulit anda seperti ia baru digunakan dalam jangka masa yang panjang!

Foundation Estee Lauder ini mempunyai medium coverage ketika pertama kali digunakan.

Walau bagaimanapun, ia merupakan buildable foundation yang boleh ditambah titisan penggunaan untuk kemasan yang lebih sempurna.

Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup

5. Revlon ColorStay (Combination/Oily Skin)

Ia serata pada kulit anda dengan mudah dan memberikan full coverage yang membantu menyembunyikan liang pori. Produk ini juga mengurangkan minyak kulit agar kekal pada kulit sepanjang hari tanpa menampakkan garis halus. Tahan selama 6 hingga 7 jam, memberikan anda kemasan matte.

Revlon ColorStay (Combination/Oily Skin)

6. NYX Powder Foundation

Pengguna produk ini mendakwa bahawa bedak asas dari Nyx berfungsi sama seperti produk mewah lain.

Ia memberikan hasil yang luar biasa untuk memberi anda full coverage tanpa kelihatan bercapuk seperti produk serbuk. Produk ini terdapat dalam pembungkusan ringkas, jadi senang dibawa ke mana sahaja.

Terdapat pelbagai warna untuk dipilih, malah sesuai untuk wanita berkulit berminyak dari semua warna kulit.

NYX Powder Foundation

7. L’OREAL Infallibel Pro-Matte Foundation

Foundation ini memberi anda kemasan matte dan memastikan agar minyak tidak kelihatan sehingga 24 jam. Ia mempunyai medium coverage dan sangat sesuai untuk penggunaan seharian.

Produk itu sendiri ringan dan berkrim. Ia diratakan pada wajah dengan mudah, mewujudkan asas yang sempurna dan menyembunyikan ketidaksempurnaan.

 L’OREAL Infallibel Pro-Matte Foundation

8. Mark Powder Buff Natural Skin Foundation

Semua dalam satu, ini adalah produk yang sangat baik untuk dimiliki. Ia diratakan pada kulit dengan mudah, memberi anda full coverage dan mencegah penampakan minyak.

Ia boleh dianggap sebagai alternatif yang lebih murah untuk bedak MAC dan bermanfaat bagi mereka yang tidak mahir menggunakan foundation jenis cecair.

Mark Powder Buff Natural Skin Foundation

9. RIMMEL Stay Matte

Sekiranya anda mencari foundation terbaik untuk kulit berminyak, maka inilah dia. Rimmel Stay Matte adalah sesuatu yang patut disebutkan.

Mereka mempunyai pelbagai jenis produk hanya untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Foundation ini ringan dan mempunyai tekstur airy mousse yang akan menjadikan kulit anda tidak berminyak sepanjang hari.

Pastikan anda memakai RIMMEL Stay Matte Primer sebelumnya, agar foundation anda serata pada kulit dan mengurangkan penampakan liang pori, menjadikannya kemasan secara semula jadi.

RIMMEL Stay Matte

10. Shu Uemura Petal Skin Cushion Foundation

Adakah anda peminat kelopak bunga? Berita baik kerana Shu Uemura’s Petal Skin Cushion Foundation 364 membantu menyerap sebum pada kulit anda dengan mudah, menjadikannya halus dan berseri seperti kelopak bunga.

Sebagai bonus, foundation ini diselitkan dengan ramuan kelopak bunga sakura asli.

 Shu Uemura Petal Skin Cushion Foundation

SUMBER

  • https://www.stylecraze.com/articles/best-drugstore-foundations-for-oily-skin/
  • https://findgoodbuy.com/best-foundation-malaysia/
  • https://productnation.co/my/beauty/10739/best-foundation-oily-skin-malaysia/

Summary
Article Name
Kenali foundation untuk kulit berminyak yang popular
Description
Foundation untuk kulit berminyak sukar didapati yang bersesuaian dan hal ini menyusahkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: