entopia

Tempat ini dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, kini diberikan nama barunya iaitu Entopia. Gabungan untuk Entomologi dan Utopia.

Entomologi merupakan terma saintifik atau cabang ilmu pengajian dan penyelidikan serangga manakala Utopia adalah konsep rekaan yang menggambarkan dunia khayalan seperti ada di syurga.

Misi Entopia untuk memberi inspirasi kepada orang awam untuk bersatu semula dengan alam semulajadi melalui detik-detik keajaiban di Entopia.

Di samping itu, pengunjung dapat kenali pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, pepatung, kelip-kelip, kumbang, mentadak dan invertebrate yang lain macam labah-labah, kala jengking dan ulat gonggok.

KISAH MEREKA

Entopia bermula dari David Goh, seorang pelatih muda yang cintakan rama-rama. Beliau seorang yang sangat bermotivasi untuk mula membina taman rama-rama tropika sebagai tarikan pelancong di Pulau Pinang.

Pada tahun 1986, ahli entomologi solo ini mengasaskan Taman Rama-Rama Pulau Pinang, tempat perlindungan rama-rama dan serangga tropika pertama di dunia. Taman Rama-Rama Pulau Pinang telah menarik lebih kurang 5 juta orang warga tempatan dan pelancong antarabangsa.

Tempat ini telah menjadi kebanggaan dan kegembiraan Pulau Pinang. Pada waktu puncak, ia berjaya rangkul beberapa anugerah dan dinobatkan sebagai antara lokasi teratas di Pulau Pinang daripada pelancong TripAdvisor.

VISI & MISI

Visi: Hidup Dalam Suasana Harmoni dengan Alam

Misi: Dengan saat-saat indah di Entopia, pihak Entopia mendorong tiap individu untuk berhubung kembali dengan alam.

INTIPATI JENAMA & NILAI DALAM TINDAKAN

Intipati Jenama: Sebagai manusia, kita berbincang, berkongsi dan bercerita dengan cara tersendiri. Walau bagaimanapun, sebagai manusia bertanggungjawab, pihak Entopia gunakan suara mereka untuk bantu menyebarkan kisah mereka. Mereka dikira sebagai suara dunia semulajadi.

Nilai dalam Tindakan:

  • Budaya yang disukai dan cara mereka berperilaku ditentukan oleh nilai-nilai tindakan sendiri.
  • Bersemangat tentang persekitaran
  • Sebuah Pasukan Terbaik
  • Kebolehan di dalam kejutan
  • Pengunjung yang dekat di hati

HARGA TIKET

KategoriStandardMyKad
Dewasa (13 tahun & ke atas)RM69RM49
Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun)RM49RM29
Warga Emas (60 tahun & ke atas)RM49RM29
Family Package Deal (walk-in sahaja) 2 dewasa + 2 kanak-kanakRM216RM144
Family Package Deal (walk-in sahaja) 2 dewasa + 3 kanak-kanakRM255RM167
Family Package Deal (walk-in sahaja) 2 dewasa + 4 kanak-kanakRM294  RM190
Family Package Deal (walk-in only) 2 dewasa + 5 kanak-kanakRM333RM213
Family Package Deal (walk-in sahaja) 2 dewasa + 6 kanak-kanakRM372RM236

NATURELAND (TAMAN HIDUPAN LUAR)

Natureland adalah vivarium besar taman hidupan luaran Entopia. Terdapat hampir-hampir 15,000 ekor rama-rama berterbangan di taman luaran ini yang terdiri daripada lebih kurang 50 spesis rama-rama tropika.

Selain daripada rama-rama, pengunjung dapat melihat banyak jenis reptilia, amfibia dan invertebrata- invertebrata lain hidup dan dijaga dalam habitat semulajadi. Pengunjung juga dapat melihat lebih daripada 200 spesis flora di ruang ekologi ini.

COCOON (PUSAT PENEMUAN TERTUTUP)

Selain taman luaran Natureland, Entopia pun ada pusat penemuan tertutup yang dikenali sebagai Cocoon berkonsepkan pameran pendidikan tentang dunia serangga dan invertebrata. Selain itu, ruang pameran dua tingkat ini ada beberapa bahagian.

Antaranya Pandora Forest, Metamophosis, Lumino City, Downtown Entopia dan Breeding Ground. Boleh lah pengunjung menerokai misteri hutan di bahagian Underground Mystery dan Understory Tales yang menempatkan bermacam spesies serangga dan invertebrata.

Di sinilah pengunjung boleh nampak lipas Madagascar, kumbang Man-Faced, kumbang tanduk, semut Leaf Cutter dan pelbagai lagi. Lawatan ke Cocoon yang terdiri daripada 2 tingkat dijangka ambil masa dalam sejam sebab ada stesen pendidikan yang bagi permainan interaktif.

BEBERAPA PENGANUGERAHAN ENTOPIA

2011

  • Dianugerahkan dengan Certificate of Excellence oleh TripAdvisor
  • Dinobatkan oleh Kerajaan dengan Anugerah Pelancongan Malaysia 2010-2011

2017

  • Anugerah Tarikan Pelancong Transformasi Terbaik Pulau Pinang
  • Tembok Hijau Terbesar dari Malaysia Book of Records

LAWATI GUA MISTERI ENTOPIA

Gua ini adalah laluan masuk Natureland, pengunjung boleh nampak katak dan serangga seperti lipan besar, serta beberapa tarantula Amerika Tengah dan Selatan seperti bahagian punggung harimau Guatemala, tarantula merah dan putih Brazil dan Red Knee Tarantula.

Ular pun ada di sini: ular bakau yang berbisa dengan badan berwarna hijau dan kuning bersisik. Sebilangan sangkar kaca di mana labah-labah diletakkan di dalam dinding berbentuk seperti kepala tarantula.

RUMAH POKOK ENTOPIA

Rumah Pokok ialah pokok konkrit yang bertindak sebagai mercu tanda utama Entopia. Kawasan ini biasanya menjadi tempat singgah rama-rama, yang suka berterbangan di tingkat yang lebih tinggi.

Mereka akan bertenggek di lantaran besi di mana pekerja Entopia letak potongan buah, terutamanya nanas untuk bagi rama-rama lapar makan. Siap sedia dengan kamera anda untuk ambil peluang rakam foto yang cantik.

Di sini juga ada sebuah kolam dengan dua kadal monitor air besar terletak di sebelah Rumah Pokok. Haiwan reptilia yang pemalas dan suka bermanja, berjemur atau bersantai di kolam renang yang tersedia untuk mereka.

Kalau anda teruskan berjalan ke Aroma Trail, anda dapat melingkar di bawah kubah akrilik untuk melihat kadal monitor air dari dekat.

PANDORA FOREST

Perhentian pertama adalah Pandora Forest, sebuah ruang cahaya UV yang membolehkan anda belajar tentang mitos dan lagenda rama-rama dari seluruh dunia. Skrin sentuh berbentuh bunga dekat sini ada pelbagai kisah yang sesuai untuk anak-anak juga pelbagai peringkat umur.

 Kisah dari rakyat Cina tentang kepentingan rama-rama kepada masyarakat Cherson dan masyarakat India Amerika yang lain.

Entopia adalah sebuah tempat yang mengagumkan untuk dilawati di Pulau Pinang bersama anak-anak, yang akan mendapat 3 jam keseronokan meneroka semua yang dpaat Natureland dan Cocoon tawarkan.

Akan tetapi, kalau misi anda untuk bawa anak dalam lawatan setengah hari yang menyeronokkan sambil selit-selit ilmu pengetahuan pasal serangga dan reptilia, memang inilah antara tempat terbaik di Pulau Pinang.

Sumber:

https://www.entopia.com/

https://www.penang-insider.com/entopia-penang-butterfly-farm/

Summary
Entopia: Taman untuk Dekatkan Diri Dengan Alam
Article Name
Entopia: Taman untuk Dekatkan Diri Dengan Alam
Description
Tempat ini dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, kini diberikan nama barunya iaitu Entopia. Gabungan untuk Entomologi dan Utopia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: