Now Reading
ePerolehan: Apa itu ePerolehan dan Cara Login Secara Online

ePerolehan: Apa itu ePerolehan dan Cara Login Secara Online ePerolehan: Apa itu ePerolehan dan Cara Login Secara Online

ePerolehan merupakan satu sistem yang dibina untuk memudahkan dan menjimatkan masa pengguna. Sistem ini berasaskan laman web dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Eperolehan Login Masuk 2022, Portal Pembekal Kerajaan

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan beberpa maklumat penting mengenai sistem ini termasuklah cara untuk login ke sistem ini dengan mudah dan senang untuk di fahami. 

Teruskan membaca.

Apa itu ePerolehan?

e-perolehan

Buat sesiapa yang tertanya-tanya apakah sistem ePerolehan yang dimaksudkan, anda telah memilih artikel yang tepat. 

Sistem ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang dibina bagi memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Sistem ini menukarkan proses perolehan yang dilakukan secara manual sebelum ini kepada sistem yang berasaskan internet, lebih teratur dan data dijana secara automatik.

Melalui sistem ini, pihak pembekal boleh mempamerkan produk -produk mereka di dalam jaringan web yang boleh diakses oleh seluruh dunia. Selain it, urusan menerima, menguruskan dan memproses pesanan dan pembelian turut boleh dilakukan. Transaksi pembayaran juga boleh dilakukan melalui internet.

eCatalogue dalam ePerolehan

Disamping itu, dengan menggunakan sistem in, produk-produk pembekal akan kelihatan ada “value” kerana ditukarkan dalam bentuk katalog elektronik (eCatalogue) dengan kemas dan teratur. Katalog ini boleh dilihat oleh semua klient yang berpotensi untuk menjadi pembeli. 

Melalui sistem ini., pihak pembekal juga boleh menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi sistem ini. 

Antara kelebihan lain sistem ini ialah, para pembekal boleh mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan secara online. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui sistem ini.

Bagaimana hendak mendaftar/log masuk ke sistem ePerolehan secara online?

Baca langkah-langkah mudah di bawah. 

Cara Daftar Dan Login Secara Online

Sekiranya anda belum pernah mendaftar di sistem ini, anda perlu mendaftar sebagai pembekal terlebih dahulu. Anda boleh mendaftar dan login dengan menggunakan komputer atau pun telefon bimbit yang mempunyai capaian internet bersesuaian.

Daftar sebagai pembekal

  1. Layari laman web rasmi sistem ePeroehan : https://www.eperolehan.gov.my
  2. Klik “Pendaftaran Pembekal Baharu”.
  3. Anda akan di bawa ke halaman berikutnya. Sila pilih jenis akaun untuk didaftarkan. Baca dengan teliti sebelum pilih. 

Jenis Akaun:

  • Akaun Asas
  • Akaun MOF
  • Akaun G2G
  1. Kemudian, klik “Seterusnya”. 
  2. Dihalaman berikutnya, terma dan syarat dipaparkan. Sila baca dengan teliti dan klik kotak di bahagian bawah menandakan anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut.
  3. Klik “Seterusnya” lagi.
  4. Anda akan diminta untuk mengisi maklumat akaun yang merangkumi jenis perniagaan/syarikat dan nombor pendaftaran perniagaan.
  5. Selepas itu, klik “Seterusnya” lagi.
  6. Anda dikehendaki mengisi borang permohonan pendaftaran untuk mendaftar sebagai pembekal.
  7. Ikut arahan selanjutnya dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki agar permohonana anda tidak ditolak.

Login Sistem ePerolehan Secara Online.

Menggunakan telefon bimbit

Berikut ialah cara login ePerolehan mobile yang boleh diakses secara online menggunakan telefon bimbit dengan capaian internet.

ePerolehan Login, Pendaftaran Dan Semak Tender 2021 - Portal Malaysia
  1. Layari laman web rasmi sistem ePerolehan : https://www.eperolehan.gov.my
  2. Klik simbol 3 titik bahagian atas, dan pilih “Desktop Site”.
  3. Dengan itu, paparan anda akan seperti paparan komputer.
  4. Di halaman utama website, lihat senarai pautan yang anda di bawah bahagian “Pautan Segera”.
  5. Piih, “Log Masuk Ke ePerolehan”
  6. Masukkan ID dan kata laluan anda dan klik, “Log Masuk”.
  7. Kini anda telah berjaya login ke sistem ePerolehan.

Menggunakan komputer

  1. Ikuti langkah yang sama seperti diatas (skip langkah kedua).

Atau, sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/login

Senarai perkhidmatan dalam ePerolehan

Berikut ialah senarai perkhidmatan yang terdapat dalam sistem ePerolehan. Selepas selesai login, anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem ini.

See Also

Antaranya ialah:

  • Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
  • Menghantar permohonan
  • Menerima Permohonan
  • Menyemak status permohonan
  • Menyerahkan tawaran tender
  • Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
  • Katalog Elektronik (eCat)
  • Cara daftar ePerolehan

ePerolehan Tender

Bagi mana-mana syarikat yang berkelayakan anda boleh memohon ePerolehan tender. Apa yang anda kena lakukan dahulu ialah selesaikan nombor pendaftaran MOF dengan menjadi Pembekal Baharu untuk memudahkan proses selanjutnya. 

Cara masuk ePerolehan tender

Untuk memohon ePerolehen Tender, syarikat anda mestilah berdaftar dengan MOF. Sekiranya ya, anda boleh terus login ke sistem ini dan memilah mana-mana tender yang diinginkan. 

Sistem ePerolehan yang dibina secara online ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua orang yang memerlukan.  Dengan wujudnya sistem ini, urusan menjadi lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.Sila baca dengan teliti segala arahan, terma & syarat dan sebagainya sebelum memohon. 

Semoga perkongsian kali ini di https://www.ceriasihat.com bermanfaat buat sesiapa yang ingin tahu mengenai sistem ePerolehan. 

 Sekian.

Sumber:

https://selangorkini.my/2019/08/kementerian-kewangan-siasat-isu-bernama-tidak-carum-kwsp/
https://therohani.com/login-eperolehan/
https://www.facebook.com/fanacitraresources/posts/apa-itu-e-perolehansistem-perolehan-elektronik-itu-yang-lebih-dikenali-sebagai-e/1666104440273097/
https://www.eperolehan.gov.my/online-registration

error: Content is protected !!