radiation enteritis
Sinaran radiasi biasanya digunakan dalam rawatan kanser.

Enteritis Radiasi adalah keradangan usus kecil dan/atau usus besar yang berpunca daripada rawatan radiasi di perut, organ seksual,atau rektum.

Terdapat dua jenis radiasi enteritis iaitu akut dan kronik. Enteritis akut berkembang semasa anda menjalani rawatan radiasi. Keadaan ini akan bertahan sehingga kira-kira lapan minggu selepas rawatan radiasi terakhir anda. Enteritis kronik pula boleh menyebabkan gejala yang berlangsung selama berbulan atau tahun selepas anda menyelesaikan rawatan radiasi anda.

Simptom Enteritis Radiasi

Simptom enteritis radiasi adalah cirit-birit, loya, muntah, dan kekejangan perut. Keadaan ini menyebabkan usus menjadi sakit selepas terapi radiasi kanser dijalankan. Simptom biasanya hilang beberapa minggu selepas rawatan selesai. Tetapi kadang-kadang ia boleh bertahan lebih lama. Enteritis radiasi yang berterusan boleh menyebabkan anemia dan halangan usus separa.

Diagnosis Enteritis Radiasi

Jika doktor mengesyaki anda mengalami enteritis radiasi, beliau akan bertanyakan soalan mengenai pergerakan usus anda. Doktor akan mengambil maklumat seperti bila cirit-birit anda bermula, berapa lama ia telah berlaku, rupa najis anda sama ada terdapat darah di dalam najis, dan berapa kerap anda perlu menggunakan bilik air. Doktor anda juga akan bertanya tentang diet dan ubat-ubatan yang sedang diambil.

Sebagai tambahan kepada ujian fizikal, beberapa ujian diagnostik berikut mungkin disyorkan:

  • Endoskopi: Tiub yang menyala dimasukkan melalui mulut supaya doktor dapat melihat bahagian atas usus kecil
  • Kolonoskopi: Tiub yang menyala dimasukkan ke dalam kolon, jadi doktor dapat melihat bahagian bawah usus kecil
  • Endoskopi kapsul: Anda akan menelan pil kecil mengandungi kamera, yang membolehkan doktor melihat seksyen usus kecil yang tidak dapat dilihat oleh kaedah lain
  • Ujian pengimejan lain: Antaranya adalah imbasan CT abdomen atau satu set x-ray perut yang dikenali sebagai siri gastrousus. Ia dilakukan bertujuan untuk melihat keadaan dalam perut anda.

Faktor Risiko Enteritis Radiasi

Risiko enteritis radiasi adalah lebih tinggi pada individu yang pernah atau sedang menjalani rawatan radiasi untuk kanser di dalam perut dan pelvik. Keadaan ini menyebabkan kerengsaan usus selepas terapi radiasi tersebut.

Rawatan Enteritis Radiasi

Enteritis radiasi mengakibatkan sakit usus selepas anda menjalani terapi radiasi untuk kanser.

Rawatan enteritis radiasi biasanya melibatkan penawar untuk memberikan anda keselesaan sehingga simptom tersebut hilang. Doktor mungkin akan mengesyorkan perubahan kepada diet dan ubat-ubatan anda bagi mengatasi cirit-birit dan kesakitan.

Sekiranya enteritis radiasi anda bertahan lebih lama, anda mungkin perlu menggunakan tiub untuk makan. Selain itu, antibiotik juga boleh digunakan untuk merawat bakteria yang banyak. Dalam beberapa kes, doktor akan menjalankan pembedahan kepada pesakit untuk memintas bahagian usus yang terdapat keradangan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/radiation-enteritis/symptoms-causes/syc-20355409#:~:text=Radiation%20enteritis%20is%20inflammation%20of,the%20abdomen%2C%20pelvis%20or%20rectum.

https://www.healthline.com/health/radiation-enteritis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323218

https://emedicine.medscape.com/article/197483-overview

Summary
Enteritis Radiasi (Radiation Enteritis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Enteritis Radiasi (Radiation Enteritis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sinaran radiasi boleh mendatangkan risiko kepada pesakit yang menjalaninya. Enteritis Radiasi adalah salah satu daripada risiko tersebut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: