enuresis malam
Kencing malam yang juga dipanggil sebagai masalah lemah kawalan kencing (incontinence) pada waktu malam atau enuresis malam keadaan ialah kelakuan buang air kecil secara tidak sengaja semasa tidur.

Kencing malam yang juga dipanggil sebagai masalah lemah kawalan kencing (incontinence) pada waktu malam atau enuresis malam keadaan ialah kelakuan buang air kecil secara tidak sengaja semasa tidur. Masalah ini menyebabkan ia sukar untuk kekal kering semasa tidur di malam hari.

Cadar dan baju tidur lencun serta kanak-kanak yang malu adalah perkara biasa yang berlaku dalam kebanyakan rumah. Namun, jangan berputus asa kerana kencing malam bukanlah satu petanda bahawa latihan tandas yang dibuat tidak bermanfaat. Ini selalunya merupakan sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak.

Biasanya, kencing malam sebelum umur 7 tahun tidak begitu membimbangkan. Pada usia ini, anak anda masih belum boleh mengawal kawalan pundi kencing pada waktu malam.

Sekiranya masalah kencing malam berlanjutan, rawat masalah ini dengan kesabaran dan pemahaman. Perubahan gaya hidup, latihan pundi kencing, penggera kelembapan dan pengambilan ubat kadangkala boleh membantu mengurangkan isu kencing malam ini.

Simptom Enuresis Malam (Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak)

Inkontinensia urin ditakrifkan sebagai kehilangan kawalan pundi kencing. Bagi kanak-kanak, ini sering menyebabkan pakaian kotor atau kencing di tempat tidak sepatutnya pada waktu malam. Walaupun tingkah laku ini lazim dalam kalangan kanak-kanak yang masih berlatih menggunakan bekas najis, kebanyakannya sudah boleh membiasakan diri apabila berumur 3 tahun.

Tanda-tanda dan gejala pundi kencing yang terlalu aktif pada kanak-kanak mungkin sukar ditemui. Biasanya, penjaga perlu melihat gejala berikut:

  • Kencing yang kerap pada siang hari selepas umur 3 tahun, atau kencing malam selepas umur 4 tahun.
  • Menggunakan tandas dengan lebih kerap, atau selalu bergegas ke tandas.
  • Mengalami tidur yang terganggu.

Punca Enuresis Malam (Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak)

Penyebab pundi kencing yang terlalu aktif pada kanak-kanak adalah berbeza-beza. Antara sebab yang paling biasa termasuk:

  • Kafein. Bahan ini yang ditemui dalam minuman tenaga adalah diuretik yang memaksa cecair keluar dari badan dan boleh menyebabkan kencing lebih kerap. Ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot dalam pundi kencing yang sering berlaku.
  • Alahan. Makan atau minum sesuatu yang menjadi penyebab kepada alahan kanak-kanak juga boleh menyebabkan pundi kencing yang terlalu aktif.
  • Kebimbangan. Situasi yang menakutkan atau membimbangkan kanak-kanak juga boleh mencetuskan kencing tanpa sedar.  
  • Struktur pundi kencing. Masalah ini juga boleh berlaku jika pundi kencing itu sendiri tidak normal atau terdapat beberapa kelainan dalam sistem pundi kencing atau sistem sambungan lain.
  • Kerengsaan pada dinding pundi kencing. Pundi kencing boleh bertindak balas terhadap jangkitan atau kerengsaan dengan melepaskan air kencing dengan kerap. Ini kemudian menyebabkan gejala pundi kencing kanak-kanak menjadi terlalu aktif.

Pundi kencing terlalu aktif juga boleh berlaku jika badan tidak menghasilkan hormon ADH yang mencukupi. Bahan kimia ini melewatkan pengeluaran air kencing, dan tubuh lebih cenderung menghasilkan lebih banyak ADH pada waktu malam.

Diagnosis Enuresis Malam (Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak)

Bergantung kepada keadaan, doktor boleh mengesyorkan perkara berikut untuk mengenal pasti punca asas masalah kencing malam dan membantu menentukan rawatan yang sesuai seperti:

  • Ujian fizikal.
  • Perbincangan mengenai gejala, pengambilan cecair, sejarah keluarga, tabiat usus dan pundi kencing dan masalah yang berkaitan dengan kencing malam.
  • Ujian air kencing untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan atau kencing manis.
  • Sinar-X (X-ray) atau ujian pengimejan lain bagi buah pinggang atau pundi kencing bagi melihat struktur saluran kencing.
  • Ujian atau penilaian saluran kencing yang lain jika diperlukan.

Faktor Risiko Enuresis Malam (Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak)

Masalah kencing malam boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tetapi ia adalah dua kali ganda lebih biasa berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Beberapa faktor telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kencing malam, termasuk:

  • Tekanan dan kebimbangan. Situasi yang memberi tekanan seperti menjadi abang atau kakak, memulakan sekolah baru, atau tidur jauh dari rumah boleh mencetuskan masalah kencing malam ini.
  • Sejarah keluarga. Jika satu atau kedua ibu bapa kanak-kanak mengalami masalah kencing malam semasa kecil, anak mereka juga berkemungkinan mendapat masalah sama.
  • Gangguan perhatian /hiperaktif (attention-deficit/ hyperactive disoder – ADHD). Masalah kencing malam lebih kerap berlaku pada kanak-kanak yang menghidap ADHD.

Rawatan Enuresis Malam (Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak)

Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam dengan sendirinya. Jika rawatan diperlukan, ia boleh dibuat berdasarkan perbincangan mengenai pilihan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti apa yang terbaik untuk situasi anak anda.

Sekiranya anak anda tidak rasa terganggu atau malu dengan masalah kencing malam, perubahan gaya hidup seperti mengelakkan kafein dengan sepenuhnya dan mengehadkan pengambilan cairan pada sebelah petang boleh membantu. Walau bagaimanapun, jika perubahan gaya hidup tidak berjaya atau jika mereka takut akan terkencing pada waktu malam, dia mungkin akan dibantu dengan rawatan tambahan.

Sekiranya terdapat masalah lain yang menjadi penyebab kencing malam, seperti sembelit atau apnea tidur, masalah ini harus ditangani dahulu sebelum membuat rawatan lain.

Pilihan untuk merawat kencing malam boleh termasuk menggunakan penggera kelembapan (moisture alarms) dan ubat-ubatan.

Penggera lembapan (moisture alarms)

Peranti kecil ini dikendalikan oleh bateri dan boleh didapati di kebanyakan farmasi. Sambungkan peranti ini ke pad sensitif kelembapan pada baju tidur atau tempat tidur anak anda. Apabila pad sensasi basah, penggera akan berbunyi.

Sebaik, penggera kelembapan ini berbunyi sejurus selepas anak anda mula buang air kecil. Jika ini berlaku, ini memberi masa untuk anak anda bangun, berhenti kencing dan bergegas ke tandas. Jika anak anda tidak boleh bangun dengan sendiri, orang lain mungkin perlu mendengar penggera tersebut dan membangunkan anaknya.

Seterusnya, jika anda ingin mencuba kaedah penggera lembapan, berikannya banyak masa. Ia sering mengambil masa satu hingga tiga bulan untuk melihat apa-apa jenis tindak balas dan sehingga 16 minggu untuk mengatasi masalah ini. Penggera lembapan ini berkesan bagi kebanyakan kanak-kanak, mempunyai risiko kejadian berulang atau kesan samping yang rendah dan boleh memberikan penyelesaian jangka panjang yang lebih baik daripada pengambilan ubat. Namun begitu, peranti ini biasanya tidak dilindungi oleh insurans.

Ubat

Sebagai pilihan terakhir, doktor anak anda mungkin menetapkan ubat jangka masa singkat untuk menghentikan kencing malam. Jenis ubat tertentu boleh:

  • Memperlahankan pengeluaran air kencing pada waktu malam. Ubat desmopressin (DDAVP) mengurangkan pengeluaran air kencing pada waktu malam. Namun, minum terlalu banyak cecair dengan ubat boleh menyebabkan masalah, dan ubat ini harus dielakkan jika anak anda mengalami gejala seperti demam, cirit-birit atau mual. Pastikan anda mematuhi arahan dengan teliti semasa menggunakan ubat ini.

Di samping itu, ubat desmopressin diberikan secara oral sebagai tablet dan hanya digunakan bagi kanak-kanak berumur lebih 5 tahun. Menurut pakar, formulasi semburan hidung desmopressin (Noctiva, yang lain) tidak lagi disyorkan untuk rawatan kencing malam kerana risiko kesan sampingan yang serius.

  • Menenangkan pundi kencing. Sekiranya anak anda mempunyai pundi kencing kecil, ubat antikolinergik seperti oxybutynin (Ditropan XL) boleh membantu mengurangkan pengecutan pundi kencing dan meningkatkan keupayaan pundi kencing, terutamanya jika kencing dengan tidak sengaja pada siang hari juga berlaku. Ubat ini biasanya digunakan bersama ubat-ubatan lain dan umumnya disyorkan apabila rawatan lain adalah gagal.

SUMBER

https://kidshealth.org/en/teens/enuresis.html#:~:text=Nocturnal%20enuresis%20is%20involuntary%20urination,that%20happens%20with%20little%20kids.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bed-wetting/symptoms-causes/syc-20366685

https://www.webmd.com/mental-health/enuresis#:~:text=Nocturnal%20enuresis%2C%20or%20bed%2Dwetting,or%20may%20not%20be%20purposeful.

https://www.healthline.com/health/adult-bed-wetting

Summary
Enuresis Malam 'Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak' (Nocturnal Enuresis 'Bed-Wetting Sleep Disorder in Kids') - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Enuresis Malam 'Gangguan kencing malam bagi kanak-kanak' (Nocturnal Enuresis 'Bed-Wetting Sleep Disorder in Kids') - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Kencing malam, lemah kawalan kencing (incontinence) waktu malam atau enuresis malam ialah kelakuan buang air kecil secara tidak sengaja semasa tidur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: