fenofibrate
Tablet oral Fenofibrate boleh didapati sebagai ubat jenama dan ubat generik. Nama jenama seperti: Fenoglide, Tricor, dan Triglide.

Pengenalan

Tablet oral Fenofibrate boleh didapati sebagai ubat jenama dan ubat generik. Nama jenamanya adalah seperti ‘Fenoglide’, ‘Tricor’ dan ‘Triglide’.

Kegunaan Fenofibrate

Ia membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida (asid lemak) dalam darah. Tahap lemak dalam darah jenis ini dikaitkan dengan peningkatan risiko aterosklerosis (arteri tersumbat).

Ubat ini digunakan bersama dengan diet yang tepat untuk membantu merawat kadar kolesterol tinggi dan kadar trigliserida tinggi.

Cara menggunakan Fenofibrate

Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, yang mana pengambilan biasanya adalah sekali sehari.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Fenofibrate

Sebelum mengambil fenofibrate, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah terhadapnya; atau pada ‘fibrate’ lain (seperti asid fenofibrik); ataupun jika anda mempunyai alahan lain.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai penyakit buah pinggang, penyakit pundi hempedu, penyakit hati (seperti sirosis bilier, hepatitis), ketagihan arak.

Seterusnya, sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan produk herba).

Semasa hamil, ubat ini hanya boleh digunakan apabila diperlukan dengan jelas sahaja. Berbincanglah dengan doctor anda tentang risiko dan faedah penggunaannya.

Ianya tidak diketahui jika ubat ini boleh mempengaruhi susu ibu. Memandangkan ia berkemungkinan berisiko pada bayi, menyusu badan tidak digalakkan semasa menggunakan ubat ini dan selama 5 hari setelah menghentikan pengambilan ubat. Rujuk doktor anda dahulu sebelum menyusu badan.

Kesan Sampingan Fenofibrate

Segera berjumpa doktor jika ada kesan sampingan berikut semasa mengambil fenofibrate:

  • menggigil
  • demam
  • gegata, gatal-gatal, atau ruam kulit
  • sakit dan sengal-sengal otot
  • loya
  • sakit perut
  • muntah

Jarang berlaku:

  • masalah penghadaman kronik
  • air kencing berwarna gelap
  • kekejangan, kontraksi, rasa bersemut, bengkak atau lemah otot
  • masalah pernafasan
  • pendarahan atau lebam secara tiba-tiba
  • keletihan atau kelemahan secara tiba-tiba
  • mata atau kulit menjadi kuning

Kontraindikasi Fenofibrate

Keadaan berikut dikontraindikasikan dengan ubat ini.

Keadaan perubatan:

  • anemia
  • penurunan platelet darah
  • kadar granulosit yang sangat rendah
  • kadar sel darah putih yang rendah
  • penyakit myopathy – otot yang mengecut dan lemah
  • penyumbatan saluran darah disebabkan gumpalan darah
  • masalah hati
  • penyakit pundi hempedu
  • keradangan pankreas yang serius
  • rhabdomyolsis – kerosakan tisu otot
  • keradangan otot
  • ujian fungsi hati yang tidak normal
  • seorang ibu yang menyusukan bayi
  • penyakit hati progresif yang jarang berlaku – sirosis bilier primer
  • penyakit buah pinggang kronik tahap 2 – tahap 5

Alahan:

  • Oxybenzone (Benzophenone 3)
  • Anti-Lipidemik Fibrate

Interaksi Fenofibrate

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuk ubat “pembekuan darah” (seperti warfarin).

Fenofibrate sangat serupa dengan asid fenofibrik. Jangan gunakan ubat yang mengandungi asid fenofibrik semasa menggunakan ubat ini.

Seterusnya, mengambil fenofibrate dengan ubat kolesterol tertentu yang disebut ‘sequestrant’ asid hempedu mungkin menyukarkan badan anda untuk menyerap fenofibrate.

Untuk mengelakkannya, anda harus mengambil fenofibrate 1 jam sebelum mengambil ‘sequestrant’ asid hempedu, atau 4-6 jam setelah mengambilnya.

Mengambil ubat ini dengan ubat diabetes tertentu yang disebut ‘sulfonylureas’ boleh meningkatkan risiko berlakunya tahap gula darah rendah.

Colchicine pula adalah ubat yang digunakan untuk merawat gout. Mengambilnya bersama fenofibrate dapat meningkatkan risiko sakit otot.

Pengambilan fenofibrate dengan sesetengah ubat yang menekan tindak balas imun badan dapat meningkatkan tahap fenofibrate di dalam badan. Ini meningkatkan lagi risiko kesan sampingan anda daripada fenofibrate.

Dos Fenofibrate

  • Generik: Fenofibrate
  • Bentuk: tablet oral
  • Kekuatan: 40 mg, 48 mg, 54 mg, 107 mg, 120 mg, 145 mg, 160 mg

Dos dewasa (berumur 18 tahun ke atas)

  • Fenofibrate: 120-160 mg sehari, bergantung pada produk generik yang ditetapkan.

Dos kanak-kanak (berumur 0-17 tahun)

  • Ubat ini tidak boleh digunakan pada individu yang berumur 18 tahun ke bawah.

Dos warga emas (berumur 65 tahun ke atas)

Buah pinggang bagi warga emas mungkin tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh menyebabkan tubuh memproses ubat dengan lebih perlahan.

Akibatnya, jumlah ubat yang lebih tinggi akan tinggal di dalam badan anda untuk jangka masa yang lebih lama. Ini serterusnya meningkatkan risiko kesan sampingan yang boleh terjadi.

Doktor juga mungkin akan bermula dengan dos lebih rendah dahulu atau dengan jadual dos yang berbeza. Ini dapat membantu menjaga tahap pengambilan ubat daripada menjadi berlebihan di dalam badan anda.

Sumber:

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-93290/fenofibrate-oral/details

https://www.healthline.com/health/fenofibrate-oral-tablet#warnings

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-93290/fenofibrate-oral/details/list-contraindications

Summary
Fenofibrate (Kolesterol/Trigliserida) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Fenofibrate (Kolesterol/Trigliserida) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Tablet oral Fenofibrate boleh didapati sebagai ubat jenama dan ubat generik. Nama jenama seperti: Fenoglide, Tricor, dan Triglide.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: