fobia
Fobia adalah sejenis gangguan kegelisahan

Fobia adalah sejenis gangguan kegelisahan yang menyebabkan seseorang mengalami ketakutan yang ekstrem dan tidak rasional terhadap sesuatu. Gangguan kegelisahan yang menyebabkan seseorang mengalami ketakutan yang ekstrem dan tidak rasional berkenaan satu situasi, makhluk hidup, tempat atau objek.

Apabila seseorang mempunyai keadaan ini, mereka biasanya sering mengelak daripada perkara-perkara yang dianggap berbahaya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka ketakutan biasanya dirasakan seperti boleh memberi ancaman kepada mereka tetapi ia sebenarnya tidak begitu.

Jenis Fobia

Jenis spesifik yang paling biasa berlaku termasuklah:

  • Klaustrofobia: Takut berada di dalam ruang terhad.
  • Aerofobia: Takut untuk terbang.
  • Arachnofobia: Takut kepada labah-labah.
  • Fobia memandu: Takut memandu kereta.
  • Emetofobia: Takut muntah.
  • Erithrofobia: Takut kepada kemerahan.
  • Hipokondria: Takut menjadi sakit.
  • Zoofobia: Takut kepada haiwan.
  • Aquafobia: Takut air.
  • Akrofobia: Takut ketinggian.
  • Fobia terhadap darah, kecederaan dan suntikan (BII): Takut akan kecederaan yang melibatkan darah.
  • Eskalafobia: Takut pada eskalator.
  • Fobia terowong: Takut dengan terowong.

Ini hanyalah beberapa jenis Fobia tertentu. Individu boleh mengembangkannya hampir terhadap apa-apa sahaja. Apabila masyarakat berubah, senarai ini juga mungkin berubah. Sebagai contoh, nomofobia adalah ketakutan hidup tanpa telefon bimbit atau komputer.

Simptom Fobia

Individu yang mengalami ketakutan boleh mengalami simptom seperti:

  • Kegelisahan yang tidak terkawal apabila berhadapan dengan sumber yang menyebabkan ketakutan.
  • Berasa seperti harus mengelakkan semua perkara yang boleh menyebabkan ketakutan itu.
  • Tidak dapat berfungsi dengan betul apabila ketakutan itu hadir.
  • Mengetahui bahawa ketakutan tersebut adalah tidak rasional, berlebihan dan digabungkan dengan ketidakupayaan untuk mengawal perasaan sendiri.

Punca Fobia

Banyak perkara yang masih tidak diketahui tentang punca sebenar yang menyebabkan fobia tertentu. Punca mungkin merangkumi:

  • Pengalaman negatif. Banyak yang terjadi kerana mengalami pengalaman negatif atau serangan panik yang berkaitan dengan objek atau situasi tertentu.
  • Genetik dan persekitaran. Mungkin terdapat kaitan antara anda dengan Fobia atau kebimbangan ibu bapa anda. Keadaan ini mungkin terjadi disebabkan oleh genetik atau tingkah laku yang dipelajari.
  • Fungsi otak. Perubahan fungsi otak juga boleh memainkan peranan dalam membangunkan Fobia tertentu.

Diagnosis Fobia

Diagnosis Fobia yang spesifik dilakukan berdasarkan temu ramah klinikal dan garis panduan diagnostik. Doktor akan bertanyakan soalan mengenai simptom anda dan mengambil sejarah perubatan, psikiatri dan sosial anda. Beliau boleh menggunakan kriteria diagnostik dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5).

Faktor Risiko Fobia

Faktor-faktor ini boleh meningkatkan risiko anda seperti:

  • Umur. Muncul pada zaman kanak-kanak, biasanya pada usia 10 tahun, tetapi boleh berlaku di kemudian hari.
  • Keluarga. Jika seseorang dalam keluarga anda mempunyai Fobia atau kebimbangan tertentu, anda juga lebih cenderung untuk membangunkannya. Ini mungkin diwarisi, atau kanak-kanak mungkin mempelajari Fobia tertentu dengan memerhatikan tindak balas Fobia daripada ahli keluarga kepada objek atau keadaan tertentu.
  • Kelakuan. Risiko anda mungkin meningkat jika anda lebih sensitif, lebih mudah terganggu atau lebih negatif daripada norma sedia ada.
  • Pengalaman yang negatif. Mengalami peristiwa traumatik yang menakutkan, seperti terperangkap dalam lif atau diserang oleh haiwan boleh mencetuskan perkembangan tertentu.
  • Mempelajari pengalaman negatif. Pendengaran tentang maklumat atau pengalaman negatif, seperti kemalangan pesawat boleh membawa kepada perkembangan tertentu.

Rawatan Fobia

Masalah ketakutan ini adalah keadaan yang boleh dirawat dan individu yang mempunyai Ia biasanya selalu menyedari akan gangguan ini. Malah, perkara ini akan banyak membantu dalam proses diagnosis.

Bercakap kepada ahli psikologi atau psikiatri adalah langkah pertama yang berguna dalam merawat masalah yang telah dikenalpasti.

Sekiranya ia tidak menimbulkan masalah yang serius, kebanyakan individu mendapati bahawa mengelakkan sumber ketakutan mereka boleh membantu mereka  berada dalam keadaan yang terkawal. Selain itu, ramai juga yang mengalami Fobia tertentu tidak mendapatkan rawatan kerana ia boleh dikawal.

Ianya tidak mustahil untuk mengelakkan pencetus beberapa Fobia, seperti yang sering berlaku dengan Fobia yang kompleks. Dalam kes-kes ini, berunding dengan seorang pakar kesihatan mental boleh menjadi langkah pertama untuk memulihkan keadaan anda.

Kebanyakannya dapat disembuhkan dengan rawatan yang sesuai. Tiada rawatan tunggal yang berfungsi untuk setiap individu jadi rawatan perlu disesuaikan dengan individu agar ia berkesan.

Doktor, pakar psikiatri, atau ahli psikologi boleh mengesyorkan terapi tingkah laku, ubat-ubatan, atau gabungan kedua-duanya sekali. Terapi bertujuan untuk mengurangkan simptom ketakutan dan kegelisahan serta membantu seseorang mengawal reaksi mereka terhadap objek Fobia mereka.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/phobia-simple-specific

https://www.medicalnewstoday.com/articles/249347

https://www.verywellmind.com/list-of-phobias-2795453

Summary
Fobia (Phobia) - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Fobia (Phobia) - Jenis, Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Fobia adalah sejenis gangguan kegelisahan yang menyebabkan seseorang mengalami keadaan yang ekstrem dan tidak rasional terhadap sesuatu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: