epengambilan PDRM

Jika anda mempunyai cita-cita untuk menjadi atau berkhidmat sebagai anggota Polis portal ePengambilan PDRM ini adalah jawapannya. Portal ini merupakan portal rasmi yang telah dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia bagi pengambilan baharu anggota PDRM Untuk setiap sesi.

Sehingga kini seramai 137,574 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam yang berkhidmat di bawah naungan Polis Diraja Malaysia. Melihat sahaja bilangan anggota Polis ini pastinya kita dapat bayangkan kepelbagaian tugas yang dilaksanakan oleh pihak Polis, termaksuklah tugas-tugas am, pentadbiran, urusan orang awam sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti mencegah kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

PDRM juga turut dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan sokongan ini tetap memberikan peranan yang penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Menjaga ketenteraman awam ini bukanlah satu perkara yang mudah. Bukan itu sahaja badan seperti PDRM juga perlu melaksanakan beberapa tugasan sampingan seperti pentadbiran, teknikal dan macam-macam lagi. Oleh itu, melalui portal e-Pengambilan ini memudahkan urusan PDRM untuk mengambil anggota baharu.

Sekiranya anda berminat dan mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi anggota polis anda bolehlah membuat permohonan di Sistem ePengambilan PDRM.

Sistem ePengambilan PDRM


Di sini kami kongsikan kepada anda cara membuat pendaftaran baru di portal ePengambilan PDRM

PENDAFTARAN BARU

ePengambilan PDRM
  • Untuk mendaftar anda hendaklah pergi ke portal ePengambilan PDRM di: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
  • Setelah paparan muka portal terpapar sepenuhnya anda boleh klik pada pilihan butang Pendaftaran Baru untuk membuat pendaftaran.
  • Selepas itu anda perlulah memenuhkan ruangan kosong yang di sediakan pada maklumat pengguna. Setelah selesai anda perlu klik pada pilihan butang Serah
  • Akaun anda akan di aktifkan melalui email. Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu tunggu dan semak email anda.
  • Namun, sekiranya anda tidak menerima sebarang e-mel, anda perlu pergi ke portal ePengambilan dan klik pada pilihan butang Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID bagi tujuan pengaktifan akaun.
epengambilan PDRM
  • Sekiranya anda terlupa Kata Laluan yang telah didaftarkan, anda perlu klik pada pilihan butang Lupa Kata Laluan.
ePengambilan PDRM
  • Jika anda tidak menerima e-mel untuk Kata Laluan baru, anda perlu klik pada pilihan Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan.

SEMAK JAWATAN

  • Bagi menyemak syarat-syarat kelayakan memohon anda perlu klik pada tab Skim Jawatan.
epengambilan PDRM
  • Jika anda berminat untuk mengisi kekosongan anda perlu klik pada tab Iklan untuk menyemak Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  • Di situ anda boleh kenal pasti permohonan jawatan yang di buka melalui warna yang terpapar dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
epengambilan PDRM
  • Anda boleh klik pada ikon tersebut untuk mendapatkan keterangan.

LOG MASUK DAN CARA MENGISI BORANG

  • Anda hendaklah masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik pada pilihan butang Log Masuk.
epengambilan PDRM
  • Kemudian klik pada menu Maklumat Peribadi, dan pastikan anda memenuhi ruangan yang bertanda * ruangan tersebut adalah wajib. Selepas anda penuhkan dan semak sila klik pada butang pilihan Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  • Seterusnya dalam tab Keluarga, ruangan maklumat ibu-bapa adalah wajib untuk dipenuhkan. Anda perlu klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  • Dalam tab Akademik, ruangan maklumat SPM dan PT3/PMR adalah ruangan wajib untuk dipenuhkan. Setelah selesai klik pada pilihan butang Simpan.
  • Dalam tab Ko-Kurikulum, anda perlu isikan sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk ruangan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

PERMOHONAN POLIS

  • Untuk permohonan Polis klik pada pilihan butang menu Permohonan Polis dan pilih Permohanan Baru.
epengambilan PDRM
  • Anda hendaklah menyemak dahulu maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum serta pastikan maklumat adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  • Seterusnya, dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan. Kemudian, klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  • Anda dikehendaki memilih setiap pengakuan di tab Pengakuan Pemohon.
  • Dalam tab Pengesahan Pemohon, borang yang telah dihantar, tidak boleh dikemaskini. Pastikan maklumat yang anda isi adalah lengkap dan tepat.
  • Kemudian anda boleh klik pilihan butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

SEMAK STATUS PERMOHONAN

  • Anda perlu klik pada menu Semak Status Permohonan untuk menyemak permohonan anda.
  • Anda perlu masukkan No.KP Baru dan klik pada pilihan butang Semak.
  • Selepas itu, Status Pengambilan akan terpapar.
  • Kemudian, sila cetak surat panggilan tersebut.

Jadi sekiranya anda berminat untuk menyertai PDRM janganlah berlengah lagi. Sila pergi ke portal berkenaan dan memohon. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

SUMBER:

Polis Diraja Malaysia (rmp.gov.my)

https://www.portalmalaysia.com/epengambilan-pdrm/

https://ecentral.my/e-pengambilan-pdrm/

Summary
ePengambilan PDRM: Portal Bagi Bakal Polis Malaysia
Article Name
ePengambilan PDRM: Portal Bagi Bakal Polis Malaysia
Description
Jika anda mempunyai cita-cita untuk menjadi atau berkhidmat sebagai anggota Polis portal ePengambilan PDRM ini adalah jawapannya. Portal ini merupakan portal rasmi yang telah dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia bagi pengambilan baharu anggota PDRM Untuk setiap sesi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: