fosim domestic
FoSIM Domestic merupakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik. Tujuan ia dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

FoSIM Domestic merupakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik. Tujuan ia dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau dan melaksanakan program kawalan untuk mengurangkan risiko sebarang pencemaran daripada berlaku. Usaha ini sekaligus bagi memastikan kebersihan makanan yang disediakan dan dibeli oleh pengguna adalah bersih dan selamat.

Premis makanan domestik perlulah mendaftarkan diri dalam FoSIM Domestic agar berada dalam senarai berdaftar di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di dalam Peraturan 3 Bahagian 2, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983, semua premis makanan mestilah mendaftarkan premis mereka dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi mana-mana pemilik premis makanan yang gagal untuk mendaftarkan premis makanan mereka melalui FoSIM Domestic akan dikenakan tindakan kompaun RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Kategori Premis Makanan Yang Wajib Didaftar

Semua kategori premis makanan seperti berikut adalah wajib serta perlu didaftarkan dan dilaksanakan mulai Mac 2010. Kategori premis makanan adalah seperti berikut:

1. Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan

2. Semua premis makanan yang terlibat dalam perkhidmatan katering dan katering makanan secara besar-besaran

3. Semua premis makanan yang menyediakan makanan yang disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan. Contohnya seperti restoran, kedai makan, gerai, kantin, penjaja, warung dan sebagainya.

4. Semua kenderaan yang menjual makanan sedia dimakan dan dijual. Contohnya seperti van yang digunakan untuk menjual nasi campur, lori bergerak yang digunakan untuk menjual pasembor dan sebagainya.

Kaedah Mendaftar Premis Makanan

Dengan adanya FoSIM Domestic, pendaftaran premis makanan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang. Namun begitu, ia boleh juga dilakukan secara manual dnegan mengisi borang pendaftaran yang diperolehi di Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

Bagaimana untuk mendaftar

1. Layari lawan sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my

2. Ikuti langkah – langkah pendaftaran seperti berikut :

  • Baca dan fahami langkah untuk mendaftar bagi pengguna kali pertama.
  • Isi borang pendaftaran premis makanan berdasarkan kategori premis anda.
  • Selepas selesai mengisi borang pendaftaran pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti.

Apa yang diperlukan bagi melancarkan proses pendaftaran anda?

1. No kad pengenalan

2. Maklumat perniagaan

3. No sijil SSM

2. Lesen pihak berkuasa tempatan

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku pendaftaran FoSIM domestic adalah selama 3 tahun. Pengusaha atau pemilik premis perlulah mendaftar semula sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh. Pendaftaran adalah percuma, mudah dan pantas!

Kesalahan dan Hukuman

Bagi mana-mana pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan ini merupakan satu kesalahan dan akan disabitkan, denda tidak lebih daripada RM10,000 ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun

Bantuan Khidmat Nasihat

Sebarang pertanyaan atau permasalahan yang berkaitan dengan pendaftaran premis makanan anda boleh diajukan melalui talian 03-88833558 atau melalui e-mel di alamat domestichelpdesk@moh.gov.my.

Setiap pemilik premis makanan perlulah maklum tentang tanggungjawab mereka untuk mendaftarkan perniagaan mereka melalui FoSIM Domestic.

Hal ini bukannya menambahkan lagi beban mereka, tetapi membolehkan lebih banyak pelanggan mempercayai kebersihan dan ketelusan perniagaan mereka. Lebih banyak pelanggan yang datang lebih banyak keuntungannya.

Malah, FoSIM Domestic tidak direka untuk menyusahkan pengguna, ia mudah dan percuma. Anda belum mendaftar lagi? Ayuh mulakan sekarang!

SUMBER

https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/risalah/pdf/59_premis_makanan.pdf

http://www.myhealth.gov.my/pendaftaran-premis-makanan/

https://melakakini.my/kawal-rantai-makanan-minimum-risiko-pencemaran/

Summary
FoSIM Domestic : Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia untuk Domestik
Article Name
FoSIM Domestic : Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia untuk Domestik
Description
FoSIM Domestic merupakan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik. Tujuan ia dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: