Now Reading
Faktor Risiko Penyakit Jantung

Faktor Risiko Penyakit Jantung

Faktor Risiko Penyakit Jantung

Beberapa faktor kesihatan, gaya hidup, usia serta sejarah keluarga anda dapat meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung. Ini dipanggil sebagai faktor risiko penyakit jantung. Beberapa faktor risiko penyakit jantung tidak dapat dikawal, seperti usia atau sejarah keluarga anda. Tetapi, anda masih boleh mengambil langkah lain untuk menurunkan risiko tersebut dengan mengubah faktor yang boleh dikawal.

Sekarang, mari kita lihat faktor risiko penyakit jantung bagi pelbagai jenis penyakit jantung yang ada.

1. Penyakit atherosclerotic (Atherosclerosis)

Pertama sekali, penyakit arteri koronari atau atherosclerotic adalah penyebab utama bagi banyak kes kematian di seluruh dunia. Sementara puncanya yang tepat masih belum diketahui, sifat, keadaan, atau tabiat tertentu dapat meningkatkan peluang seseorang mengembangkannya. Keadaan ini dikenali sebagai faktor risiko dan risiko individu mengalami mengalami penyakit atheroscleroticmeningkat dengan jumlah faktor risiko yang dimiliki. Kebanyakan faktor risiko dapat dikawal bagi mencegah atau melambatkan perkembangan penyakit atherosclerotic.

Beberapa di antaranya merangkumi:

  • Tahap kolesterol darah yang tidak sihat – ini termasuklah kolesterol LDL tinggi (kadangkala disebut “kolesterol jahat”) dan kolesterol HDL rendah (kadangkala disebut “kolesterol baik”).

  • Tekanan darah tinggi – tekanan darah dianggap tinggi jika kekal pada atau melebihi 140/90 mmHg dalam jangka masa tertentu.

  • Merokok – ini boleh merosakkan dan mengetatkan saluran darah, meningkatkan kadar kolesterol dan menaikkan tekanan darah selain tidak membenarkan oksigen yang cukup untuk sampai ke tisu badan.

  • Rintangan insulin – insulin adalah hormon yang membantu memindahkan gula darah ke sel dan ketahanan insulin berlaku apabila tubuh tidak dapat menggunakan insulin sendiri dengan betul.

  • Diabetes – ini adalah penyakit di mana kadar gula dalam darah adalah tinggi kerana badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak menggunakan insulin dengan betul.

  • Berat badan berlebihan atau obesiti – berat badan berlebihan mempunyai berat tambahan daripada otot, tulang, lemak, dan/ atau air manakala obesiti mempunyai jumlah lemak badan yang tinggi.

  • Kekurangan aktiviti fizikal – kurang melakukan aktiviti boleh memburukkkan faktor risiko lain bagi penyakit atherosclerotic.

  • Umur – seiring pertambahan usia, risiko atherosclerotic juga meningkat dan faktor genetik atau gaya hidup boleh menyebabkan pembentukan plak secara beransur-ansur di arteri. Menjelang pertengahan usia atau lebih tua, pembentukan plak yang mencukupi sudah boleh menyebabkan tanda atau gejala tertentu. Bagi individu lelaki, risikonya meningkat selepas usia 45 tahun, sementara pada wanita, risikonya meningkat setelah usia 55 tahun.

  • Sejarah keluarga dengan penyakit jantung – risiko mendapat atherosclerotic meningkat jika bapa atau saudara lelaki individu didiagnosis dengan penyakit jantung sebelum berumur 55 tahun, atau jika seorang ibu atau saudara perempuannya didiagnosis dengan penyakit jantung sebelum berumur 65 tahun.

2. Heart arrhythmias

Arrhythmialebih kerap berlaku pada individu yang berumur 60 tahun dan lebih tua. Ini sebahagiannya terjadi disebabkan oleh masalah kehausan pada usia jantung yang lebih tua. Masalah kesihatan atau jantung lain juga mungkin berperanan dalam hal ini.

Individu dengan keadaan jantung lain sudah berisiko mengalami arrhythmia di mana sebilangan keadaan jantung boleh mengubah cara jantung berfungsi, dan lama-kelamaan, ini dapat menyebabkan perubahan rentak atau kelajuan jantung.

Beberapa faktor risiko termasuk:

  • Penyakit jantung: Beberapa jenis penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi adalah faktor risiko bagi masalah arrhythmia. Selain itu, parut atau deposit tisu yang tidak normal juga boleh menyebabkan bradychardia (degupan jantung perlahan) atau tachycardia (degupan jantung cepat) dengan mengganggu sistem elektrik jantung.

  • Umur: Kelaziman arrhythmia meningkat seiring dengan pertambahan usia.

  • Keadaan kongenital: Keadaan tertentu sejak lahir boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada arrhythmia. Contohnya seperti kecacatan jantung kongenital yang mempengaruhi sistem elektrik bawaan organ yang boleh menyebabkan bradycardia. Mereka yang dilahirkan dengan laluan elektrik tambahan pula boleh terdedah kepada tachycardia.

  • Bahan kimia: Pelbagai jenis bahan kimia boleh menyebabkan keadaan ini, dan kadangkala boleh menyebabkan akibat yang serius. Mineral seperti potassium, magnesium dan kalsium memainkan peranan penting dalam fungsi normal jantung. Tetapi, mineral yang sama boleh menyebabkan arrhythmia apabila tahapnya terlalu tinggi atau terlalu rendah. Bahan ketagihan, termasuk alkohol, rokok dan ubat-ubatan rekreasi juga boleh mencetus arrhythmia. Malah, pelbagai jenis ubat jantung boleh menyebabkan keadaan sama.

3. Kecacatan jantung kongenital

Sebilangan besar kecacatan jantung kongenital berpunca daripada masalah pada awal perkembangan jantung bayi yang mana penyebabnya tidak diketahui. Walau bagaimanapun, faktor risiko persekitaran dan genetik tertentu juga mungkin memainkan peranan. Ia merangkumi:

  • Rubella (demam campak Jerman). Mengalami rubela semasa mengandung boleh menyebabkan masalah pada perkembangan jantung bayi anda. Doktor boleh menguji imuniti anda terhadap penyakit virus ini sebelum kehamilan dan memberikan vaksin jika anda tidak kebal kepadanya.

  • Diabetes. Anda boleh mengurangkan risiko kecacatan jantung kongenital dengan mengawal diabetes anda dengan berhati-hati sebelum cuba untuk hamil dan semasa mengandung. Diabetes semasa kehamilan umumnya tidak meningkatkan risiko bayi anda mengalami kecacatan jantung.

  • Ubat. Ubat-ubatan tertentu yang diambil semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, termasuklah kecacatan jantung kongenital. Berikan senarai lengkap ubat yang diambil sebelum berusaha hamil kepada doktor anda.

  • Ubat yang diketahui dapat meningkatkan risiko kecacatan jantung kongenital termasuk thalidomide (Thalomid), perencat enzim penukar angiotensin (ACE), statin, ubat jerawat isotretinoin (Absorica, Amnesteem, Claravis) dan lithium.

  • Mengambil alkohol semasa mengandung. Elakkan penagmbilan alkohol semasa mengandung kerana ia meningkatkan risiko kecacatan jantung kongenital.

  • Merokok. Merokok semasa mengandung boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kecacatan jantung kongenital pada bayi.

  • Keturunan. Kecacatan jantung kongenital kadangkala berlaku dalam keluarga dan mungkin dikaitkan dengan sindrom genetik. Ramai kanak-kanak dengan sindrom Down yang berlaku disebabkan masalah pada kromosom ke-21 (trisomi 21) mengalami kecacatan jantung. “Penghapusan” bahan genetik pada kromosom 22 juga boleh menyebabkan kecacatan jantung.

4. Kardiomiopati melebar (Dilated cardiomyopathy)

Kardiomiopati melebar (Dilated cardiomyopathy)

Masalah kardiomiopati boleh mempengaruhi semua peringkat umur dan kaum, tetapi jenis penyakit ini lebih kerap berlaku pada kumpulan tertentu. Penyakit, keadaan atau faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda mendapat kardiomiopati. Malah, kardiomiopati melebar lebih kerap berlaku pada golongan Afrika-Amerika berbanding golongan Caucasians. Selain itu, ia juga lebih kerap berlaku pada individu lelaki berbanding wanita. Remaja dan dewasa muda juga lebih cenderung terkesan berbanding orang tua, walaupun penyakit ini jarang berlaku pada kedua-dua kumpulan.

Antara faktor risiko utama adalah:

  • Sejarah keluarga dengan masalah kardiomiopati, kegagalan jantung atau serangan jantung secara tiba-tiba (SCA)

  • Diabetes atau penyakit metabolik lain, atau masalah obesiti yang serius

  • Penyakit yang boleh merosakkan jantung, seperti hemochromatosis, sarcoidosis atau amyloidosis

  • Ketagihan alkohol jangka panjang

5. Endokarditis (Jangkitan injap jantung)

Sekiranya jantung anda sihat, anda mungkin kurang cenderung mengalami endokarditis, walaupun ia masih berkemungkinan untuk berlaku. Kuman yang menyebabkan jangkitan cenderung melekat dan membiak pada injap jantung yang rosak atau ditanamkan secara pembedahan. Malah, ia juga boleh berlaku pada endokardium yang mempunyai permukaan kasar.

Individu yang berisiko tinggi untuk endokarditis adalah mereka yang mempunyai:

  • Injap jantung buatan. Kuman lebih cenderung melekat pada injap jantung buatan (prostetik) berbanding injap jantung biasa.

  • Kecacatan jantung kongenital. Sekiranya anda dilahirkan dengan beberapa jenis kecacatan jantung, seperti jantung tidak teratur atau injap jantung yang tidak normal, jantung anda mungkin lebih mudah terkena jangkitan.

  • Sejarah endokarditis. Endokarditis boleh merosakkan tisu dan injap jantung, meningkatkan risiko jangkitan jantung pada masa akan datang.

  • Injap jantung yang rosak. Keadaan perubatan tertentu, seperti demam reumatik atau jangkitan, boleh merosakkan atau melukakan satu atau lebih injap jantung anda. Ini boleh menjadikannya lebih mudah terdedah kepada endokarditis.

  • Sejarah penggunaan ubat haram secara intravena (IV). Individu yang menggunakan ubat haram dengan menyuntiknya mempunyai risiko endokarditis yang lebih tinggi. Jarum yang digunakan untuk menyuntik ubat boleh dicemari dengan bakteria yang mendorong kepada keadaan ini.

6. Penyakit jantung valvular

Penyakit injap jantung berlaku jika satu atau lebih injap jantung anda tidak berfungsi dengan baik. Jantung mempunyai empat injap: injap tricuspid, pulmonary, mitral dan aortic. Risiko anda menghidap penyakit injap jantung dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah umur, jantina, sejarah keluarga, dan sejarah kesihatan anda secara keseluruhan.

Faktor risiko penyakit ini termasuklah:

  • Umur dan jantina. Lelaki berusia lebih dari 65 tahun dan wanita berusia lebih dari 75 tahun mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit injap. Bahgian kecil injap menebal dan menjadi kurang lentur seiring pertambahan usia. Kadangkala, tisu yang menyambungkan bahagian ini ke jantung meregang atau terkoyak. Kerosakan ini menjejaskan pergerakan dan kelenturan yang lancar bagi membolehkan injap berfungsi dengan baik.

  • Sejarah keluarga. Beberapa masalah injap mungkin berlaku dalam keluarga. Pastikan anda mengetahui sebanyak mungkin mengenai sejarah keluarga anda dan kongsikan kepada doktor anda.

  • Sejarah kesihatan. Jangkitan tertentu (seperti demam reumatik pada usia muda), kegagalan jantung, penyakit ginjal, hipertensi atau gangguan metabolik dapat meningkatkan risiko penyakit injap jantung.

  • Tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi yang berterusan boleh terlebih bekerja dan membesarkan jantung anda. Semasa jantung membesar, tisu-tisu yang mengelilingi injap meregang dan menyebabkan kebocoran.

  • Penyakit autoimun. Penyakit autoimun seperti lupus boleh menyebabkan keradangan yang mempengaruhi bahagian injap jantung dan merosakkan injap.

  • Rawatan kemoterapi dan radiasi untuk kanser. Ubat kanser atau terapi radiasi boleh menjejaskan fungsi injap jantung. Kerosakan akibat rawatan kanser mungkin memakan masa bertahun-tahun untuk mencetuskan gejala.

  • Gangguan kongenital. Gangguan kongenital seperti penyakit injap aorta bicuspid, sindrom Marfan yang mempengaruhi tisu penghubung seperti tulang rawan boleh mempengaruhi bentuk dan fungsi injap jantung.

  • Ubatan diet. Beberapa ubat diet telah dikaitkan dengan masalah injap jantung. Keadaan ini biasanya bertambah baik setelah penggunaan ubat tersebut dihentikan.

SUMBER

https://www.news-medical.net/health/Risk-Factors-for-Atherosclerosis.aspx

https://www.heart.org/en/health-topics/arrhythmia/understand-your-risk-for-arrhythmia

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/congenital-heart-defects-children/symptoms-causes/syc-20350074

https://www.heart.org/en/health-topics/cardiomyopathy/understand-your-risk-for-cardiomyopathy

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/endocarditis/symptoms-causes/syc-20352576

https://www.secondscount.org/sc-news-detail-2/risk-factors-for-valve-disease-2

error: Content is protected !!