eSPBT

Masa kian pantas berlalu Bersama kemajuan yang semakin pesat kini, pinjaman buku teks pun menggunakan system eSPBT. Kalau sudah ada huruf e dipangkalnya ia sudah mestinya berkaitan dengan servis atas talian. Sistem eSPBT KPM ini menyediakan sistem pesanan buku teks secara online.

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan salah satu program bantuan penting yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program pinjaman buku teks ini telah dilaksanakan sejak  tahun 1975. Namun pada waktu itu hanya tertakluk kepada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Lapan tahun selepasnya pada tahun 1983, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri turut mendapat bantuan skim pinjaman buku teks tersebut.

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.

Tujuan pihak KPM menyediakan bantuan ini adalah bagi memastikan para pelajar yang berasal daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dapat menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.

Perkara ini bukan sahaja meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu, malahan ia turut memastikan murid tersebut tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat ini juga antara usaha mengawal penggunaan buku teks.

Selepas tahun silih berganti, pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam system Pendidikan di Malaysia. Paling ketara sekali apabila sekarang KPM melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr). Semuanya berubah dengan menggunakan kaedah perhubungan atas talian bagi setiap urusan pembelajaran.

Bermula sahaja tahun yang baru setiap pelajar akan menerima buku teks sekolah yang baharu. Sekiranya ia dilakukan secara manual, dalam situasi pandemik begini sudah menambahkan bebanan kerja pegawai yang terlibat. Oleh itu bagi memudahkan kaedah pengurusan skim pinjaman buku teks ini, pihak kementerian telah membangunkan dan menyediakan sistem pesanan buku teks online.

BTBT Online adalah versi sistem pesanan terdahulu yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i. Sistem ini hanyalah digunakan oleh pegawai yang tertentu daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urus setia sistem.

Setelah mangambil perhatian perkembangan dan keperluan semasa sistem eSPBT telah dibangunkan sebagai tambahbaik ke atas sistem sebelumnya. Sistem yang baru ini boleh digunakan secara atas talian dan capaian internet melalui laman web https://espbt.moe.gov.my. Sistem ini juga hanyalah digunakan oleh pegawai yang tertentu daripada Sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urus setia sistem.

espbt

Cara Buat Pesanan Buku Teks Melalui eSPBT

Memandangkan sistem ni baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini mungkin masih terdapat guru yang memerlukan rujukan berkenaan cara membuat pesanan buku teks.

Tip: Sistem browser yang digalakkan untuk kegunaan mengakses laman web ini adalah seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox untuk mengakses laman web ini.

  • Langkah pertama adalah dengan melayari laman web rasmi Sistem Pesanan Buku Teks https://espbt.moe.gov.my/
  • Selepas itu anda akan diminta untuk masukkan kod sekolah anda serta kata laluan (password) untuk login ke sistem ini.
  • Anda hendaklah memastikan unjuran enrolment murid sekolah yang telah dimuat turun telah dilengkapkan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online.
  • Paparan baru akan keluar setalah anda berjaya login. Seterusnya anda perlu klik pada pilihan butang ‘PROFIL’. Disini anda boleh lakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkini.
  • Langkah seterusnya anda perlu klik pada pilihan butang ‘PRA PESANAN’ anda diminta untuk muat turun ‘Borang Maklumat Stok Buku’ untuk anda lengkapkan.
  • ENROLMEN MURID adalah penting bagi mengesahkan murid terbabit mendapat buku teks.
  • Untuk mengesahkan segala butiran yang telah diisikan Guru besar atau Pengetua Sekolah perlu login dengan ID pengguna dan password. Maka guru perlu log keluar daripada sistem.

Prosedur pesanan buku SPBT adalah seperti berikut:

  • Taklimat Pesanan Buku Teks SPBT
  • Jana Dan Penyediaan Data Pra Pesanan
  • Pengisian dan Pengesahan Data Enrolmen Murid dan Data Unjuran Enrolmen Murid
  • Semakan Data Enrolmen Dan Data Unjuran Enrolmen Murid
  • Pengesahan Data Enrolmen Dan Unjuran Enrolmen Murid
  • Kemasukan Data Pesanan
  • Pengesahan Data Pesanan
  • Semakan Status Pesanan Sekolah
  • Semakan dan Pembetulan Data / Agihan Dalaman
  • Pembentangan Data dan Kos Pesanan untuk kelulusan Pengarah JPN
  • Serahan data pesanan kepada BSTP mengikut format yang ditetapkan
  • Kelulusan untuk penurunan waran dan penentuan kelompok pesanan
  • Semak Jumlah Naskhah, Perbelanjaan dan Penyata BTBT481, 451 dan bandingkan dengan Penyata BTBT320
  • Penyediaan Kontrak Pesanan (Contract Order)
  • Jana dan Simpan Penyata Pesanan BTBT320, 481, 451
  • Serah Kontrak Pesanan (Contract Order) berserta Penyata BTBT481, 451 kepada Penerbit
  • Pembekalan Buku Teks
  • Pemantauan Pembekalan dan Tuntutan Pembayaran

Kini and juga boleh dapatkan buku teks digital secara online.  Berikut adalah link untuk pelajar sekolah menengah (SMK) tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 yang telahpun disediakan pihak kpm untuk tahun 2021

  • Saluran Pertama www.textbook.moe.gov.my
  • Saluran Kedua https://drive.google.com boleh gunakan saluran kedua untuk muat turun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

SUMBER:

Login eSPBT KPM: Panduan Sistem Pesanan Buku Teks SPBT (ecentral.my)

Login eSPBT KPM: Panduan Sistem Pesanan Buku Teks SPBT – Portal Cikgu

Summary
eSPBT  Sistem Pesanan Buku Teks Online
Article Name
eSPBT Sistem Pesanan Buku Teks Online
Description
Masa kian pantas berlalu Bersama kemajuan yang semakin pesat kini, pinjaman buku teks pun menggunakan system eSPBT. Kalau sudah ada huruf e dipangkalnya ia sudah mestinya berkaitan dengan servis atas talian. Sistem eSPBT KPM ini menyediakan sistem pesanan buku teks secara online.
Tagged: