Now Reading
Fisioterapi – Pergerakan

Fisioterapi – Pergerakan

Fisioterapi

Pengenalan

Fisioterapi adalah rawatan kecederaan, penyakit dan gangguan melalui kaedah fizikal seperti senaman, urut, manipulasi dan rawatan lain seperti ubat-ubatan dan pembedahan. Rawatan ini bertujuan untuk mengembalikan kemampuan pergerakan dan fungsi kepada potensi penuh seseorang.

Selain itu, fisioterapi adalah kemahiran bebas di mana pengamal membuat keputusan rawatan sendiri dan penilaian klinikal. Mereka sentiasa menilai semula hasil rawatan mereka dan menyesuaikan pendekatan yang dibuat.

Kepakaran pakar fisioterapi

Pakar fisioterapi akan membantu individu yang mengalami kecederaan, penyakit atau kecacatan melalui pergerakan dan senaman, terapi manual, pendidikan dan nasihat. Mereka menjaga kesihatan bagi individu dari segala usia, membantu pesakit untuk menguruskan kesakitan dan mencegah penyakit. Kepakaran ini juga dapat membantu mendorong perkembangan dan membantu dalam proses pemulihan, bagi membolehkan individu tetap bekerja sambil menolong mereka kekal berdikari selama mungkin.

Ahli fisio menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk memperbaiki pelbagai keadaan berkaitan dengan sistem tubuh yang berbeza, seperti:

  • Neurologi (strok, sklerosis berganda, Parkinson)
  • ‘Neuromusculoskeletal’ (sakit belakang, gangguan berkaitan ‘whiplash’, kecederaan sukan, artritis)
  • Kardiovaskular (penyakit jantung kronik, pemulihan selepas serangan jantung)
  • Pernafasan (asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik, fibrosis sista)

Bila anda perlu dapatkan rawatan

Anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi jika anda mengalami kecederaan, atau sakit kronik yang mempengaruhi bagaimana fungsi harian anda. Seorang doktor boleh merujuk anda ke bahagian fisioterapi selepas pembedahan seperti penggantian pinggul, atau kejadian seperti serangan jantung atau strok.

Pergerakan yang terhad, corak pergerakan tidak cekap dan masalah ‘muskuloskeletal’ yang mendasari dapat menunjukkan bahawa anda mengalami kecederaan berulang. Ini adalah beberapa tanda bahawa anda mungkin memerlukan fisioterapi.

  • Selalu letih

Sekiranya anda menderita sakit bahu atau punggung, ia mungkin sukar untuk tidur dengan nyenyak. Mengurangkan kesakitan dapat membantu anda tidur lena dan bangun dengan rasa yang segar.

  • Mengalami sakit kepala

Sakit kepala boleh terjadi disebabkan postur yang lemah dan ketegangan otot di rahang atau leher. Jika masalah sakit kepala anda teruk, pakar fisio akan merujuk anda kepada profesional perubatan.

  • Mengalami rasa sakit tajam di tumit

Sekiranya anda berasa sakit pada tumit, terutama pada waktu pagi, itu boleh menjadi tanda berlakunya ‘plantar fasciitis’. Pakar fisioterapi dapat membantu meredakan gejala anda dengan ‘taping’ dan urutan tisu lembut dan membantu anda melakukan regangan yang bermanfaat.

  • Banyak tersadung

Sekiranya anda sukar untuk mengimbangkan diri lebih banyak daripada biasa, ini mungkin berlaku disebabkan masalah dengan telinga dalaman anda. Rawatan fisioterapi yang disebut pemulihan ‘vestibular’ dapat digunakan untuk mengatasi gejala ini.

  • Pergerakan terhad

Mengekalkan gerakan yang baik dapat mengurangkan risiko kecederaan anda. Sekiranya anda mempunyai masalah yang membebankan pergerakan anda, ahli fisioterapi dapat membantu anda melakukan strategi yang sesuai untuk membantu meningkatkan pergerakan.

  • Sakit telinga

Sekiranya anda kerap mengalami sakit telinga, bunyi ‘click’ ketika makan, sakit leher, sakit muka atau sakit kepala, anda mungkin menderita disfungsi rahang (TMJ). Pakar fisioterapi boleh membantu anda mengatasi kesakitan ini dan memperbaiki masalah dengan teknik seperti mobilisasi, urutan dan jarum kering.

  • Mempunyai ‘shin splints’

Sekiranya kesakitan di bahagian tulang belakang menghalang latihan anda, dan jika anda berasa seperti sesuatu yang tidak kena, ia kemungkinan memang tidak kena. Dengan perjumpaan doktor, anda mungkin akan menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Doktor anda juga mungkin mahu memerhatikan bagaimana anda berlari untuk mencari masalah yang berkaitan.

Prosedur rawatan

Terdapat banyak pendekatan rawatan fisioterapi yang berbeza seperti di bawah.

Latihan pelbagai gerakan (range of motion – ROM)

Walaupun rawatan rehat sering diperlukan semasa peringkat awal pemulihan disebabkan kepatahan tulang atau pembedahan, jangka masa di mana anda tidak bergerak dapat memanjangkan atau menggagalkan proses penyembuhan. Atas sebab ini, ahli fisioterapi sering menetapkan pelbagai latihan gerakan untuk mendorong pergerakan, meningkatkan pergerakan sendi dan memudahkan peredaran darah. Latihan ROM digunakan oleh sebilangan pengamal penjagaan kesihatan untuk membantu pesakit dengan pergerakan terhad meningkatkan fleksibiliti dan mempertahankan kebebasan mereka.

Pergerakan tisu lembut

Ini juga disebut sebagai terapi urut, di mana ia dapat membantu merehatkan otot pesakit dan mengurangkan bengkak di kawasan tertentu, menjadikan rawatan ini sangat baik untuk menghilangkan rasa sakit yang berkaitan dengan kecederaan atletik. Urutan tisu lembut juga membantu melancarkan aliran darah dan limfa, serta mengurangkan pembengkakan tisu di sekitar sendi yang meradang.

Elektroterapi

Elektroterapi adalah evolusi teknik fisioterapi berasaskan tenaga yang lebih baru. Dalam rawatan ini, rangsangan elektrik disediakan dengan melekatkan elektrod ke kulit. Elektrod ini menyebabkan otot menjadi pendek, yang seterusnya membantu mencegah atrofi. Ia paling baik digunakan pada pesakit yang lumpuh atau mempunyai pergerakan yang sangat terhad. Selain itu, prosedur ini juga dapat digunakan bersama dengan terapi laser dan ultrabunyi.

Terapi ‘Cryotherapy’ dan haba

Otot yang sakit dan kaku adalah keluhan yang biasa oleh mereka yang bekerja di meja dan atlet profesional. Sekiranya pesakit mengadu mengalami ketegangan otot di mana-mana bahagian badan mereka, ia mungkin bermanfaat untuk menggunakan terapi panas atau sejuk ke kawasan yang terjejas. Terapi haba merangkumi penggunaan pek panas atau lilin parafin. ‘Cryotherapy’ pula mungkin melibatkan aplikasi ais atau urutan ais.

Pita ‘Kinesio ‘

Sesiapa yang belajar untuk menjadi pembantu fisioterapi mungkin lebih biasa dengan pita neon berwarna-warni yang kadangkala digunakan pada pesakit. Pita ‘Kinesio’ boleh digunakan secara terus ke kulit dan merupakan kaedah yang baik untuk menstabilkan sendi dan otot semasa pesakit sedang menjalani rawatan. Selain itu, fleksibiliti pita bermaksud bahawa ia tidak mengganggu pelbagai latihan gerakan, menjadikannya alat yang sempurna untuk digunakan ketika meregangkan otot.

Ultrabunyi terapeutik

Walaupun ultrabunyi biasanya tidak berkaitan dengan fisioterapi, dalam beberapa tahun sejak kebelakangan ini, doktor dapat menggunakan gelombang suara untuk merawat luka di badan. Kekerapan ultrabunyi memberikan kaedah yang lembut untuk mensasarkan tisu yang rosak dengan sinar lembut. Seperti urutan kecil, gelombang suara ultrabunyi merangsang dan akan diserap oleh ligamen, tendon dan facsia. Rawatan ini boleh digunakan untuk pesakit yang menderita artritis, tendonitis dan ketegangan otot.

Anggaran kos

Sekiranya anda memerlukan rawatan fisioterapi, anda boleh dapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah di hospital kerajaan di mana ia adalah serendah RM 1 bagi golongan kelas ketiga. Bagi kelas kedua, ia adalah sekitar RM 3 hingga RM 10 dan bagi kelas pertama, kosnya adalah dari RM 5 hingga RM 20.

Jika di hospital swasta, sesi perundingan sahaja boleh mencecah sehingga RM60 bagi setiap sesi. Bagi setiap terapi fizikal, kosnya juga boleh mencecah lebih tinggi mengikut keadaan anda. Bergantung pada hospital anda, kosnya boleh bervariasi mengikut caj yang ditetapkan.

SUMBER

https://www.csp.org.uk/careers-jobs/what-physiotherapy

https://healthtimes.com.au/hub/physiotherapy/8/guidance/nc1/what-do-physiotherapists-do/467

https://www.collegept.org/patients/what-is-physiotherapy

https://www.nuffieldhealth.com/article/5-signs-you-may-need-physiotherapy

https://andersoncollege.com/common-physiotherapy-treatments/

https://www.local-physio.co.uk/articles/general/what-is-physiotherapy

https://www.sportsfocusphysio.com.au/signs-its-time-to-see-a-physio/

error: Content is protected !!