chalet janda baik

Percutian ke alam semulajadi adalah idaman kita, ia kaya dengan tempat yang penuh dengan hutan dan sungai yang cantik seperti chalet janda baik.

Ini adalah salah satu destinasi pecutian yang akan membawa anda semula kealam semulajadi, Janda Baik terkenal dengan suasana kampung, pokok-pokok menghijau dan sungai yang dalam dan bersih.

Kita sudah pastinya akan memilih penginapan yang berdekatan dengan sungai untuk nikmati keindahannya. Ini adalah 6 chalet di Janda Baik yang berharga kurang dari RM350:

1. Erya by Suria JandaBaik

Suria Hill Country House kedengaran dan nampak seperti penginapan yang eksklusif. Tetapi apa yang mengejutkan harganya sangat berpatutan dan bermula hanya dari RM200 sahaja.

Ianya merupakan perumahan persendirian dan mempunyai kebun sendiri. Anda sangat bertuah sekiranya bercuti di sini pada musim durian dan manggis!

Lengkap dengan perabot moden, televisyen skrin rata. Pengunjung boleh mengadakan sesi barbeku di dalam suasana yang damai dan kelengkapan semuanya disediakan oleh pihak resort. Terdapat sungai dan air terjun berdekatan dengan resort, anda boleh luangkan bersama keluarga di sana.

Jangan terkeliru pula kerana Erya by Suria mempunyai dua cawangan, satu di Janda Baik dan satu lagi terletak di Bentong. Jarak perjalanan mengambil masa dalam 30 minit daripada cawangan Janda Baik.

Harga: bermula dari RM200

Kemudahan: restoran Bunga Padi, mendaki, memancing, berkelah, Wi-Fi dan tempat letak kereta percuma.

Lokasi: 8567, Kampung Janda Baik and 28700, Bentong Pahang.

2. Teratak Malaya

Teratak Malaya merupakan salah satu penginapan di Janda baik yang berkonsepkan rimba. Ia mempunyai sekitar 18 buah chalet dan dua rumah pokok yang diperbuat khas daripada kayu dan buluh.

Tambahan lagi, chalet di Teratak Malaya dibina secara strategik, berlatarbelakangkan bukit dan sungai mengaalir di tepi chalet.

Berita baik buat anda peminat memancing, aktiviti tersebut dibenarkan di sungai berdekatan. Teratak Malaya ini bukan sahaja terbaik untuk dijadikan tempat percutian di hujung minggu malah mereka juga menawarkan kemudahan untuk sekolah dan syarikat untuk mengadakaan seminar.

Harga: bermula dari RM120

Kemudahan: Wi-Fi, memancing, dewan, asrama dan tempat letak kereta percuma.

Lokasi: Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang

3. Saujana Janda Baik

Bunyi bising daripada cengkerik, udara segar dan keindahan alam tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tarikan utama pengunjung ke chalet ini ialah ianya terletak di sebelah sungai.

Air yang mengalir datangnya daripada air terjun yang tidak jauh dari chalet. ia mengalir terus ke kolam kecil yang dijadikan tempat bermandi-manda.

Terdapat dua chalet yang disediakan iaitu Chemperoh Villa yang boleh memuatkan sehingga 20 orang manakala Meranti Chalet boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa. Kedua buah chalet ni dilengkapi dengan kemudahan seperti dapur, peti sejuk, bilik tidur yang selesa dan lain-lain.

Saujana Janda Baik ini sesuai buat mereka yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar untuk dibawa bercuti.

Kemudahan: dapur, peti sejuk, bilik tidur yang selesa dan lain-lain.

Hubungi: 019 244 6006

Lokasi: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

4. Tam’s Chalet

Chalet ini dibina berhadapan dengan Resort D’Ark. Chalet ini kelihatan seperti rumah unik yang kecil untuk diinap. Kemudahan juga serba-serbi lengkap.

Kawasan sekitar chalet sesuai dijadikan tempat berkelah kerana ada anak sungai mengalir di sebelah chalet. Tetapi jangan risau, ia selamat untuk kanak-kanak kerana anak sungai tidak cetek dan arusnya tidak deras.

Harga: bermula dari RM150

Kemudahan: anak sungai, tempat letak kereta, peralatan BBQ, penghawa dingin dan tilam lebih.

Hubungi: 012 603 6844

Lokasi: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

5. Riverside Janda Baik

Riverside Janda Baik menawarkan penginapan berkonsepkan perkampungan Melayu yang tenang dan penuh dengan aktiviti kekeluargaan. Terdapat pelbagai jenis penginapan seperti chalet, homestay, semi D dan asrama.

Bercakap tentang aktiviti menyeronokkan yang anda boleh lakukan di sini, Riverside menyediakan ruang berkhemah yang lengkap. Anda juga boleh jungle trekking yang akan dipandu oleh individu bertauliah, dan melakukan aktiviti rubber tube rafting.

Penginapan ini berhampiran dengan sungai, anda boleh memancing dan bermandi-manda bersama yang tersayang. Boleh dikatakan homestay ini yang paling terkenal pada tahun 2018.

Harga: bermula dari RM130

Hubungi: 019 948 3100

Lokasi: Lot 5506, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

6. D’Villa Janda Baik

Menginap di D’Villa Janda Baik akan memberi anda dan keluarga sebuah pengalaman bercuti yang tidak terungkap keindahannya.

Dikelilingi oleh alam semulajadi hutan hujan yang membuatkan anda rasa seperti orang baru dengan menghirup udara segar dan bersih. Reka bentuknya juga sangat menarik.

Dekorasi dalaman tidak kurang hebatnya, setiap darinya memberi sentuhan yang berbeza mengikut jenis bilik seperti Rainforest Rooms, European Premier Room, Modern Premier Room, Modern Family Room dan yang paling istimewa, Balinese Executive Room.

Seperti namanya, Balinese Executive Room memberi sentuhan yang menggabungkan budaya dan tradisi masyarakat Bali, atmosfera yang hebat untuk dinikmati di dalam ketenangan alam semulajadi.

Harga: bermula dari RM200+

Lokasi: A319, Jalan Tambarine Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Alang-alang anda sedang mencari penginapan untuk bercuti di Janda Baik nanti, terokalah juga tempat-tempat di Janda Baik sambil menikmati keindahan alam semulajadinya yang memukau. Ini adalah beberapa cadangan buat anda yang mengikut bajet, kami harap anda suka.

SUMBER:

https://portcuti.com/chalet/chalet-betul-betul-tepi-sungai-janda-baik.html

https://www.teamtravel.my/janda-baik-chalet-tepi-sungai/

https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-janda-baik

Summary
Enam Chalet Janda Baik di Bawah RM350
Article Name
Enam Chalet Janda Baik di Bawah RM350
Description
Percutian ke alam semulajadi adalah idaman kita, ia kaya dengan tempat yang penuh dengan hutan dan sungai yang cantik seperti chalet janda baik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: