Anak Sulung

Sekiranya anda merupakan seorang ibu bapa, kemungkinan anda telah memikirkan urutan kelahiran dan bagaimana ia mempengaruhi anak anda. 

Para saintis telah elakukan kajian ekstensif mengenai susunan keluarga dan bagaimana ia mempengaruhi bukan sahaja bagaimana anda menjadi ibu bapa, tetapi kesihatan dan keperibadian anak-anak anda. Jadi, mari kita baca fakta mengenai anak sulung ini.

Fakta-Fakta Anak Sulung

  • Mereka akan berusaha keras untuk mendapatkan Pendidikan.

Ketika penyelidik di Institut Penyelidikan Sosial dan Ekonomi Universiti Essex meninju 3,553 individu iaitu terdiri daripada 1,503 kumpulan adik beradik, mereka mendapati bahawa anak yang tertua dalam keluarga mempunyai peluang 16 peratus lebih besar untuk pergi ke kuliah (menyambung pelajaran tertinggi) berbanding dengan adik beradik mereka yang lain.

  • Mereka dilahirkan untuk belajar.

Anak sulung benar-benar dilahirkan untuk belajar. Menurut kajian 2013, yang diterbitkan dalam Journal of Research in Personality di Universiti Ghent dari Belgium mendapati bahawa urutan kelahiran sebenarnya mempengaruhi tujuan seumur hidup anak.

Mereka daidpati ingin “menguasai” atau “belajar” sementara anak kedua lebih cenderung ingin “menang”. Hal ini semestinya beriringan dengan numbor satu bukan?

Kajian lain juga menunjukkan anak sulung cenderung memilih lebih banyak kerjaya yang berorientasikan akademik berbanding adik-adik mereka.

  • Mereka mungkin berisiko menghidap penyakit diabetes.

Satu kajian dari New Zealand dan telah diterbitkan dalam Jurnak Endokrinologi dan Metabolisme Klinikal Endokrin Masyarakat mendakwa kanak-kanak yang dilahirkan pertama kali mempunyai kesukaran yang lebih besar untuk menyerap gula ke dalam badan dan tekanan darah pada waktu siang yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang dilahirkan kemudian dalam urutan kelahiran.

  • Mereka lebih kurus.

Kajian yang sama mendapati anak sulung berisiko menghidap diabetes juga merupakan anak yang cenderung lebih tinggi dan lebih langsing daripada adik-adik mereka.

Para saintis berpendapat bahawa anak sulung jatuh ke rahim ibu yang belum pernah mengembang sebelumnya. Anak seterusnya akan lebih besar berbanding anak pertama kerana ruang rahim ibu akan lebih besar dan berubah selepas kehamilan pertamanya.

  • Mereka mendapatkan sesuatu lebih banyak dari ibu dan ayah.

Para saintis tidak bersetuju apabila ibu bapa mengatakan bahawa mereka membahagikan masa mereka sama banyak antara anak-anak mereka. Hal ini kerana ketika penyelidik Cornell menyelidiki masalah waktu kualiti, mereka mendapati anak pertama menerima 20 hingga 30 minit waktu yang berkualiti setiap hari dengan ibu baoa berbanding anak kelahiran kedua yang sama usia dari keluarga yang serupa.

Terdapat satu lagi kajian dari Brigham Young yang menemukan penemuan yang serupa iaitu mereka mengira anak sulung mendapat masa berkualiti lebih kurang 3,000 jam bersama ibu bapa mereka antara umur 4 hingga 13 tahun berbanding adik mereka yang berikutnya ketika melalui lingkungan umur yang sama.

  • Kadangkala mereka lebih kreatif.

Ketika para saintis di Washington University di St. Louis mempelajari dan membuat uji kaji terhadap adik-beradik, mereka mendapati bahawa anak sulung cenderung lebih kreatif daripada anak-anak  yang dilahirkan nanti sekiranya mereka mempunyai adik-beradik dari lawan jenis atau jika adik beradik mereka kurang dari tiga tahun lebih muda.

Tidak menghairankan bahawa perbezaan usia yang besar cenderung mendorong anak-anak tertua ke pengganti kepada ibu bapa, sementara perbezaan usia yang lebih kecil kemungkinn lebih banyak waktu bermain dan dengan itu menjadikan mereka lebih kreatif.

  • Anak sulung lebih bijak

IQ anak sulung cenderung lebih tinggi, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science, mengungkapkan tentang jurang dua titik antara lelaki sulung dan lelaki yang dilahirkan kemudian dalam urutan kelahiran. Mereka juga cenderung menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian IQ.

  • Anak sulung perempuan lebih bersikap “bossy”

Penyelidik di Pusat Kajian Kanak-kanak California Selatan, kewibawaan menjadi lebih lazim pada anak sulung, tetapi mereka mendapati ia berdasarkan jantina anak perempuan cenderung lebih dominan daripada lelaki sulung.

  • Mereka lebih terdedah kepada asma dan alahan.

Menurut penyelidikan yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa American Thoracic Society 2008, gen bertindak berbeza pada anak sulung, terutamanya gen yang bertanggungjawab untuk asma dan alergi.

  •  Mereka merupakan yang paling sukar.

Saintis mendapati adik beradik yang dilahirkan lebih awal cenderung dikenakan peraturan ketat dan pemantauan ibu bapa dan lebih cenderung menghadapi akibat yang teruk melakukan kesalahan daripada adik-adik yang lain.

Sumber:

https://www.cnbc.com/2019/04/10/oldest-children-are-in-fact-the-smartest-research-shows.html

https://www.cnbc.com/2019/04/10/oldest-children-are-in-fact-the-smartest-research-shows.html

Summary
FAKTA MENGENAI ANAK SULUNG
Article Name
FAKTA MENGENAI ANAK SULUNG
Description
Sekiranya anda merupakan seorang ibu bapa, kemungkinan anda telah memikirkan urutan kelahiran dan bagaimana ia mempengaruhi anak anda. Para saintis telah elakukan kajian ekstensif mengenai susunan keluarga dan bagaimana ia mempengaruhi bukan sahaja bagaimana anda menjadi ibu bapa, tetapi kesihatan dan keperibadian anak-anak anda.
Author
Publisher Name
ceriasihat