Now Reading
Emfisema (Emphysema) – Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan dan Langkah Pencegahan

Emfisema (Emphysema) – Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko, Rawatan dan Langkah Pencegahan

Emfisema

Emfisema adalah sejenis penyakit paru-paru kronik (jangka panjang). Bronkitis dan penyakit Emfisema ini adalah dua jenis penyakit pulmonari obstruktif kronik. Keadaan ini dipanggil “obstruktif” kerana aliran lancar udara yang keluar masuk dari paru-paru seperti terhalang oleh sesuatu.

 

Jenis Emfisema

Terdapat tiga jenis morfologi bagi Emfisema iaitu:

– Sentriasinar (centriacinar)

– Panasinar (panacinar)

– Paraseptal (paraceptal)

 

Punca Emfisema

Terdapat dua punca utama Emfisema yang diketahui iaitu:

– Tembakau

Dalam kebanyakan masa, tembakau adalah penyebab utama bagi penyakit Emfisema. Doktor tidak mengetahui dengan tepat bagaimana merokok dapat memusnahkan lapisan udara, tetapi kajian menunjukkan bahawa perokok adalah lebih kurang enam kali lebih cenderung untuk mendapat Emfisema berbanding individu yang tidak merokok.

Selain itu, doktor juga tidak tahu mengapa hanya sesetengah perokok sahaja yang mendapat Emfisema berbanding yang lain.

Tiada penawar boleh merawat Emfisema, tetapi jika anda seorang perokok yang mempunyai penyakit ini, membuang tabiat merokok boleh membantu melambatkan kerosakan yang terjadi pada paru-paru anda.

 

– Kekurangan AAT

‘Alpha-1 antitrypsin’ (AAT) adalah protein semula jadi yang ada dalam darah manusia. Fungsi utamanya adalah untuk menjaga sel darah putih daripada merosakkan tisu biasa. Tubuh kita memerlukan sel-sel ini untuk melawan jangkitan.

Dianggarkan seramai 100,000 orang di Amerika Syarikat dilahirkan dengan keadaan yang dapat memelihara tubuh mereka untuk menghasilkan AAT yang cukup. Sekiranya anda kekurangan AAT, sel darah putih normal anda akan merosakkan paru-paru. Kerosakan akan menjadi lebih serius jika anda merokok.

Dari masa ke masa, kebanyakan orang yang kekurangan AAT secara serius lebih mudah mendapat Emfisema. Sekiranya anda mempunyai penyakit ini, anda juga berkemungkinan untuk mengalami masalah hati.

 

– Punca Lain

  • Asap daripada perokok. Doktor telah lama mengetahui bahawa berada di kawasan yang dikelilingi asap rokok boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dari masa ke masa walaupun anda bukan seorang perokok. Beberapa kajian mengatakan bahawa individu yang terdedah kepada jumlah asap rokok yang banyak mungkin mempunyai risiko tinggi untuk mendapat Emfisema.
  • Pencemaran udara. Para saintis percaya bahawa hal ini juga boleh menyebabkan Emfisema, tetapi faktor ini sukar untuk diukur. Hal ini kerana kebanyakan individu memang terdedah kepada pencemaran. Namun begitu, Emfisema hanya dapat dikesan bertahun-tahun selepas ia berkembang.

 

Simptom Emfisema

Jika anda mempunyai Emfisema, otot yang membantu anda bernafas perlu bekerja dengan lebih keras. Mereka juga akan cepat berasa letih. Ini akhirnya akan membuatkan anda berasa sesak nafas selepas melakukan aktiviti yang sedikit. Apabila penyakit menjadi lebih serius, anda mungkin akan rasa sesak nafas walaupun dalam kedudukan duduk diam sahaja.

Keadaan ini berlaku kerana perubahan pada paru-paru yang terjadi dalam tempoh beberapa tahun akibat kerosakan paru-paru. Selalunya, ia berpunca kerana faktor merokok.

Selain gejala sesak nafas, anda juga mungkin mengalami:

  • Bunyi berdehit (wheezing).
  • Batuk yang tidak hilang. Merokok sering kali menyebabkan batuk yang berterusan. Namun begitu, jika anda mempunyai Emfisema, batuk mungkin tidak akan hilang walaupun selepas anda berhenti merokok.
  • Rasa sesak atau sakit pada dada. Kesesakan atau kesakitan di dada mungkin disebabkan oleh Emfisema atau penyakit jantung yang berpunca daripada Emfisema. Anda mungkin dapat melihat gejala ini dengan lebih jelas semasa melakukan senaman atau apabila anda berasa sesak nafas.
  • Hilang selera makan. Apabila Emfisema anda menjadi semakin serius, anda mungkin akan kehilangan selera makan.
  • Kehilangan fungsi paru-paru. Gejala cenderung berkembang perlahan-lahan dari masa ke masa. Perokok yang mempunyai penyakit itu kebiasaannya mula mendapat penyakit ini antara usia 45 dan 60 tahun. Ketika kita meningkat tua, paru-paru akan kehilangan fungsinya secara perlahan-lahan. Ia berlaku dalam kalangan orang yang tidak merokok juga.

Jika anda mempunyai Emfisema dan masih merokok, anda akan kehilangan fungsi paru-paru dengan lebih cepat. Namun, sekiranya anda berhenti lebih awal, anda mungkin boleh memperlahankan proses itu.

 

Bagaimanakah Emfisema terbentuk?

Anda boleh mendapat Emfisema sekiranya lapisan kantung udara kecil di paru-paru anda menjadi rosak tanpa rawatan. Dari masa ke masa, kerosakan paru-paru anda boleh menjadi semakin serius. Perkara berikut berlaku dalam proses itu seperti:

  • Tisu-tisu yang rapuh di antara kantung udara dimusnahkan dan poket udara terbentuk di dalam paru-paru.
  • Udara terperangkap dalam kantung tisu yang rosak.
  • Paru-paru perlahan-lahan menjadi lebih besar dan anda merasa lebih sukar untuk bernafas.

Jika anda mempunyai gejala Emfisema, doktor anda akan melakukan ujian untuk melihat seberapa baik paru-paru anda berfungsi. Anda tidak akan dapat mengosongkan udara pada paru-paru anda dengan cepat dan doktor memanggil keadaan ini sebagai “had aliran udara.”

 

Diagnosis Emfisema

Untuk menentukan jika anda mempunyai Emfisema atau tidak, doktor anda akan bertanya mengenai sejarah perubatan anda dan melakukan ujian fizikal. Selain itu, doktor anda juga boleh mencadangkan pelbagai ujian seperti:

– Ujian pengimejan

Sinar-X (X-ray) dada dapat membantu menyokong diagnosis Emfisema yang telah berkembang dan mengetepikan sebab-sebab lain yang menjadi punca kepada sesak nafas. Namun begitu, sinar X (X-ray) pada dada juga boleh menunjukkan penemuan biasa jika anda mempunyai Emfisema.

Pemeriksaan tomografi berkomputer menggabungkan imej sinar-X (X-ray) yang diambil dari pelbagai arah yang berbeza untuk menghasilkan pandangan keratan rentas organ-organ dalaman. Pemeriksaan ini berguna untuk mengesan dan mendiagnosis Emfisema. Anda juga mungkin perlu melakukan imbasan CT jika anda bakal melakukan pembedahan paru-paru.

 

– Ujian makmal

Darah yang diambil dari arteri di pergelangan tangan anda boleh diuji untuk menentukan sejauh mana paru-paru anda dapat memindahkan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida daripada aliran darah anda.

 

– Ujian fungsi paru-paru

Ujian yang tidak invasif ini mengukur seberapa banyak udara yang boleh disimpan oleh paru-paru anda dan seberapa baik aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru. Selain itu, ia juga boleh mengukur seberapa baik paru-paru anda menghantar oksigen ke aliran darah anda. Salah satu ujian yang paling biasa dibuat adalah dengan menggunakan alat ringkas dipanggil spirometer yang mana anda akan meniup udara ke dalamnya.

 

Faktor Risiko Emfisema

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko anda mengalami Emfisema termasuk:

  • Merokok. Emfisema berkemungkinan didapati dalam rokok, tetapi rokok cerut dan rokok jenis paip (pipe smokers) juga mempunyai pendedahan yang sama terhadap risiko Emfisema ini. Risiko untuk semua jenis rokok boleh bertambah berdasarkan berapa lama dan berapa banyak rokok yang telah dihisap oleh seorang perokok.
  • Umur. Walaupun kerosakan paru-paru yang berlaku disebabkan Emfisema berkembang secara beransur-ansur, kebanyakan individu dengan penyakit Emfisema yang berpunca daripada tembakau boleh mula mengalami gejala penyakit antara umur 40 dan 60 tahun.
  • Pendedahan kepada asap rokok. Asap rokok oleh perokok, juga dikenali sebagai asap pasif atau asap tembakau persekitaran adalah asap yang tidak sengaja dihirup dari rokok, paip rokok atau cerut orang lain. Berada dalam kawasan yang dikelilingi dengan asap rokok akan meningkatkan risiko individu mendapat Emfisema.
  • Pendedahan kepada asap atau debu kerana faktor pekerjaan. Jika anda menyedut asap daripada bahan kimia atau debu tertentu daripada bijirin, kapas, kayu atau produk perlombongan, anda lebih cenderung untuk mengembangkan Emfisema. Risiko ini akan meningkat sekiranya anda juga adalah seorang perokok.
  • Pendedahan kepada pencemaran tertutup dan terbuka. Menghirup udara tercemar dalam kawasan tertutup seperti asap dari bahan pemanasan api, serta pencemaran terbuka seperti ekzos kereta boleh meningkatkan risiko Emfisema.

 

Rawatan Emfisema

Emfisema dan penyakit pulmonari obstruktif kronik tidak dapat disembuhkan tetapi rawatan boleh membantu melegakan gejala dan melambatkan perkembangan penyakit.

– Ubat-ubatan

Bergantung pada betapa seriusnya gejala anda, doktor anda mungkin mencadangkan:

  • ‘Bronchodilators’. Ubat-ubatan ini boleh membantu melegakan batuk, sesak nafas dan masalah pernafasan dengan melegakan saluran udara yang sempit.
  • Steroid yang disedut. Ubat-ubatan kortikosteroid yang disedut sebagai semburan aerosol mengurangkan keradangan dan boleh membantu melegakan sesak nafas.
  • Jika anda mempunyai jangkitan bakteria seperti bronkitis jenis akut atau keradangan paru-paru, antibiotik adalah rawatan yang sesuai.

 

– Terapi

  • Pemulihan pulmonari. Program pemulihan paru-paru boleh mengajar anda tentang latihan pernafasan dan teknik yang boleh membantu mengurangkan sesak nafas anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk bersenam.
  • Terapi pemakanan. Anda juga akan menerima nasihat tentang pemakanan yang betul. Pada peringkat awal Emfisema, ramai individu perlu menurunkan berat badan, manakala orang yang mempunyai Emfisema pada peringkat yang lebih serius selalunya perlu menambahkan berat badan mereka.
  • Bantuan oksigen. Jika anda mempunyai Emfisema yang serius dengan tahap oksigen darah yang rendah, gunakan bantuan oksigen secara teratur di rumah. Ini boleh membantu melegakan gejala anda apabila anda bersenam. Ramai individu menggunakan bantuan oksigen 24 jam sehari. Ia biasanya digunakan melalui tiub sempit yang sesuai dengan saiz lubang hidung anda.

 

– Pembedahan

Bergantung kepada tahap Emfisema anda, doktor anda mungkin mencadangkan satu atau lebih jenis pembedahan yang berbeza, termasuklah:

  • Pembedahan pengecilan paru-paru. Dalam prosedur ini, pakar bedah akan membuang bahagian kecil tisu paru-paru yang rosak. Mengeluarkan tisu yang berpenyakit dapat membantu tisu paru-paru mengembang dan berfungsi dengan lebih cekap serta membantu meningkatkan pernafasan.
  • Pemindahan paru-paru. Pembedahan jenis ini adalah pilihan yang ada jika anda mengalami kerosakan paru-paru yang serius dan rawatan lain yang dibuat tidak berhasil.

 

Langkah Pencegahan Emfisema

Untuk mencegah Emfisema, jangan merokok dan elakkan bernafas berdekatan kawasan yang dikelilingi dengan asap rokok. Pakai topeng mulut untuk melindungi paru-paru anda jika anda bekerja dengan asap kimia atau habuk.

SUMBER

https://www.webmd.com/lung/copd/what-is-emphysema

https://www.healthline.com/health/emphysema

https://www.medicalnewstoday.com/articles/8934#:~:text=Emphysema%20is%20a%20type%20of,emphysema%20can%20also%20be%20genetic.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/emphysema/symptoms-causes/syc-20355555

error: Content is protected !!