fibercon
FiberCon adalah julap pembentuk pukal yang meningkatkan jumlah air di dalam najis anda.

Pengenalan

FiberCon adalah julap pembentuk pukal yang meningkatkan jumlah air di dalam najis anda.

Kegunaan Fibercon

Ubat ini digunakan untuk merawat sembelit dan membantu menjaga pergerakan usus yang tetap. Malah, ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Cara menggunakan Fibercon

Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Ikuti semua arahan pada  produk pembungkusan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda. Untuk mengelakkan daripada tersedak, minum bersama segelas air atau cecair lain (240 ml).

Jika anda mengambil jenis tablet kunyah, kunyah tablet sehingga lumat sebelum menelannya. Setelah mengunyah dan menelan tablet, minum segelas air.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Fibercon

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah padanya, ataupun jika anda mempunyai alahan lain.

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bertanyalah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Seterusnya, maklumkan juga pada doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai:

  • penyumbatan perut / usus
  • kesukaran menelan
  • keradangan usus buntu atau gejala apendisitis (seperti loya / muntah)
  • sakit perut secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan
  • perubahan tabiat usus yang mendadak dan berlangsung lebih 2 minggu
  • pendarahan pada rektum
  • kadar kalsium tinggi (hipercalcemia)
  • penyakit buah pinggang

Kesan Sampingan Fibercon

Perut bergas atau kekejangan perut mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mengalami gejala tersedak seperti sakit dada, muntah, sukar untuk menelan / bernafas selepas mengambil produk ini.

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda melihat gejala reaksi alergi yang serius, termasuklah ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening yang teruk, kesukaran bernafas.

Kontraindikasi Fibercon

  • Hipersensitiviti
  • Penyumbatan usus, apendisitis, disfagia, dampak tinja, pendarahan rektum.

Interaksi Fibercon

Interaksi FiberCon (polycarbophil) boleh berlaku terhadap ubat-ubatan yang disenaraikan di bawah.

  • Aspirin
  • Aspirin kekuatan rendah (aspirin)
  • Atorvastatin
  • Colace (docusate)
  • Cymbalta (duloxetine)
  • Minyak Ikan (asid lemak omega-3 yang tidak tepu)
  • Gabapentin
  • Levothyroxine
  • Lisinopril
  • Metformin
  • MiraLAX (polietilena glikol 3350)
  • Multivitamin
  • Omeprazole
  • Simvastatin
  • Synthroid (levothyroxine)
  • Trazodon
  • Tylenol (asetaminofen)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • Vitamin C (asid askorbik)
  • Vitamin D3 (cholecalciferol)

Interaksi arak / makanan terhadap FiberCon (polycarbophil)

Terdapat 1 interaksi arak / makanan terdapat ubat ini.

Interaksi penyakit FiberCon (polycarbophil)

Terdapat 5 interaksi penyakit dengan ubat ini yang merangkumi:

Dos Fibercon

FiberCon biasanya diambil 1 hingga 4 kali sehari. Gunakannya seperti yang tertera pada label, atau seperti yang ditentukan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Apa yang berlaku jika saya terlepas dos?

Memandangkan FiberCon hanya digunakan apabila perlu sahaja, anda mungkin tidak perlu mengikut jadual dos. Sekiranya anda mengikut jadual, ambil dos yang terlepas sebaik sahaja anda ingat.

Langkau dos yang tidak diambil jika sudah hampir masanya untuk dos berjadual anda seterusnya. Jangan ambil dos tambahan sebagai ganti bagi dos yang terlepas itu.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-14568/fibercon-oral/details

https://www.healthline.com/health/digestive-health/bulk-forming-laxatives

https://www.drugs.com/mtm/fibercon.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/best-fiber-supplements


Summary
Fibercon (Sembelit) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Fibercon (Sembelit) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
FiberCon adalah julap pembentuk pukal yang meningkatkan jumlah air di dalam najis anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: