Penyakit Tangan Kaki dan Mulut
Penyakit tangan, kaki dan mulut (Hand, foot and mouth disease HFMD) merupakan jangkitan virus yang ringan dan jangkitan biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ciri-cirinya adalah seperti berikut: luka di dalam mulut dan tuam di tangan serta kaki. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh coxsackievirus.

 

Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease HFMD) merupakan sejenis jangkitan virus ringan yang biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ciri-cirinya adalah seperti berikut: luka di dalam mulut dan ruam di tangan dan kaki. Masalah ini selalunya berlaku disebabkan oleh virus coxsackie.

Buat masa ini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat penyakit tangan, kaki dan mulut ini. Membasuh tangan secara kerap serta mengelakkan diri daripada bersentuhan dengan mereka yang dijangkiti penyakit ini mampu membantu mengurangkan risiko jangkitan terhadap anak anda.

 

Simptom Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit ini boleh memberi tanda-tanda dan simptom seperti yang berikut:

• Demam

• Sakit tekak

• Rasa tidak sihat (malaise)

• Luka yang menyakitkan, kemerah-merahan seperti lepuh atau ulser pada lidah, gusi dan bahagian pipi

Ruam merah tanpa rasa gatal pada telapak tangan, kaki dan kadang-kadang juga ada bahagian punggung

• Keradangan pada bayi dan kanak-kanak

• Hilang selera makan

Biasanya, tempoh masa dari awal terkena jangkitan sehingga tempoh munculnya tanda-tanda atau gejala (tempoh inkubasi) adalah tiga hingga enam hari. Demam merupakan tanda pertama yang biasa bagi penyakit tangan, kaki dan mulut itu diikuti pula dengan sakit tekak dan kehilangan selera makan serta rasa tidak sihat pada badan (malaise).

Satu atau dua hari setelah demam bermula, luka yang menyakitkan akan mula timbul pada bahagian mulut atau tekak. Seterusnya, akan timbul juga ruam di bahagian tangan, kaki dan punggung dalam masa satu ke dua hari.

Selain itu, sekiranya ada ulser yang terbentuk di bahagian belakang mulut dan tekak, ini menunjukkan bahawa anak anda mungkin dijangkiti penyakit virus yang dipanggil ‘Herpangina’. Ciri-ciri lain yang dapat membezakan virus ‘herpangina’ ini termasuklah demam yang sangat panas atau sesetengah keadaan, sawan. Namun begitu, ulser yang muncul di bahagian tangan, kaki atau bahagian lain sangat jarang berlaku.

 

Bila anda perlu berjumpa doktor?

Penyakit ini merupakan sejenis penyakit ringan yang mempunyai tanda-tanda yang tidak terlalu serius seperti demam yang tidak berpanjangan. Hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami luka di mulut atau sakit tekak menghalang anak anda daripada mengambil air dengan secukupnya. Selain itu, hubungi juga doktor anda sekiranya terdapat tanda-tanda dan gejala yang menjadi semakin teruk selepas beberapa hari.

 

Punca Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut berlaku kerana jangkitan virus Coxsackievirus A16. Virus ini tergolong dalam kumpulan virus yang dikenali sebagai ‘enterovirus nonpolio’. Jenis-jenis enterovirus yang lain juga boleh menjadi penyebab berlakunya penyakit tangan, mulut dan kaki ini.

Pengambilan apa-apa bahan secara terus juga merupakan salah satu punca berlakunya jangkitan Coxsackievirus serta jangkitan berkaitan penyakit ini. Masalah kesihatan ini mudah tersebar melalui sentuhan semasa berhubungan dengan keadaan di bawah bagi mereka yang dijangkiti:

• Cecair yang keluar daripada hidung (hingus) atau cecair yang keluar daripada tekak (kahak)

• Air liur

• Cecair daripada kesan luka

• Najis

• Titisan cecair yang disembur ke udara setelah batuk atau bersin

 

Perkara biasa yang berlaku dalam penjagaan persekitaran kanak-kanak

Jangkitan tangan, kaki dan mulut kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak kerana kekerapan penukaran lampin serta latihan tandas semasa dalam penjagaan. Ia juga boleh berlaku kerana kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.

Walaupun anak anda sudah terdedah dengan penyakit ini selama seminggu, virus tersebut akan kekal di dalam badannya selama beberapa minggu selepas tanda-tanda atau gejala itu hilang. Ini bermakna, virus daripada anak anda masih boleh menjangkiti orang lain juga.

Sesetengah individu, terutamanya orang dewasa boleh menghantar virus itu kepada orang lain tanpa menunjukkan sebarang tanda atau gejala penyakit tersebut.

Biasanya, wabak ini berlaku secara meluas pada musim panas dan musim luruh di Amerika Syarikat serta di negara yang beriklim sederhana yang lain. Bagi kawasan tropika pula, wabak ini boleh berlaku sepanjang tahun.

 

Perbezaan antara dua penyakit yang hampir sama

Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak mempunyai kaitan dengan penyakit yang hampir sama iaitu penyakit kaki dan mulut (kadang kala dipanggil sebagai penyakit kuku dan mulut). Penyakit kaki dan mulut ini merupakan penyakit virus berjangkit yang boleh dijumpai pada haiwan ladang. Bagi penyakit tangan, kaki dan mulut, ia tidak didapati daripada haiwan peliharaan atau haiwan lain dan anda juga tidak boleh memberikan virus tersebut kepada mereka.

 

Faktor Risiko Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut ini memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak berusia kurang 10 tahun yang selalu lebih banyak berlaku ketika mereka berusia kurang lima tahun. Kanak-kanak yang berada di pusat penjagaan juga mudah terdedah dengan masalah kesihatan ini kerana jangkitannya mudah merebak apabila bersentuhan sesama mereka. Jadi, sudah tentulah kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah untuk menerima jangkitan ini.

Biasanya, kanak-kanak yang meningkat dewasa dapat membina sistem ketahanan terhadap penyakit tangan, kaki dan mulut ini kerana antibodi mereka yang semakin meningkat dan bertambah setelah terdedah kepada virus tersebut. Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan bagi golongan remaja dan dewasa untuk mendapat masalah kesihatan ini.

 

Komplikasi Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Komplikasi yang sering berlaku kerana penyakit tangan, kaki dan mulut ini adalah seperti kekeringan atau dihidrasi (dehydration). Penyakit ini akan menyukarkan pesakit untuk melakukan proses menelan kerana ada kerongkong yang luka dan berada dalam keadaan yang sangat menyakitkan.

Justeru itu, pastikan anda memberi perhatian yang teliti kepada anak anda agar mereka kerap mengambil cecair semasa dijangkiti masalah kesihatan ini. Sekira berlakunya dihidrasi yang teruk, cecair intravena (IV) mungkin diperlukan.

Penyakit tangan, kaki dan mulut ini merupakan penyakit ringan yang boleh memberi kesan kurang serius seperti demam buat beberapa hari sahaja. Bentuk coxsackievirus yang pelik atau juga serius boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain seperti:

• Virus meningitis: Berlaku masalah keradangan terhadap membran (meninges) dan cecair serebrospinal yang berada di sekeliling otak dan saraf tunjang. Jangkitan jenis ini jarang berlaku.

• Encephalitis: Penyakit serius ini berpotensi untuk mengancam nyawa sekiranya ia melibatkan keradangan otak yang berlaku kerana virus. Ia juga merupakan jangkitan yang jarang berlaku.

 

Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Langkah berjaga-jaga haruslah diambil bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut ini. Antaranya termasuklah:

 

1. Membasuh tangan dengan teliti

Pastikan anda membasuh tangan dengan kerap dan teliti. Sebaik-baiknya, cuci tangan setelah anda keluar dari tandas atau menukar lampin bayi sebelum menyiapkan makanan atau mula makan. Jika sabun dan air tidak disediakan, gunakan tisu basah atau gel pembunuh kuman yang mempunyai kandungan alkohol yang sudah dirawat.

 

2. Membasmi kawasan persekitaran anda

Mula biasakan diri anda dengan membersihkan kawasan yang sering anda gunakan serta sentiasa bersihkan kawasan permukaan yang ada dengan sabun dan air terlebih dahulu. Kemudian, teruskan dengan pembersihan tersebut dengan menggunakan cecair klorin dan air. Pusat penjagaan kanak-kanak haruslah mempunyai jadual yang ketat agar pembersihan dan pembasmian kawasan-kawasan sekitar termasuk barangan yang dikongsi seperti mainan dapat dibersihkan dengan kerap. Ini penting kerana virus juga boleh hidup pada objek-objek di sekeliling kita dalam masa beberapa hari sahaja. Jangan lupa bersihkan ‘pacifier’ bayi anda dengan kerap dan teliti juga.

 

3. Mengajar cara pembersihan yang betul

Tunjukkan kepada anak anda cara untuk mengamalkan kebersihan yang baik serta cara untuk menjaga diri mereka agar mereka sentiasa bersih daripada kekotoran. Terangkan kepada mereka dengan baik dan teliti akan sebab mengapa mereka harus mengelakkan diri daripada memasukkan jari, tangan atau objek lain ke dalam mulut mereka.

 

4. Mengasingkan orang yang dijangkiti

Memandangkan penyakit tangan, kaki dan mulut merupakan penyakit yang mudah dijangkiti oleh orang lain, mereka yang menghidapi penyakit ini atau menunjukkan simptom yang aktif perlulah diasingkan atau dikurangkan perhubungan mereka dengan orang lain. Para ibu bapa haruslah menjauhkan anak-anak mereka daripada kanak-kanak lain sekiranya mereka dijangkiti penyakit ini dengan tidak membenarkan mereka menghadiri pusat penjagaan kanak-kanak atau sekolah hingga demam dan luka pada mulut mereka sembuh. Bagi dewasa pula, adalah lebih baik sekiranya mereka yang mendapat penyakit ini rehat di rumah dan tidak bekerja buat sementara waktu.

SUMBER

https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/index.html

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hand-foot-and-mouth-disease/symptoms-causes/syc-20353035

https://www.webmd.com/children/guide/hand-foot-mouth-disease

https://www.healthline.com/health/hand-foot-mouth-disease

Summary
Fakta mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut.
Article Name
Fakta mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut.
Description
Penyakit tangan, kaki dan mulut (Hand, foot and mouth disease HFMD) merupakan jangkitan virus yang ringan dan jangkitan biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Ciri-cirinya adalah seperti berikut: luka di dalam mulut dan tuam di tangan serta kaki. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh coxsackievirus.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: