Fakta Menarik Mengenai Ganja
Tanaman Ganja tumbuh secara semulajadi di Asia Tengah dan Selatan.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa fakta mengenai ganja yang boleh anda ketahui. Kanabis (Canabis) adalah nama saintifik bagi Ganja. Ganja atau Marijuana adalah nama panggilan jalanan (street name) atau nama slang yang digunakan untuk menggambarkan tanaman Ganja apabila ia dikeringkan untuk digunakan sebagai dadah psikoaktif.

Dadah psikoaktif adalah sejenis dadah yang menyebabkan perubahan dari segi persepsi dan sensasi melalui perubahan kimia yang terjadi dalam otak. Komponen psikoaktif utama tanaman Ganja adalah tetrahydrocannabinol, yang dikenali sebagai THC.

Tanaman Ganja tumbuh secara semulajadi di Asia Tengah dan Selatan. Terdapat tiga jenis utama Ganja iaitu: cannabis indica, cannabis sativa, dan cannabis ruderalis. Sejak penemuannya, tanaman Ganja telah berkembang di seluruh dunia dan pelbagai kacukan telah dihasilkan daripada tiga jenis utama tersebut.

Sesetengah jenis Ganja mempunyai kesan psikoaktif yang lebih kuat daripada yang lain. Perbezaan kekuatan psikoaktif ini bergantung kepada jumlah THC dalam pelbagai tanaman Ganja yang digunakan untuk menyediakan Ganja.

Ganja Memiliki 100 Nama Jalanan

Ganja yang digunakan sebagai dadah, mempunyai banyak nama jalanan atau slang. Ini adalah salah satu fakta ganja yang terpanjang! Selain itu terdapat juga beberapa nama lain Ganja berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti: weed, grass dan pot. Nama lain yang didengari seperti nama sesorang manusia pula adalah: Mary Jane, herba, bud, cheeba, dan buddha.

Namun, senarai namanya tidak berakhir di situ sahaja. Sesetengah nama Ganja berbunyi saintifik: hidro, kronik, dan Frankenstein. Nama-nama Ganja lain berdasarkan nama-nama jenis tumbuhan Ganja pula adalah: Northern Lights, Purple Haze, and Maui Wowie.

Mengetahui beberapa fakta menarik mengenai Ganja boleh membantu anda menyedari sekiranya seseorang sedang membincangkan mengenai Ganja dengan anda.

Para Saintis Tidak Dapat Menghasilkan Pil Replika Ganja

Selain penggunaannya sebagai dadah rekreasi, Ganja juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Ganja boleh memberikan keselesaan dan membantu proses pencernaan bagi pesakit-pesakit kronik. Ini termasuklah individu yang menghidap penyakit AIDS, pesakit kanser, dan lain-lain yang menderita dengan penyakit kronik.

Fakta perubatan Ganja merupakan topik kontroversi di kalangan individu yang mengkritik hebat mengenai penggunaan Ganja dalam perubatan. Satu perkara yang jelas adalah: terdapat Ganja atau sebatian lain dalam tumbuhan Ganja yang memiliki kesan tambahan terhadap psikologi dan fizikal seseorang. Sebatian tambahan ini, yang sebahagiannya tidak diketahui, mengandungi sebahagian daripada kesan ubat Ganja yang memberikan kelegaan kepada pesakit.

Oleh kerana terlalu banyak fakta Ganja yang tidak diketahui, pengganti farmakologi Ganja masih belum ditemui. Para saintis perlu menjalankan penyelidikan lanjut untuk memahami sebatian dalam tumbuhan Ganja yang menyebabkan kesan terpencil tertentu. Sekiranya saintis telah mengetahui lebih banyak maklumat saintifik dan perubatan tentang Ganja, Ganja mungkin boleh didapati dalam bentuk pil sebagai ubat. Pil ini boleh menawarkan keselesaan kepada individu yang sakit dan individu lain yang mungkin mendapat manfaat daripada penggunaan Ganja tetapi tidak mahu mengalami kesan psikoaktif.

Ganja Boleh Digunakan Sebagai Makanan Untuk Ternakan

Satu nama lain Ganja yang tidak disebutkan dalam senarai nama Ganja di atas adalah Hemp. Hemp sering dirujuk sebagai Ganja industri. Ini kerana hemp telah lama digunakan sebagai bahan sumber bagi produk yang digunakan dalam perindustrian seperti kertas, fabrik dan tali.

Bukan itu sahaja, hemp juga telah membangkitkan satu lagi kontroversi apabila membincangkan mengenai fakta Ganja. Seperti Ganja perubatan, pengkritik penggunaan Ganja sering menghentam penggunaan hemp dalam bidang perindustrian. Walau bagaimanapun, hemp telah digunakan sebagai serat untuk pakaian dan membuat tali kerana sifatnya yang berserabut sepanjang berdekad lamanya.

Hemp adalah sejenis tumbuhan Ganja yang mengandungi sebatian psikoaktif paling sedikit atau tiada langsung sebatian tersebut, yang digunakan untuk menghasilkan Ganja. Sebagai tambahan kepada serat tumbuhan, biji hemp juga digunakan sebagai bahan mentah dan dimakan secara langsung sebagai sumber lemak sayuran yang baik. Biji hemp mengandungi banyak minyak dan minyak hemp sering digunakan sebagai produk makanan dan sumber tenaga.

Perancis Adalah Pengeluar Terbesar Ganja Di Eropah

China menghasilkan lebih banyak Ganja perindustrian atau hemp berbanding mana-mana negara lain di dunia. Di Australia, terdapat negeri-negeri yang mempunyai lessen untuk menanam tumbuhan hemp bagi tujuan industri. Kanada pula telah membenarkan pertanian hemp berkembang sejak tahun 1998.

Perancis adalah pengeluar hemp terbesar di Eropah. Selain itu, kerajaan United Kingdom juga baru-baru ini memberi perlesenan kepada peladang untuk menanam hemp. Di kedua-dua negara yang menanam hemp ini, ia juga digunakan sebagai tempat tidur untuk haiwan ladang di samping untuk perkara-perkara lain.

Di Amerika Syarikat, penanaman hemp adalah diharamkan. Larangan terhadap tumbuhan Ganja di Amerika Syarikat adalah kerana Penguatkuasaan Dadah, atau DEA sendiri yang menguatkuasakan pengharaman tersebut. Agensi ini mengharamkan penggunaan hemp kerana hubungan rapat antara tanaman hemp dan tanaman Ganja biasa (Kanabis).

Namun begitu, negeri-negeri individu di Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang yang membolehkan pertanian Ganja industri atau hemp, tetapi kerajaan persekutuan tidak menangani isu ini secara langsung sehinggalah baru-baru ini. Pada tahun 2014, Kongres telah meluluskan undang-undang membenarkan petani di beberapa negeri untuk memulakan penanaman Ganja perindustrian.

Para Saintis Telah Mengesahkan Bahawa Shakespeare Juga Menggunakan Ganja

Salah satu tuntutan yang dinyatakan oleh penggemar Ganja adalah bahawa ia meningkatkan tahap kreativiti mereka. Namun, kesannya itu tidak dapat dipastikan. Walau bagaimanapun, ramai artis dan pemuzik sepanjang sejarah telah menjelaskan mengenai penggunaan Ganja mereka..

Shakespeare, dianggap sebagai salah seorang penulis paling hebat sepanjang masa, telah menyebutkan mengenai ‘weed’ atau Ganja dalam salah satu penulisannya. Melalui penyiasatan yang dilakukan dengan menggali paip rumah beliau, para penyiasat telah menemui unsur-unsur Ganja di sana.

Bukan itu sahaja, Ganja juga turut digunakan sebagai inspirasi dalam penciptaan lagu. Salah satu lagu yang popular dinyanyikan oleh Jimi Hendrix ialah Purple Haze. Purple Haze seperti yang dijelaskan dalam artikel ini, merupakan salah satu nama jalanan Ganja. Sebenarnya, ramai artis rock yang menggunakan Ganja sepanjang tahun 1960-an dan 70-an. Pada zaman tersebut, budaya hippie sangat terkenal di kalangan remaja dan dewasa muda dan penggunaan Ganja dan dadah lain telah dikaitkan dengan budaya tersebut.

Pada masa kini, artis popular seperti Snoop Dogg menggunakan Ganja secara terang-terangan dalam muzik video dan rancangan televisyen. Ini adalah salah satu fakta ganja yang membingungkan bahawa budaya popular di Amerika Syarikat seolah-olah membenarkan penggunaan Ganja, walaupun Ganja diisytiharkan haram di negara tersebut.

Ganja Adalah Dadah Yang Paling Banyak Digunakan Di Seluruh Dunia

Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau PBB, Ganja adalah dadah yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. PBB telah menjelaskan mengenai salah satu fakta paling menarik mengenai Ganja, iaitu terdapat lebih daripada 100 juta orang dewasa di seluruh dunia menggunakan Ganja.

10% daripada Individu Yang Menggunakan Ganja Akan Menjadi Ketagih

Kajian terbaru menunjukkan bahawa Ganja mengakibatkan ketagihan dan kesan jangka panjang pada otak. Kira-kira 10% individu yang menggunakan Ganja akan menjadi ketagih.

Kesan jangka panjang dari penggunaan ganja termasuklah mempunyai IQ yang lebih rendah. Ini adalah salah satu fakta Ganja yang penting dan mungkin bermanfaat bagi remaja. Penggunaan Ganja yang bermula sejak usia muda boleh menurunkan IQ secara kekal.

Walaupun seiring perubahan undang-undang serta budaya dan terdapat lagu-lagu yang mempromosikan Ganja, Ganja masih haram di kebanyakan tempat.

Kesan Kerohanian disebabkan Ganja

Menurut beberapa pihak yang mempercayai kesan kerohanian Ganja, selagi seseorang tidak berlebihan dalam menggunakan Ganja, terdapat kesan positif yang boleh diperolehi daripadanya. Ramai individu yang menggunakan Ganja sebagai bahan rohani. Menurut mereka, penggunaan Ganja membantu memberi kesan spiritual buat masa singkat dan panjang.

Ini boleh berlaku dengan beberapa sebab seperti dos, kekerapan penggunaan, keadaan fikiran, penetapan dan keupayaan untuk menghentikan minda yang bercelaru. Membenarkan minda untuk memperolehi kedamaian dalaman dan mengamalkan pengantaraan spiritual dapat membantu memanjangkan kesan rohani ganja.

Apabila Ganja digunakan secara meditatif dengan tumpuan tertentu, ia mempunyai keupayaan untuk menjelaskan ilusi seseorang dan meningkatkan minda ke dalam keadaan minda yang lebih santai. Ganja boleh membuatkan minda seseorang untuk melupakan banyak pemikiran negatif.

Selain itu, ia menenangkan minda dan mengurangkan tahap stres seseorang. Mungkin ini merupakan salah satu sebab mengapa seseorang menggunakannya pada saat-saat tertekan. Bagi mereka, ia membolehkan seseorang menghayati hidup pada masa tersebut, dan oleh itu mereka dapat mengalami kebangkitan rohani yang mendalam.

Selama bertahun-tahun, Ganja telah digunakan sebagai bahan untuk kebangkitan rohani, yang menunjukkan mereka jalan untuk tujuan yang konstruktif atau destruktif. Individu yang mencari penyembuhan rohani dikatakan boleh menggunakan Ganja untuk mengembangkan kesedaran mereka dan memanfaatkan keupayaan psikik semula jadi mereka.

Sumber

https://www.medicalnewstoday.com/articles/246392

https://www.livescience.com/56600-odd-facts-marijuana.html

https://www.verywellmind.com/basic-facts-about-marijuana-67790

Summary
Fakta Menarik Mengenai Ganja
Article Name
Fakta Menarik Mengenai Ganja
Description
Tanaman Ganja tumbuh secara semulajadi di Asia Tengah dan Selatan. Tiga jenis utama Ganja adalah cannabis indica, sativa, dan ruderalis.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: