Eucerin Hyaluron-Filler Day

Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15 bertindak untuk menangani tanda-tanda penuaan awal pada kulit kering anda. Krim daripada Eucerin ini akan menghilangkan garis-garis halus dan bahkan kedutan terdalam pada wajah untuk penampilan yang lebih remaja dan melindungi kulit daripada penuaan pramatang yang disebabkan oleh sinaran matahari yang terik.

Keberkesanan Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15

Campuran unik Eucerin dengan molekul tinggi dan rendah Asid Hyaluronik dan Glycine Saponin  memberikan pendekatan yang disasarkan untuk mengesan kerutan yang mendalam. Asid Hyaluronik adalah molekul tinggi yang mampu meningkatkan penghidratan dan melicinkan lapisan kulit pertama sementara Asid Hyaluronik molekul rendah yang 40 kali lebih kecil mampu menembusi lebih jauh ke dalam lapisan kulit epidermis di mana kedutan yang lebih mendalam bermula.

Glycine Saponin menyokong pengeluaran Asid Hyaluronik pada lapisan dermis di mana kedutan terdalam terbentuk. Sebagai tambahan, perlindungan SPF 15 dan UVA pada Eucerin Hyaluron-Filler Day membantu mencegah penuaan kulit pramatang yang disebabkan oleh sinar matahari dan mengelakkan kedutan yang semakin mendalam.

Penemuan utama Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15

Di antara kajian klinikal dan dermatologi yang lain, kajian Product-in-use (PiU) dilakukan terhadap 126 wanita (50% berumur 30-39 tahun). Hasil berikut dilaporkan setelah penggunaan Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15 selama empat minggu:

84%: Mencegah pembentukan garis-garis halus dan kedutan pada wajah

96%: Perlindungan tahan lama daripada kulit menjadi kering

84%: Menjadikan kulit berseri dan kelihatan lebih halus

90%: Asas solekan yang ideal

Kelebihan Produk:

  • Bukan komedogenik
  • Asas solekan yang sangat baik
  • Menggunakan bahan wangian yang ringan
  • Penapis UVA spf15
  • Perlindungan UVA

Bahan-bahan utama Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15

Glycine Saponin

Glycine Saponin juga dikenali sebagai Glycine Soja Germ Extract. Ia adalah bahan aktif yang diekstrak daripada kacang soya. Glycine Saponin adalah salah satu perangsang Asid Hyaluronik yang paling berkesan dalam sel lapisan kulit dan telah terbukti dapat meningkatkan pengeluaran Asid Hyaluronik hingga 256% pada tahap sel.

Asid hyaluronik

Asid hyaluronik terbentuk oleh sel-sel kulit dan merupakan sebahagian daripada tisu penghubung kulit. Salah satu fungsi utamanya adalah mengekalkan kelembapan, dan mempunyai kemampuan untuk mengikat antara 1.000 hingga 10.000 kali beratnya sendiri di dalam air. Seiring bertambahnya usia, keupayaan semula jadi kulit untuk menghasilkan Asid Hyaluronik semakin menipis dan kedutan akan mula terbentuk secara mendalam.

Bagaimana bahan-bahan utama bekerjasama

Inti formula Eucerin Hyaluron-Filler yang unik adalah gabungan unik Asid Hyaluronik molekul tinggi dan rendah:

– Asid Hyaluronik molekul tinggi juga dikenali sebagai Asid Hyaluronik berantai panjang, ia kekal pada  permukaan kulit untuk meningkatkan penghidratan pada lapisan terluar epidermis di mana garis-garis halus dan kedutan berpunca.

– Molekul dalam Asid Hyaluronik molekul rendah juga dikenali sebagai Asid Hyaluronik berantai pendek iaitu 40 kali lebih kecil daripada Asid Hyaluronik molekul tinggi dan ia mampu meresap lebih jauh ke dalam lapisan epidermis untuk merangsang pengeluaran Hyaluronik kulit sendiri.

Dalam kebanyakan formula, Asid Hyaluronik digabungkan dengan Glycine Saponin secara bio aktif yang dapat menembusi lebih dalam pada lapisan kulit. Ia merangsang pengeluaran Asid Hyaluronik dan menambah kelembapan di mana kedutan lebih mendalam berasal. Garis-garis halus dan kedutan terasa lebih anjal dan kulit dilicinkan untuk penampilan yang lebih segar.

Cara penggunaan Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15

  • Sapukan krim pada waktu pagi ke wajah dan leher setelah mencuci muka dengan bersih.
  • Urut dengan lembut ke kulit.
  • Elakkan daripada terkena kawasan mata.
  • Untuk hasil terbaik, gunakan bersama Eucerin Hyaluron-Filler Night, Eucerin Hyaluron-Filler Eye SPF15 dan Eucerin Hyaluron-Filler Concentrate.
  • Diikuti dengan Eucerin Sun Fluid Photoaging Control SPF 50 apabila perlindungan tambahan matahari diperlukan.
Summary
Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15
Article Name
Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15
Description
Eucerin Hyaluron-Filler Day SPF 15 bertindak untuk menangani tanda-tanda penuaan awal pada kulit kering anda.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: