Exco Melaka merokok di zon larangan merokok
Terdapat sebuah artikel yang melaporkan bahawa Exco Melaka dilihat merokok dalam sidang media melibatkan ramai pemimpin daripada Barisan Nasional dan PPBM.

Dalam akhbar atas talian ‘theSundaily’, terdapat sebuah artikel yang melaporkan bahawa Exco Melaka dilihat merokok dalam sidang media melibatkan ramai pemimpin daripada Barisan Nasional dan PPBM. Hal ini mendapat kecaman masyarakat memandangkan tempat itu ternyata merupakan zon bebas merokok. 

Kejadian itu direkodkan dan dipaparkan dalam laman web ‘Sin Chew Daily’. Dalam video tersebut, salah seorang ahli yang merokok itu dilihat mula merokok setelah membuat panggilan telefon.

Jadi, adakah ini contoh positif daripada pemimpin yang diharapkan dapat memimpin masyarakat ke jalan yang lebih baik?

Mengapa zon bebas rokok disediakan?

Sejak awal tahun, kerajaan telah menetapkan larangan merokok di tempat-tempat tertentu terutamanya di kawasan yang melibatkan orang awam. Ini termasuklah di premis makanan seperti di restoran mahupun di kedai-kedai makan biasa. Malah, langkah ini juga telah dilaksanakan oleh universiti tempatan bagi menyokong langkah positif ini.

Zon bebas rokok ini bukan sahaja melibatkan rokok tetapi juga merangkumi vape, shisha dan alat pemanasan tembakau. Individu yang berkenaan perlu menjarakkan diri mereka daripada kawasan awam jika mahu menghisap rokok atau sebagainya.

Ini adalah satu langkah baik agar individu lain tidak terjejas dengan asap rokok terutamanya seperti golongan kanak-kanak, ibu mengandung dan warga tua. Apabila anda menghirup asap rokok daripada perokok, anda digelar ‘secondhand smoker’.

Individu yang ingkar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 manakala pengusaha kedai makan dan restoran pula berdepan dengan denda tidak melebihi RM3,000 sekiranya mereka tidak menetapkan peraturan itu di premis sendiri.

Kesan negatif asap rokok bagi ‘secondhand smoker’

Adakah anda tahu bahawa ‘secondhand smoker’ juga mempunyai risiko yang sama seperti perokok biasa. Bukankah ini tidak adil bagi individu yang tidak merokok? Berdasarkan ‘American Cancer Society’, asap daripada perokok boleh menyebabkan keadaan seperti:

JADI,

Setiap individu haruslah ambil berat akan hal terutamanya jika anda adalah seorang perokok. Malah, kerajaan juga ada menyediakan kawasan khas jika anda mahu merokok di kebanyakan tempat awam seperti lapangan terbang, pusat beli-belah dan kawasan-kawasan awam tertentu.

Malah, ianya tidaklah begitu menyusahkan untuk menjarakkan diri anda daripada orang ramai sekiranya anda ingin merokok bukan? Anda bukanlah disuruh untuk berhenti merokok serta merta, tetapi lebih kepada membantu individu lain agar tidak terdedah kepada asap rokok tersebut.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.thesundaily.my/local/malacca-exco-members-smoke-during-press-conference-BF2070829

SUMBER

  1. https://www.thesundaily.my/local/malacca-exco-members-smoke-during-press-conference-BF2070829
  2. https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/01/01/penguatkuasaan-larangan-merokok-di-premis-makanan-sepenuhnya-bermula-hari-ini-1-januari-2020/
  3. https://www.sinchew.com.my/content/content_2226964.html?fbclid=IwAR014ghfsqBuz7V7c00n1rN7Z6n4pssZAcSsRk4P5l7upbHCnj-2CaytXkQ
  4. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/tobacco-and-cancer/secondhand-smoke.html
Summary
Exco Melaka merokok ketika sidang media: Apakah fungsi zon larangan merokok jika ia tidak dipraktikkan?
Article Name
Exco Melaka merokok ketika sidang media: Apakah fungsi zon larangan merokok jika ia tidak dipraktikkan?
Description
Ada artikel melaporkan bahawa Exco Melaka dilihat merokok dalam sidang media melibatkan ramai pemimpin daripada Barisan Nasional dan PPBM.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: