epf kiosk

EPF kiosk membantu ahli kwsp untuk membantu daftar i-Akaun dimana-mana sahaja tempat yang mempunyai kiosk tanpa perlu walk-in ke kaunter dan membuat temujanji.

Urusan di kiosk KWSP sebelum daftar i-Akaun adalah bertujuan mendaptkan kod TAC bagi pengaktifan i-Akaun dengan pengesahan cap jari ahli bagi menjana Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan MyKad. Apabila telah menerima TAC, barulah ahli dapat mengakses akaun i-Akaun.

Perkhidmatan Yang Boleh Dilakukan Di Kiosk KWSP

Perkhidmatan lain yang boleh dilakukan di Kiosk KWSP ialah:

  • Aktivasi TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Pendaftaran i-Akaun
  • Cetak Penyata
  • Semak/Kemaskini Profil

i-Akaun

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi Ahli atau Majikan untuk menguruskan akaun KWSP (EPF).
Perkihdmatan dalam i-Akaun adalah seperti berikut :

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
  • Memang mudah kalau daftar i-Akaun ni kan?

Langkah Mendaftar i-Akaun Di EPF Kiosk.

epf kiosk

Langkah 1: Pengesahan Kad Pengenalan & Cap jari.
Masukkan nombor kad pengenalan anda, nombor telefon terkini dan cap jari

Langkah 2: Terima TAC.
Dalam masa 10 saat akan keluarkan satu resit yang mepaparkan nombor ID beserta dengan SMS kod TAC yang dihantar oleh KWSP.

Langkah 3: Download i-Akaun.
Sila install aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit atau anda boleh mengunakan website.

Langkah 4: Masukkan User ID yang diterima melalui SMS dan klik Next.

epf kiosk

Langkah 5 :Masukkan password yang diterima melalui SMS dan klik Login.

Langkah 6: Baca terma dan syarat dan klik pada check box, kemudian klik Next

Langkah 7:

  • Cipta satu New User Id yang anda inginkan pada bahagian User Id. User id mesti mengandungi alphanumeric 8-16 digit.
  • Cipta satu New Password yang mengandungi gabungan 8-20 alphanumeric, digit dan masukan semula pada Confirm the new password.
  • Pilih satu Online Image
  • Masukkan Secret Phrase dengan maksimum 10 characters panjang dan kilik Next


Langkah 8: Aktif akaun Berjaya akan dipaparkan pada skrin.

Langkah 9: Ahli boleh terus login ke i-Akaun.

Anda juga boleh rujuk user manual ini

Senarai Lokasi EPF Kiosk Di Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan KL

Lokasi Kiosk KWSP Wilayah Persekutuan KL


KWSP Kepong
No. 1 & 3
Jalan Laman Rimbunan Raya 1
Laman Rimbunan
52100 Kepong, Kuala Lumpur

KWSP Seri Petaling
No. 2, Jalan Radin Bagus 6
Bandar Baru Seri Petaling
57000 Kuala Lumpur

KWSP Jalan Raja Chulan
Ground Floor, Mezzanine & Level 1
Bangunan KWSP Changkat Raja Chulan
Off Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

KWSP Kuala Lumpur
Ground Floor KWSP Building
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

KWSP Wangsa Maju epf kiosk
No. 32A, Dataran Wangsa
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

Lokasi Kiosk KWSP Selangor


KWSP Gombak
Lot 5, Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor

KWSP Kajang epf kiosk
Ground Floor, Mezzanine, Level 1, 2 & 3
No. 1, Jalan Hentian 3
Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko
43000 Kajang
Selangor

KWSP Klang epf kiosk
Ground Floor & Level 1
Unit B-G-1, North Tower (Tower B)
BBT One The Towers
Lebuh Batu Nilam 1
Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
Selangor

KWSP Kuala Selangor epf kiosk
Ground Floor & Level 1
No. 1, Jalan Medan Niaga 6
Medan Niaga
45000 Kuala Selangor
Selangor

KWSP Learning Campus epf kiosk
Persiaran KWSP
43000 Kajang
Selangor

KWSP Petaling Jaya Services Counter
PJX-HM Shah Tower
Lot A, Ground Level, PJX-HM Shah Tower
No. 16A, Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya
Selangor

KWSP Puchong epf kiosk
No.19 Jalan Bandar Lapan Belas
Pusat Bandar Puchong
47160 Puchong
Selangor

KWSP Rawang epf kiosk
No. 3S-10-G & 3S-10-1
Rawang One
Jalan Pintas Rawang
48000 Rawang
Selangor

KWSP Shah Alam epf kiosk
Ground Floor, Level 1 & 2
Corporate Tower IDCC Shah Alam
Jalan Pahat L 15/L
40200 Shah Alam
Selangor

Untuk melihat semua senarai koisk anda boleh klik disini

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk mendaftar i-Akaun.

Sumber:

Cara Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP & Lokasinya Di Setiap Negeri. Lagi Mudah & Cepat!

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Tagged: