Ensefalitis
Penyakit Ensefalitis boleh menyebabkan perubahan keperibadian, rasa kejang, lemah serta mampu menyebabkan kerosakan otak.

Ensefalitis, atau juga dikenali sebagai keradangan tisu otak adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi satu keadaan yang sangat serius. Ia boleh menyebabkan perubahan keperibadian, rasa kejang, lemah serta mampu menyebabkan kerosakan otak. Ensefalitis jenis akut yang kebanyakannya dikesan pada bayi boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal. Ensefalitis jenis parainfeksi pula boleh menjejaskan orang dewasa dan menyebabkan keradangan saraf tunjang dan otak.

Penyakit ini memerlukan rawatan hospital berserta dengan pengambilan antibiotik atau ubat anti-virus.

 

Jenis Ensefalitis

Jenis penyakit ini yang berlainan mempunyai punca yang berbeza-beza seperti:

  • Ensefalitis Jepun disebarkan melalui nyamuk.
  • Ensefalitis ‘Tick-borne’ disebarkan melalui kutu.
  • Penyakit anjing gila boleh tersebar melalui gigitan daripada spesies mamalia.

Terdapat juga Ensefalitis jenis primer atau sekunder. Ensefalitis primer atau yang berjangkit boleh dijangkiti sekiranya kulat, virus atau bakteria menjangkiti otak.

Sementara itu, Ensefalitis sekunder atau selepas jangkitan berlaku apabila sistem imun bertindak balas terhadap jangkitan sebelum ini dan menyerang otak secara tidak sengaja.

 

Punca Ensefalitis

Penyebab sebenar penyakit ini selalunya tidak diketahui. Namun begitu, faktor yang biasanya dikaitkan dengan penyakit ini adalah sama seperti jangkitan virus. Jangkitan bakteria dan keadaan keradangan yang tidak berjangkit juga boleh menyebabkan penyakit tersebut

Terdapat dua jenis Ensefalitis yang utama iaitu:

– Ensefalitis primer

Keadaan ini berlaku apabila virus atau agen lain menjangkiti bahagian otak secara langsung. Jangkitan ini mungkin bertumpu di satu kawasan atau merebak secara meluas. Selain itu, jangkitan awal ini mungkin merupakan pengaktifan semula virus yang tidak aktif selepas individu dijangkiti penyakit sama terdahulu.

 

– Ensefalitis sekunder

Keadaan ini berlaku kerana sistem imun memberikan reaksi yang salah kepada jangkitan lain di dalam badan. Sistem imun yang sepatutnya menyerang sel yang menyebabkan jangkitan telah tersilap dan menyerang sel sihat di dalam otak juga. Keadaan ini dikenali sebagai Ensefalitis selepas jangkitan atau Ensefalitis sekunder yang sering berlaku dua hingga tiga minggu selepas jangkitan awal.

Virus yang boleh menyebabkan penyakit ini termasuklah:

  • Virus ‘herpes simplex’ (HSV)

    Kedua-dua HSV jenis 1 berkaitan dengan luka dan lecur di sekitar mulut anda manakala HSV jenis 2 dikaitkan dengan herpes genital. Kedua-dua virus ini boleh menyebabkan Ensefalitis. Penyakit Ensefalitis yang berpunca oleh HSV jenis 1 jarang berlaku tetapi boleh mengakibatkan kerosakan otak yang dahsyat ataupun kematian.

  • Virus herpes yang lain

    Ini termasuklah virus ‘Epstein-Barr’ yang biasanya menyebabkan mononukleosis yang berjangkit serta virus ‘varicella-zoster’ yang biasanya menyebabkan cacar air dan kayap.

  • Virus entero

    Virus ini termasuklah virus ‘polio’ dan virus ‘coxsackie’ yang biasanya menyebabkan penyakit dengan gejala seperti selesema, keradangan mata dan sakit perut.

  • Virus bawaan nyamuk

    Virus ini boleh menyebabkan jangkitan seperti ‘West Nile’, ‘La Crosse’, ‘St Louis’, kuda barat (western equine) dan Ensefalitis kuda timur (eastern equine). Gejala jangkitan mungkin muncul dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu selepas terdedah kepada virus bawaan nyamuk.

  • Virus bawaan kutu

    Virus Powassan boleh disebarkan oleh kutu. Gejala biasanya muncul kira-kira seminggu selepas gigitan dari kutu yang dijangkiti.

  • Virus anjing gila

    Jangkitan virus anjing gila yang biasanya tersebar melalui gigitan haiwan yang dijangkiti boleh menyebabkan Ensefalitis dijangkiti dengan cepat sejurus selepas gejala bermula. Penyakit anjing gila adalah penyebab Ensefalitis yang jarang dikaitkan.

  • Jangkitan semasa kanak-kanak

    Jangkitan semasa kanak-kanak yang biasa seperti penyakit campak (rubeola), beguk dan penyakit campak Jerman (rubella) biasa menjadi penyebab Ensefalitis jenis sekunder. Punca-punca ini kini jarang berlaku di luar negara dengan adanya vaksinasi tertentu untuk penyakit-penyakit ini.

 

Simptom Ensefalitis

Gejala-gejala penyakit tersebut biasanya menyerang secara tiba-tiba dan serius. Mereka termasuklah:

  • Demam.
  • Mengantuk, letih dan mungkin juga koma.
  • Sakit kepala.
  • Perubahan personaliti, rasa jengkel atau letusan emosi.
  • Kekeliruan.
  • Kelemahan dalam satu atau lebih pada bahagian badan.
  • Kejang.
  • Benjolan lembut pada bayi.

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda atau individu lain mempunyai gejala-gejala seperti di atas.

 

Diagnosis Ensefalitis

Doktor akan bermula dengan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dan mengkaji sejarah perubatan anda.

Selain itu, doktor anda juga mungkin akan mengesyorkan pemeriksaan seperti:

  • Pengimejan otak. Imej MRI atau imej CT boleh mendedahkan sebarang pembengkakan pada otak atau keadaan lain seperti tumor yang mungkin menjadi punca berlakunya gejala Ensefalitis.
  • Ketukan tulang belakang (tusukan lumbar). Jarum yang dimasukkan ke bahagian bawah belakang anda akan mengeluarkan cecair serebrospinal (CSF) iaitu cecair pelindung yang mengelilingi ruang otak dan tulang belakang. Perubahan dalam cecair ini boleh menunjukkan sebarang jangkitan dan keradangan di dalam otak. Kadangkala, sampel CSF boleh diuji untuk mengenal pasti virus atau agen berjangkit yang lain.
  • Ujian makmal yang lain. Sampel darah, air kencing atau perkumuhan (excretion) dari bahagian belakang tekak boleh diuji untuk mengenal pasti virus atau agen berjangkit lain.
  • Electroencephalogram (EEG). Elektrod yang dilekatkan pada kulit kelapa akan merekod aktiviti elektrik otak anda. Corak yang tidak normal mungkin menunjukkan diagnosis Ensefalitis.
  • Biopsi otak. Sampel kecil tisu otak mungkin dikeluarkan untuk diuji. Biopsi otak biasanya hanya dilakukan jika gejala menjadi semakin teruk dan rawatan lain tidak berfungsi.

 

Faktor Risiko Ensefalitis

Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit tersebut. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko individu dijangkiti penyakit ini termasuklah:

  • Umur – Sesetengah jenis Ensefalitis lebih biasa atau lebih serius sekiranya dijangkiti oleh kumpulan usia yang tertentu. Secara umum, kanak-kanak dan orang dewasa lebih berisiko untuk dijangkiti kebanyakan virus jenis Ensefalitis.
  • Sistem imun yang lemah – Individu yang mempunyai HIV/ AIDS, mengambil ubat penindasan imun atau mempunyai keadaan lain yang menyebabkan sistem imun yang lemah akan meningkatkan risiko dijangkiti.
  • Kawasan geografi – Virus nyamuk atau virus kutu adalah biasa di kawasan geografi yang tertentu.
  • Musim setiap tahun – Penyakit yang disebarkan melalui nyamuk dan kutu lebih cenderung berlaku pada musim panas.

 

Rawatan Ensefalitis

Rawatan untuk Ensefalitis jenis ringan biasanya terdiri daripada:

  • Rehat di atas katil.
  • Memperbanyakkan pengambilan cecair.
  • Penggunaan ubat antiradang seperti acetaminophen (Tylenol, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin IB, yang lain) dan natrium naproxen (Aleve) untuk melegakan sakit kepala dan demam.

 

Langkah Pencegahan Ensefalitis

Terdapat kemajuan dalam mencegah beberapa penyebab ini.

  • Penghapusan penyakit cacar dan penggunaan vaksin terhadap beguk, campak dan penyakit anjing gila boleh mengurangkan kejadian Ensefalitis, terutama kepada kanak-kanak.

Vaksin tertentu juga berjaya dihasilkan bagi membantu individu yang pergi ke kawasan berisiko tinggi.

  • Mengelakkan virus yang boleh menyebabkan penyakit ini (seperti herpes) dan melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk atau kutu.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/encephalitis/symptoms-causes/syc-20356136#:~:text=Encephalitis%20(en%2Dsef%2Duh,or%20no%20symptoms%20at%20all.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/168997

https://www.healthline.com/health/encephalitis

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/understanding-encephalitis-basics

Summary
Ensefalitis (Encephalitis) - Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Article Name
Ensefalitis (Encephalitis) - Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Description
Ensefalitis merupakan sejenis penyakit keradangan tisu otak yang boleh menyebabkan perubahan keperibadian, rasa kejang, lemah serta mampu menyebabkan kerosakan otak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: